Dosa-dosa Penerbit
Hari ini saya ke Pesta Buku lagi. Hasratnya untuk bersendirian tanpa diganggu sesiapa. Tetapi singgah di beberapa booth, ramai pula kenalan dan sahabat kebetulan berada di situ. Jadi, wajarlah kalau singgah dan sembang-sembang sebentar.
Perbualan di Gerai A : Mengapa penulis seangkatan dengan Nisah tidak mahu terbit dengan kami. Lebih selesa menerbit dengan penerbit lain.
Jawapan : Yakinkan kami bahawa penerbit anda boleh terbitkan buku dalam tempoh 6 bulan. Promosi hebat dan buku-buku terbitan anda boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Insya-Allah, saya berani katakan kami semua akan sepakat menghantar manuskrip ke sini. Setakat ini, manuskrip kami pernah lapuk menunggu.
Perbualan di Gerai B : Kami harap puan juga akan menulis untuk kami.
Jawapan : Insya-Allah, memang telah ada hasrat. Saya suka dengan wajah dan nuansa penerbitan yang baru di penerbitan ini. Yakinkan saya bahawa penerbitan buku-buku di sini boleh diulang cetak dengan segera. Tidak lama lagi saya datang dengan manuskrip dan bawa kawan-kawan sekali.
Perbualan di Gerai C : Bila manuskrip puan yang seterusnya akan dihantar kepada kami?
Jawapan : Sebaik sahaja saya dapat royalti pertama.
*************
Jawapan-jawapan di atas telah saya disesuaikan untuk tujuan penerbitan di blog. Yang penting, begitulah lebih kurang isinya yang saya maksudkan.
Sewaktu di gerai Dawama, sempat berbual-bual dengan Faisal dan Salina. Seperti biasa, apabila penulis bertemu, perkara pertama yang dikemaskini tentunya tentang penulisan terkini. Itulah yang meneguhkan dan memberi semangat untuk terus menulis. Sejenis dorongan senyap antara kalangan penulis agar masing-masing terus tekal.
Kak Norizan Muslim, editor Tunas Cipta juga sempat menyertai kami dan mempromosi majalah. Terima kasih kerana sudi ambil gambar kami. Sempat juga bertegur sapa dengan Nazmi dan nampak kelibat Saharil.
Gambar : Nisah, Encik Nasir (Dawama), Faisal & Salina.
********************
Kepada sesiapa yang belum berkesempatan ke Pesta Buku PWTC dan bercadang untuk ke sana, pameran dan jualan kali ini diadakan di dewan sebelah sungai yang jauh ke bawah. Kalau nak solat, dari tempat pameran itu tanyakan kepada mana-mana petugas (Muslim) di mana surau ataupun di mana pentas untuk aktiviti pesta buku di tingkat 1. Di situ ada surau yang biasanya digunakan oleh petugas dan tidak ramai orang. Ada tandas dan tempat wudu'. Tak perlu ke surau PWTC yang jauh tu. Harap maklumat ini berguna.

Ulasan