Menjadi Penulis Proaktif
Gambar : Sedang autograf Mencari Locus Standi.
Pembelinya sedang posing.
(Gambar ihsan Puteri Elaira Eliza)
Pembelinya sedang posing.
(Gambar ihsan Puteri Elaira Eliza)
Apabila baru mula menulis, kita akan rasa rendah diri. Kata-kata 'siapalah saya, berbanding... si polan-si polan'. Perasaan diri itu sangat kerdil itu sangat biasa. Maklumlah, sebagai orang baru. Segala-gala yang lain terasa gah.
Namun, sebagai penulis yang proaktif, kita harus segera tanggalkan perasaan negatif daripada terus menular dalam diri. Apabila ia sudah terlalu menebal, maka rasa rendah diri ini boleh memakan diri hingga membunuh semangat untuk menulis.
Pun demikian, ini bukanlah bermakna, baru menulis sebuah cerpen ataupun sejengkal sajak kita sudah boleh mendabik dada - 'akulah penulis hebat'.
Apa yang saya perkatakan di sini ialah keyakinan diri. Apabila sudah ada karya yang diterbitkan, pastinya sedikit sebanyak keyakinan diri itu tumbuh, sekalipun tidak melata. Namun, ia patut ada.
Atas keyakinan itu, berbekalkan ilmu dan sikap sentiasa mahu memperbaiki karya, teruskan penulisan tersebut. Sikap itulah yang saya amalkan sehingga hari ini.
Apabila kumpulan cerpen saya mengambil masa yang terlalu lama untuk diterbitkan dengan pelbagai alasan daripada pihak penerbit 'daun lontar', saya pun memilih untuk menerbitkan sendiri. Hasilnya, lahirlah kumpulan cerpen 'Impian Tsu-Ryi'. Saya terpaksa mengorbankan wang simpanan untuk melihat sendiri kumpulan cerpen ini dilahirkan.
Alhamdulillah, hasilnya tidaklah mengecewakan. Mungkin tidak ramai peminat cerpen di luar sana tetapi saya akur dengan pasaran kumpulan cerpen. Sekurang-kurangnya saya bukan sahaja mendokumentasi pemikiran saya tetapi menerbitkan sesuatu yang menjadi khazanah sastera Melayu (kualiti karya itu amat subjektif). Pembaca muda yang mengenali saya melalui Annyss Sophilea juga dapat menghargai kumpulan cerpen tersebut. Ada sesuatu yang dapat mereka asosiasikan.
Pada mulanya memang rasa malu dan sebal apabila terpaksa menjaja buku sendiri. Tetapi percayalah, itu cuma perasaan kita. Ramai rupa-rupanya pembeli yang datang membeli kerana penulisnya sendiri yang menjual buku tersebut. Katakan dengan yakin, 'sudah beli buku saya?' atau 'ini buku saya yang terbaru'. Mungkin dia tidak tahu pun yang kita ini menerbitkan buku. Tetapi biarlah atas alasan apapun dia membeli buku tersebut - kagum, suka, tidak sangka, ataupun kasihan - yang penting, akhirnya buku itu terjual.
Sebagai penulis, kepuasan apabila buku tersebut bertukar tangan amatlah sukar untuk digambarkan.
Akhirnya, saya menjadi sangat selesa menjual buku sendiri. Pada mulanya, saya hanya menjaja buku sendiri. Mungkin dalam 5 naskhah sekali bawa ataupun sekurang-kurangnya ada senaskhah dalam tas tangan. Sampai kini orang akan bertanya apabila saya ke majlis-majlis sastera, "Nisah, kau tak bawa buku ?"
Nama 'Nisah' sudah sinonim dengan 'Ujana Ilmu' dan sinonim juga dan 'buku'. Lantas saya tidak ada apa-apa yang hendak disegankan. Saya membuat kerja yang halal. Dalam masa yang sama, ia memberi banyak kepuasan. Lagipun, Ujana Ilmu kini hanya menyebarkan buku-buku terpilih, terbaik dan setelah melalui proses saringan. Banyak penulis dan penerbit yang mahu meletakkan buku mereka di Ujana Ilmu, tetapi bukan semuanya kami terima.
Berbalik kepada kisah penulis proaktif tadi, keyakinan untuk menulis itu bukan sahaja untuk disimpan. Tunggu ada orang cari baru kita hendak ke depan. Penulis yang proaktif juga akan mencari wadah yang sesuai untuk terus menulis. Beranikan diri bertanya kepada editor sekian-sekian. Katakan, 'saya akan manuskrip atau karya, adakah sdr berminat?' Itu berlaku dua kali dalam proses penerbitan novel bersiri saya.
Kalau saya tidak buka mulut, saya percaya peluang itu tidak akan datang ke riba saya. Penulisan bagi saya, bukan sahaja soal RM. Ia juga soal mencari ruang untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang penulisan. Ia peluang untuk memantapkan diri juga.
Semalam ketika saya 'menumpang' di gerai Utusan kerana bertemu dengan beberapa rakan penulis seperti Saharil, Faisal, dan teman-teman dari Artakus.net, pada mulanya saya merasa tidak selesa. "Apalah yang aku buat di sini? Utusan tak undang aku pun untuk sain autograf."
Kemudian, saya kembali terfikir. "Hai, novel saya diterbitkan oleh Utusan. Wajar untuk saya berada di sini walaupun tanpa undangan."
Faisal pun menyokong, "Dah alang-alang kau duduk sini, marilah aku letakkan locus standi di meja ni. Boleh juga orang jumpa penulisnya." Dan saya pun bersetuju. Memang ia, ramai yang seronok bertemu penulis, sama ada saya ataupun Faisal. Memanglah, novel saya hanya sebuah dengan Utusan. Namun, paling indah apabila beberapa pelajar yang merasa terkesan selepas membaca novel tersebut.
Antara komennya:
- saya mendapat motivasi diri selepas membaca novel itu.
- saya dapat ilmu baru selepas membaca
- saya rasa novel-novel dua penulis di hadapan saya ini ada kelainan.
Respon saya : Alhamdulillah, itulah yang saya (kami) harapkan. Setelah penat atau mual dan tepu membaca novel-novel cinta, marilah beralih ke penulisan yang berbeza. Bukanlah semestinya novel dan gaya penulisan kami lebih tinggi ataupun lebih baik daripada mereka. Tetapi kami memberikan gaya penulisan alternatif.
Sepanjang berada di gerai Utusan, (walaupun saya tidak duduk berterusan, sekejap-sekejap lari ke gerai sana-sini memanfaatkan masa, sambil membeli buku-buku) saya kira hampir 10 naskhah terjual.
Sayangnya, penerbit novel saya itu semacam tidak percaya bahawa novel-novel Hadiah Sastera boleh dijual dengan baik. Saya percaya kalau novelis Utusan diundang, ramai yang tidak akan menolak. Zaid Akhtar juga datang dengan usaha sendiri - kerana minat dan kecintaan. Sayang sekali novel beliau Rona Bosphorus tidak dibawa ke Pesta Buku. Sesegar Nailofar juga ada beberapa buah yang tinggal. Saya boleh bayangkan kekecewaan Zaid atas sikap penerbitnya yang tidak prihatin. Di Ujana Ilmu, saya boleh katakan, buku-buku Zaid terjual dengan baik. masih ramai pembeli Rona Bosphorus dan Sesegar Nailofar. Hinggakan novel bersiri Zaid - Salju Sakinah - pun orang bertanya.
Utusan juga gagal menghadirkan Siti Jasmina Ibrahim (pemenang Hadiah Sastera Utusan dua kali dan juga novelis prolifik) yang lahir dengan Trilogi Cinta dan Ombak Sfera Lotus. Cinta Madinah boleh dijual lagi jika Abu Hassan Morad ada bersama-sama. Ramlee juga demikian dengan Pei Pannya. Kedua-dua novel tersebut telah dibuat adaptasi ke TV.
Satu lagi, tag nama penulis tidak diletak di hadapan meja. Bukan semua orang kenal Faisal Tehrani (apatah lagi Nisah Haron). Pada masa-masa tertentu, pengunjung ingat kami ini pekerja UPND, banyak pula soalan tentang buku yang diutarakan kepada kami.
Pihak Utusan sendiri tidak percaya kepada produknya sendiri. Bagaimana mereka mahu memasarkannya. Kalau tidak kerana Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, ramai penulis besar tidak mungkin menghantarnya ke sana.
Sesi autograf bukanlah sesi penulis untuk mengada-ngada. Tetapi sebagai penulis, itulah peluang untuk berbicara langsung dengan pembaca. Komen-komen langsung yang amat diperlukan penulis hanya akan dapat didengari pada ketika ini. Ia amat membantu dalam penulisan akan datang.
Pengkaryaan memerlukan sekurang-kurangnya 3 pihak : penulis, penerbit dan pembaca. Jika hubungan ini terputus-putus, sayang sekali. Yang rugi ialah kesusasteraan Melayu itu sendiri!

Ulasan