Melintasi Sungai Huangpu
Acara terakhir sebelum meninggalkan Shanghai ialah river cruise - menaiki bot bersiar-siar di atas Sungai Huangpu. Bandar Raya Shanghai terbahagi dua oleh sungai yang sangat luas ini. Gambar yang ditunjukkan ini ialah sebahagian daripada bandar ini. Menara tinggi dengan dua bola bulat itu ialah Oriental Pearl TV Tower dengan ketinggian 468 meter - antara mercu tanda bandar raya ini.
Keluasan sungai memang saujana mata memandang (sejauh 400 meter). Sepanjang masa di atas bot, saya pegang kamera digital yang comel ini dengan penuh berhati-hati. Sekali tercampak, kamera kesayangan saya itu akan menghuni dasar Sungai Huangpu 9 meter ke dalam.
Saya menaiki bot dengan sedikit debaran. Saya pun tak ingat bilakah kali terakhir menaiki bot. Mungkin sewaktu melawat Pulau Besar, Melaka sewaktu masih di sekolah rendah. Encik Mao dari Kagawa University , Jepun pula sibuk berseloroh setiap kali bot itu bergegar sewaktu kami melangkah masuk, "We are going to sink! The boat is going to sink, like Titanic!"
"Should the boat sink, Mr. Mao, then it is your fault," kata saya. Dia tertawa.
Bot mula bergerak tepat jam 6.00 petang. Bot ini berjadual, kalau tertinggal bot ini kena naik bot lain.
(Gambar jenis-jenis bot persiaran yang menjalankan aktiviti river cruise di Sungai Huangpu)
Sungai merupakan tapak permulaan kebanyakan tamadun dunia. Apatah lagi Shanghai yang dilihat seperti permata oleh para pendatang. Selepas Perang Candu, semakin ramai pendatang dan penjarah yang ingin mengambil kesempatan ke atas daerah ini. Hasilnya, Shanghai mempunyai banyak kesan kolonialisme di sana sini. Terutama sekali di sepanjang Sungai Huangpu.
Atas bot yang diberi nama Bai Lin ini para delegasi dapat beramah mesra sesama sendiri. Beban pembentangan telah selesai. Masa untuk bersantai. Lagipun river cruise ini berbayar, sudah masuk dalam yuran penyertaan. Rugi kalau tak sertai - inilah peluang sekali (mungkin seumur hidup) untuk ke Shanghai.
Sesuatu yang agak menarik ketika berada di atas Bai Lin ialah perbualan saya dengan Encik Mao yang juga seorang Prof Madya dari Kagawa University, Jepun. Setelah berbual untuk beberapa ketika tentang sistem undang-undang Jepun - Malaysia dan beberapa aspek undang-undang yang lain serta sosial, dia memberitahu saya satu perkara.
Katanya, inilah kali pertama dia merasa selesa berbual dengan seorang Muslimah. Apabila saya tanyakan kenapa, dia berkata, sebelum ini dia bimbang untuk menegur seorang wanita yang bertudung seperti saya tidak kiralah dia berasal dari mana. Tudung itu, katanya, seolah-olah satu amaran bahawa perempuan begini tidak boleh diganggu. Ada persepsi buruk pada pandangannya tentang seorang Muslimah.
Namun, perbualannya dengan saya dan beberapa pensyarah yang lain, sedikit sebanyak telah mengubah persepsi tersebut. Bagi Encik Mao kini, bukan semua perempuan yang bertudung itu seperti yang pernah digambarkan sebelum ini. Dia berterima kasih kepada saya atas banyak penerangan yang mengubah persepsinya. Katanya, dia kini semakin menghormati seorang Muslimah dan dia tidak akan takut lagi untuk menegur ataupun berbual-bual.
Lantas, saya pun jadi tertanya-tanya sendiri selepas itu. Apakah seorang perempuan yang bertudung itu menakutkan orang lain? Terutamanya orang luar - bukan Islam - di luar negara. Persepsi terrorisme itu masih lekat di fikiran mereka. Apakah di bawah tubuh badan saya juga ada bom jangka yang boleh meledak dan menenggelamkan bot yang membawa ramai orang bukan Islam?
Saya tetap percaya bahawa setiap seorang daripada orang Islam itu punya peranan untuk menyebarkan tentang agama kita. Jika selama ini, kita benar-benar selesa berada dalam agama Islam, apakah yang telah kita lakukan untuk menyebarkannya sama ada dalam bentuk perbuatan ataupun kata-kata. Sebagai Muslim, apakah kita telah menjadi model yang terbaik untuk dicontohi orang lain. Apakah kita sekadar membaca Al-Quran tanpa mendalami maknanya? Adakah kita dapat menjadi 'orang-orang yang berfikir' seperti yang disebut oleh Allah SWT banyak kali dalam Kitab-Nya.
Sempat juga berbual dengan seorang calon PhD dari Universitas Indonesia yang telah menjadi peguam dan aktivis sosial yang juga seorang penulis. Dia menyertai Lingkaran Pena dan sempat saya titipkan salam buat penulis Helvy Tiana Rosa.
Di atas bot persiaran yang berulang alik selama 2 jam itu saya temui banyak makna dan perkara.
Semoga ada manfaatnya, untuk pembaca saya di sini.
The Bund - nadi ekonomi Shanghai, juga dikenali sebagai Asian Wall Street
(Klik pada gambar, jika mahukan imej yang lebih besar/jelas)
Bot yang membawa kami bersiar-siar ini bukan setakat melintasi sungainya, tetapi bergerak ke hulu dan ke hilir dengan kelajuan yang sederhana. Penumpang dapat melihat pelbagai sisi Bandar Raya Shanghai di kiri dan kanan tebing sungai. Permainan lampu pada bangunan-bangunan di gigi air pula sangat menakjubkan. Lupa seketika kata-kata Encik Mao - apa akan terjadi jika bot ini tenggelam...(Klik pada gambar, jika mahukan imej yang lebih besar/jelas)

Ulasan