Ahad, Jun 18, 2006

Testimonial Pelanggan Ujana Ilmu



** Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk membangga diri ataupun mahu masuk bakul, masuk lif dan sebagainya. Dedikasi entri ini ialah untuk semua pelanggan Ujana Ilmu yang telah banyak menyokong sama ada dari jauh ataupun dari dekat.

Terima kasih seluas lautan...

*******

Tahniah kerana memberi wajah baru kepada laman ujanailmu. Warna oren nampak lebih segar dan ceria. Warna dan susun aturnya menaikkan selera peminat buku untuk klik di buku dan terus membeli.

Saya baru dua kali berurusan dengan ujanailmu, tetapi sangat berpuashati dengan layanan terhadap pembeli dan terhadap buku yang mahu dibeli. Saya suka bila tengok, buku yang dipesan, dibalut dua tiga kali untuk memastikan ianya tidak rosak di perjalanan. Peminat buku memang pantang kalau buku dilayan sambil lewa. Buku perlu dihormati!

Mutu layanan setanding dengan laman web buku antarabangsa lain yang pernah saya cuba.

Moga ujanailmu terus maju jaya..
saya teruja dengan komen jiwarasa, "buku yang dipesan, dibalut dua tiga kali untuk memastikan ianya tidak rosak di perjalanan"

sebelum ini, saya agak ragu-ragu dengan pembelian melalui internet kerana takutkan buku yang saya pesan rosak. kalau pembeli di sarawak (itupun kalau ada penghantaran ke sarawak), bolehkah mendapat buku yang tiada kerosakan juga? dan bolehkah saya membuat permintaan untuk buku-buku sastera lama yang tiada di laman ujana ilmu?

Kami sudah menghantar bukan setakat Sabah, Sarawak dan Singapura. Alhamdulillah, Ujana Ilmu sudah sampai ke Perancis, Ireland, UK, Australia, Indonesia, Brunei, German, Jepun, dan Amerika Syarikat. Setakat ini, pelanggan antarabangsa menerima buku-buku mereka dalam tempoh 10 hari. Pelanggan tempatan sekitar 4 - 5 hari. Ada juga yang bayar hari ini, esok sampai. Ia bergantung kepada jenis-jenis pesanan.

Sila baca komen pelanggan pada bahagian "Testimonial" yang baru diwujudkan pada bahagian kanan atas laman tersebut. Boleh juga klik pada perkataan Testimonial ini.

Nasihat kami : ikut sistem pembelian sehingga tamat. Selagi tidak tekan butang check out, anda tidak akan tahu berapa kos sebenar pembelian kerana kos penghantaran berbeza mengikut tempat.

Bagi pembelian biasa di Semenanjung Malaysia - kos penghantaran ialah RM3.00 sahaja bagi satu kilogram pertama. (Murah bukan?).

Tips pembelian untuk menjimatkan kos penghantaran, pesan buku lebih dari satu. Selagi beratnya tidak sampai 1Kg dan penghantaran dalam Semenanjung Malaysia, kosnya masih RM3.00. Anda akan tahu sama ada sudah terlajak 1kg jika menggunakan sistem hingga tamat (sampai ke check out)

saya sangat berpuas hati dengan ujana,moga boleh jadi macam amazon!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails