Wajah Baru Ujana Ilmu
Setelah berusia hampir 2 tahun, laman yang kami usahakan - Ujana Ilmu - berubah wajah. Bukan apa cuma tukar make-up, letak sikit pemerah pipi, mancungkan hidungnya sedikit dan letak lipstick. Pandangan pertama ataupun first impression itu tetap penting dalam hal-hal perniagaan.
Namun, itu sahajalah hasilnya daripada tangan yang tidak ada kelulusan teknologi maklumat. Maklumlah, bossnya orang sains kimia, pembantunya lulusan undang-undang. Jadi bak kata P. Ramlee - hantam sajalah!
Hasilnya, bagi saya tidaklah terlalu mengecewakan.
Ada penambahan testimonial pelanggan kami yang berpuas hati dengan perkhidmatan Ujana Ilmu.
Bagi yang selama ini hanya pernah mendengar tentang Ujana Ilmu, silakan singgah ke sana. Laman kedai buku kecil kami yang punya cita-cita besar. Banyak buku yang tidak terdapat di kedai buku biasa ada di sana.
Kami juga akan membantu anda mendapatkan buku-buku yang berkualiti, kerana di Ujana Ilmu, kami juga pembaca seperti anda!
Silakan ke www.ujanailmu.com.my, insya-Allah anda tidak akan kecewa...
Ulasan