Jiwa Kacau II : Masuk Barisan
Usai menyediakan kata pengantar untuk projek buku Jiwa Kacau II : Masuk Barisan. Adakalanya sakit perut ketawa membawa entri-entri yang sinis tapi penuh dengan kecindan. Tidak kurang juga yang emosi dan turut merakam sejarah penting dalam negara.
Itulah blook - blog book, blog yang telah dijadikan dalam bentuk buku. Walau bagaimana canggih pun membaca atas talian, memegang sebuah buku dan menikmatinya itu lebih mendamaikan. Menatap skrin komputer boleh menyebabkan mata cepat letih. Tetapi 2 - 3 jam membaca buku nikmatnya masih sama.
Sewaktu terbitan Gangguan Tekstual lagi, saya sudah membayangkan bahawa satu hari nanti Nisah Haron Online ini juga akan saya terbitkan dalam bentuk buku juga. (Jangan tanya bila). Tetapi sesekali tertanya-tanya juga : ada ke orang nak baca catatan online saya ini jika dijadikan buku?
Ulasan
Tak baca tak apa janji beli ehehehe
entri yang sangat baik!
kak nisah, kalau Nisah Haron Online dijadikan buku, dah tentu saya akan membelinya, asalkan dapat autograf penulis tersayang ni...
Terima kasih. Baru ada satu pembeli. Belum berbaloi untuk dicetak ni :)
insyallah...kalau apa yg ditulisnya itu bermakna dan mempunyai makna sudah pasti tetap akan ada peminat...teruskan usaha
anda..
-naimisa yusof-