Ke Tenom dan lain-lain

Saya punya jadual yang agak padat mulai hari ini sehinggalah minggu depan, jadi andainya saya punya kesempatan, saya akan tetap mengemaskini laman ini di tempat-tempat yang saya lawati nanti.

29 Julai : Khemah Sastera Koleh Mara Banting
  • Tempat : Kompleks Integrasi Warisan Arca (KIWA) Salak Tinggi, Sepang.
  • Judul ceramah : Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan
  • Masa : 2.30 petang
30 Julai : Mesyuarat Penyelarasan PEN-PENA sempena Seminar Persuratan & Peradaban Nasional 2006
  • Tempat : Pusat Sumber, Institut Perguruan Raja Melewar, Sikamat, Seremban
  • Masa : 10.00 pagi
30 Julai : Majlis penutup Bengkel Novel PEN di Jelebu
  • Tempat : Hotel Sri Klawang, Jelebu
  • Masa : 4.00 petang
31 Julai : awal pagi terbang ke Kota Kinabalu

1 Ogos : berada di Kota Kinabalu dan bertolak ke Tenom

2 Ogos : Ceramah KOMSAS - Nilai Ekonomi dalam Bahasa & Sastera di Era Globalisasi
  • Tempat : SMK Tenom
  • Masa : 8.30 - 10.30 pagi
3 Ogos : pagi - terbang dari KK ke KLIA

4 - 6 Ogos : Seminar Persuratan & Peradaban Nasional di Port Dickson

8 Ogos : Ceramah "Buku Kegemaran Saya" anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam NS
  • Tempat : SM Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan
  • Masa : 9.00 pagi
10 Ogos : Raptai Konvo & ambil jubah (pagi - tengah hari)

12 Ogos : Istiadat Konvokesyen UKM - ambil skrol Sarjana Undang-undang. (kena pergi, masa konvo DSLP di UIA tak sempat nak pergi sebab tarikh bertindan dengan acara lain)

19 Ogos : Ceramah International Court of Justice
  • Tempat : Mahkamah Moot, Kolej Universiti Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
  • Masa : 8.30 malam
20 Ogos : Bersama Nisah Haron di MPH Mid-Valley Megamall
  • Masa : 2.00 - 5.00 petang
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dan dalam masa yang sama perlu meladeni komitmen yang lain juga.

Sementara itu, saya tinggalkan anda dengan gurindam 3 baris yang saya tulis dan disampaikan sewaktu ceramah petang ini di KIWA - Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan :


Puisi pantun syair seloka

Budaya Melayu khazanah kita

Pertahankan ia jangan dilupa.


Seburuk-buruk berhujan batu

Hujan emas bukan milikmu

Jangan dilupa budaya Melayu.


Biarlah mencapai awan nan tinggi

Kaki kukuh mengakar ke bumi

Itulah tanda berjati diri.


Kalau tak kita siapa lagi

Memartabatkan budaya sendiri

Agar ia kekal abadi.


Bagaimana hendak melagukan gurindam ini, itu kenalah bertemu secara live.

Ulasan

awan berkata…
"biarlah mencapai awan yang tinggi"

Catatan Popular