Jumaat, Julai 14, 2006

Sarapan Bersama Penghinaan

Pagi Khamis, 13 Julai saya bersarapan di Hotel M Suite, Johor Bahru sebelum meneruskan aktiviti pada pagi itu. Perut terasa kosong tetapi setelah membawa muka depan akhbar NST yang saya bawa bersama-sama dari bilik, saya jadi tidak tertelan semuanya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tetang kes Meor Atiqulrahman itu amat mengganggu saya. Sehingga saya sampai ke Seremban juga, saya tidak berapa lelap tidur kerananya.

Baca keputusan penuh kes Meor Atiqulrahman di sini.

Keputusan itu bermaksud, sebagai orang Islam anda tidak lagi bebas menunjukkan bahawa anda seorang Islam. Ada sekatan-sekatan tertentu. Pakai serban, tidak menunjukkan bahawa anda seorang Islam. Begitulah antara intisari keputusan tersebut. Jadi mahkamah menganggap halangan daripada pihak sekolah yang melarang 3 orang kanak-kanak memakai serban ke sekolah itu tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Sekali lagi agama Islam berada di tempat kedua.

Selepas ini, akan ada sekolah yang melarang anak gadis anda bertudung dengan menggunakan alasan yang sama diberikan hakim dalam kes ini. Memakai tudung bukan menunjukkan anda seorang Islam?

Hah, bagaimana ya? Fikir-fikirkan.

Selepas ini Lina Joy pula. Keputusan paling penting dalam menunjukkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Ada sesiapa yang tak tahu kes Lina Joy, sila angkat tangan. Kalau ramai yang tak tahu, boleh saya tulis satu entri tentang kes perempuan yang sudah murtad ini. Memang layak kena hukum pancung saja kalau hudud kita laksanakan dengan betul.

Islam terus didesak kiri kanan depan dan belakang di negara sendiri. Di Malaysia juga. Di mana kita berdiri?

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails