Khamis, Julai 20, 2006

Sekitar HSKU 2005 di Hotel Renaissance

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - ExxonMobil 2005 berlangsung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur malam tadi. Seperti biasa, apabila sudah beberapa kali diundang ke majlis sastera, ramailah sahabat penulis yang akan ditemui. Adakalanya terasa seperti reunion sekolah. Tak betah duduk setempat. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Semuanya sahabat, semuanya rakan seperjuangan.

Semeja dengan saya malam tadi ialah Siti Jasmina dan ibunya, Cikgu Amir Hmzah (pemenang pertama Novel Remaja) dan isteri (juga seorang guru), Shukri Mat Ali (pemenang kajian sastera) dan Faisal serta ibu dan adik perempuannya.

Sempat bertegur sapa dengan Pak Samad dan Kak Rashidah (isterinya).

Bertemu juga dengan Zakir, Rahimidin, Ariff dan Lutfi. Di surau bertemu Siti Salbiah Raduan (Tiras R) dan anak gadisnya. Pak Nazel Hashim Mohamad hadir dengan anak lelakinya, Khairusy Syakirin. Sempat menyapa Encik A. Ghani Abdullah, Cikgu Mohd Hashim Osman dan Ghazali Lateh. Tidak ketinggalan Amaruszati Noor Rahim, Siti Hajar Mohd Zaki, Ummu Hani, Fahd Razy, Nazim Subari, Hilmi Rindu, Dr. Kemala, Wadi Leta S.A. Dari jauh terpandang Salina Ibrahim semeja dengan Zaharah Nawawi.

Betul tak kata saya tadi, seperti reunion. Itu belum dicampur lagi dengan kenalan-kenalan yang lain. Para wartawan, pegawai-pegawai dari DBP dan mereka yang seringkali ada dalam mana-mana majlis sastera.

Begitulah sedikit sebanyak kemanisan dalam perjuangan menulis. Menulis itu kerja bersendirian, laluannya sepi dan dunianya harus sunyi. Pahitnya memang sepanjang tahun, tetapi sekali-sekala pertemuan dan pengiktirafan begini membakar semangat dan menghidupkan bara nyala rasa.
Dari kiri : Pak Nora, Syed Hamid Albar, Wakil ExxonMobil, Cikgu Amer Hmzah, Faisal Tehrani, Amaruszati, Tiras R., Nisah, Siti Jasmina, Zaharah Nawawi, Salina Ibrahim, Lutfi Ishak & Siti Hajar Mohd Zaki

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails