Ahad, Ogos 13, 2006

Penguin-penguin intelektual?

Teman-teman seiring jalan - mereka yang pernah sekelas semasa kelas Master

Setiap kali konvokesyen, saya punya perasaan yang bercampur-campur. Ya, tentulah bangga, puas dan bersyukur. Saya fikir, perasaan itu agak standard. Dirasakan oleh setiap graduan.

Bagi konvokesyen Sarjana Undang-undang (LLM) dari UKM ini saya tidak terlalu bersedia. Tak fikir pun nak pakai baju apa untuk konvo hinggalah pada pagi itu sendiri. Mujur Fakulti Undang-undang tersenarai dalam Sidang 2 - mula jam 2 petang hari pertama.

Saya yang telah melalui konvokesyen yang pertama tidak merasa terlalu 'hairan' atau sangat teruja dengan konvo ini. Mungkin perasaan itu lebih berbeza sewaktu menjadi 'penguin' ketika menerima ijazah sarjana muda.

Jadi, apa sangat yang hendak dihairankan dengan menerima ijazah ini? Seperti deretan penguin yang berjalan terkedek-kedek naik pentas untuk beberapa saat, ambil sekeping bekas kosong (ijazah sebenar dapat setelah jubah dipulangkan - ada unsur-unsur ugutan di situ).

Kalau dulu, memang terasa benar jadi burung penguin. Naik berderet-deret, nama tak disebut. Ibu bapa tercangak-cangak mencari burung penguin yang mana satu itulah anaknya. Itu dulu. Semasa tahun 1997.

Tahun 2006. Teknologi makin canggih, setiap penguin diberi nama dan dipaparkan pada skrin di atas pentas. Bagi ijazah sarjana muda, dekan tidak membacakan nama. Maklumlah, tentu kering air liurnya membaca ratusan lulusan.

Bagi kumpulan ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran, nama kami disebut satu persatu. Dengan 'agak sengaja' saya memilih untuk menjadi penerima terakhir dalam kelompok sarjana undang-undang. (Sebagai penerima terakhir, seluruh dewan akan bertepuk tangan tanda tahniah kepada kumpulan tertentu.) Dalam hati: boleh juga melambai-lambai sambil lalu, macam miss universe - kita kan miss university atau sebetulnya mrs university. (Nisah dah mula mengarut!)

Realitinya, sebagai seorang sarjana pun, tak terasa istimewa apabila di hadapan anda ada ribuan lagi sarjana dan pemegang ijazah kedoktoran. Paling penting saya kira, apakah sumbangan sarjana ini kepada masyarakatnya. Bagi saya, kalau setakat dapat sarjana, kemudian mengajar anak-anak murid seperti mana yang pernah diajarkan oleh pensyarahnya - samalah ertinya seperti mengambil daging yang telah dimasak, basuh dan kincah semula, kemudian dijadikan hidangan yang itu-itu juga.

Merasa tercabar juga menjadi seorang sarjana. Di mana boleh saya sumbangkan kesarjanaan ini, sedangkan saya setakat ini memilih untuk tidak menjadi pensyarah sepenuh masa. Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran juga bukan kerana desakan tugas, mahu naik pangkat ataupun mahu jadi apa-apa. Saya sekadar mahu menambah ilmu, menambah kemahiran belajar dan mahu menambah maklumat untuk terus menulis.

Saya berasa bersyukur atas kejayaan kecil ini. Ramai yang berkorban bagi memastikan saya lulus kali ini. Sayang sekali, insan yang paling banyak berkorban itu tidak dapat hadir pada hari istimewa ini kerana masih lagi berkorban supaya ahli keluarga yang lain dapat hadir meraikannya bersama-sama saya.

Rakaman penghargaan dan terima kasih juga tidak cukup untuk saya gambarkan pengorbanan besarnya itu.

11 ulasan:

tuan tanah berkata...

tahniah :)

annyss berkata...

Terima kasih, tuan tanah :)

Nazhatulshima Nolan berkata...

Tahniah Nisah!

annyss berkata...

Terima kasih, Shima. Awalnya bangun untuk ucap tahniah :)

ainee berkata...

félicitation.

semoga perjuangan puan diberkati Allah.

rozais al-anamy berkata...

Mubarrak maNisah, bangga betul kami dengan kejayaan anda! Serba boleh dan bertenaga pula. Anak berderet pun masih boleh menggapai bintang di langit.

Rem berkata...

Tahniah. Tahniah. Lepas ni PhD pula? :)

ufukhati berkata...

Puan Nisah,

Tahniah! Teruskan....

Faisal Tehrani berkata...

salam,
tahniah....

Jiwa Rasa berkata...

Tahniah. Hadir majlis konvo sarjana ni lain sikit. Maklumlah hidup dah agak senang berbanding masa mengambil ijazah. Lain seronoknya. Apalagi bila ditemani keluarga tersayang...

annyss berkata...

ainee, rozais, rem, ufukhati, faisal & jiwarasa,

Terima kasih atas semua ucapan.

Related Posts with Thumbnails