Perjalanan melintasi gunung-ganang 1
Dalam kenderaan pacuan 4 roda (Pajero DBP), saya duduk di sebelah pemandu (tempat kegemaran, supaya pandangan saya luas). Di belakang agak berhimpit Faisal duduk bersama-sama Cikgu Hanifa dan Tuan Haji Shamsudin (Institut Perguruan Bahasa KL). Mereka kelihatan agak keletihan, apatah lagi penerbangan yang dijadualkan sekitar 9.30 pagi untuk Faisal tertunda hingga jam 12.00 gara-gara MAS menjalankan rombakan harga tiket mulai hari ini. Huru-hara juga urus setia menguruskan hal tersebut.
Dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, perjalanan terus menghala ke Penampang. Tidak sampai sepuluh minit, terasa kami sudah masuk ke kawasan pinggir bandar. Rumah-rumah kampung yang tinggi sudah mula bertaburan di kiri kanan jalan. Liuk lintuk jalan rayanya mengikut lereng-lereng bukit. Di kejauhan banjaran gunung kehijauan.
Apabila membaca peta, saya membayangkan perjalanan ini akan melalui Papar, Beaufort dan kemudian ke Tenom. Rupa-rupanya itu perjalanan yang jauh kerana itu akan berpusing mengelilingi banjaran. Ada jalan lain yang melintasi banjaran itu dari KK ke Tambunan.
Semakin kami larut dalam perjalanan ini, terasa seperti jalan ini gabungan Bukit Putus (jalan menuju Kuala Pilah), Bukit Tangga (jalan menuju Jelebu), Genting Highlands dan Cameron Highlands. Laluan berliku-liku itu menjadi selesa dengan hidangan pemandangan yang lereng-lereng bukit yang hijau di kiri dan kanan. Kalau ingat iklan Teh Boh kita wanita-wanita pemetik daun teh berlatar belakangkan barisan bukit dan gunung hijau, begitulah lebih kurang suasananya.
Keadaan terasa semakin dingin apabila kami terus mendaki dengan Pajero DBP. Rasanya, kalau memandu Kancil 660, mahu merangkak ke Tambunan. Apabila kami tiba di puncak, seorang daripada kami mencadangkan supaya kita minum-minum dulu. Khabarnya perjalanan kami baru separuh. Saya lihat jam sudah pun 6.00 petang. Baru satu setengah jam perjalanan. Aduhai, jauh lagi rupanya!
Suasana dingin terus mencengkam sebaik-baik sahaja pintu pajero dibuka. Mujur saya bawa blazer dan juga selendang. Inilah masa yang sebaik-baiknya untuk dimanfaatkan. Dinginnya seperti berada di kawasan tanah tinggi. Benar-benar dingin. Kami memesan minuman panas (memang gila kalau memesan sebarang minuman berais pada ketika ini). Nama kedai itu pun, Restoran Salju.
Usai makan semangkuk maggi, sukun goreng, keladi goreng dan pisang goreng, serta secawan Kopi Tenom, kami pun beredar. Lagipun 6.30 sudah maghrib di sini.
* Catatan masa untuk entri ini dikekal seperti mana waktu perjalanan bagi tujuan dokumentasi (walaupun ia sebenarnya ditulis setelah berada di KK semula).

Gambar : Dari kiri Faisal, Hj. Shamsudin, Abg. Sulaiman, Encik Hanifa
dengan kopi Tenom masing-masing sementara menunggu pesanan maggi panas
dan sukun, keladi, pisang goreng
dengan kopi Tenom masing-masing sementara menunggu pesanan maggi panas
dan sukun, keladi, pisang goreng
* Catatan masa untuk entri ini dikekal seperti mana waktu perjalanan bagi tujuan dokumentasi (walaupun ia sebenarnya ditulis setelah berada di KK semula).
Ulasan
oh sukun goreng yang memabukkan itu!
:)
Terima kasih kerana membawakan buku-buku itu. Saya tayang dalam rak buku di rumah, dan kawan-kawan 'sastera' di KK semuanya jadi biru kerana cemburu. Ha ha ha! Ya la, mana nak dapat buku-buku baru (macam terbitan Utusan itu) di KK.
Oh ya, lupa tanya. Ada beli Kopi Tenom? Yang kopi Tenom dan kopi-kopi lain sama saja fungsinya. Untuk minuman petang yang eksotik; atau minuman khusus untuk jaga malam.
Tapi aroma kopi Tenom sungguh eksklusif. Lain daripada yang lain. Cuba cium betul-betul. Seperti harum kopi muda yang ditabur atas gunung, kan? Garing dan segar. :)
Akan aku ingat sukun itu sampai bila-bila :-)
Rem,
Ya, mungkin pada kesempatan lain, saya pasti akan melawat UMS pula. Khabarnya, puncak Kinabalu boleh dilihat dengan baik dari sana.
Memang sempat beli Kopi Tenom sewaktu di Taman Pertanian Sabah. Memang enak. Setuju, lemak-lemak manis.