Ahad, September 24, 2006

Menginsafi Ramadhan


Selamat berpuasa kepada semua pengunjung laman ini.

Surau di kawasan kejiranan saya penuh melimpah malam tadi - mengalahkan orang sembahyang sunat Idulfitri. Alangkah indahnya, jika fenomena ini sentiasa bertahan sepanjang tahun...

Bazaar Ramadhan (namanya saja sudah menyalahi, seolah-olah Ramadhan ini benar, benar pesta makan) pula tumbuh bercerancangan. Memenuhi tuntutan selera dan hawa nafsu. Setelah berbuka, ternyata rupa bentuk juadah itu benar-benar menipu wang ringgit dan selera.

Ramadhan seharusnya menjadi bulan insaf menginsafi dan bulan menambah amal seringkali berubah menjadi pesta - selain daripada pesta makan, pesta kuih, pesta fesyen raya, dan tidak kurang pesta perabot raya.

Di manakah kesederhanaan yang dianjurkan Islam untuk ummahnya?

4 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Selamat berpuasa, Puan Nisah.

Azer Mantessa berkata...

selamat berpuasa :-)

wan a. rafar berkata...

Itulah selera dan nafsu. Kita yang tahu pun, selalu terikut. Sebab itu Rasulullah s.a.w.menyatakan jihad yang lebih besar ialah jihad melawan nafsu.

Selamat berpuasa.

umaq_eiman berkata...

ramadhan kareem
selamat berpesta ibadah.
semoga diterima puasa, qiyam dan istighfar kita semua,.
sungguhpun iblis diikat tetapiujian ramadhan itu masih berat untuk hati hati yang kelam.
semoga Allah terangi hati kita. dengan iman dan amal.

Related Posts with Thumbnails