Antara Ilmu dan Maklumat

Bagaimana kita boleh tahu sama ada sesebuah karya itu mengandungi ilmu ataupun maklumat?

Saya seringkali menegaskan hal ini dalam ceramah sastera yang sempat saya hadiri. Saya selalu menyatakan bahawa apabila menulis karya, memasukkan ilmu sangat penting bagi memberi kekuatan kepada sesebuah karya.

Tetapi tentunya memasukkan ilmu itu bukanlah sekadar tempelan. Ataupun terasa dibuat-buat, seperti terpaksa. Banyak kali juga saya 'bertengkar' ataupun mungkin 'berhujah' dengan para peserta bengkel yang berkata, "Yang saya masukkan ini ialah ilmu bantu, ilmu luar sastera" dan sebagainya.

Saya juga pernah ditanya bahawa apakah perbezaan antara ilmu dengan maklumat. Bukankah kedua-duanya sama sahaja.

Ok. Kali ini saya mahu beri peluang kepada pembaca menyuarakan pendapat masing-masing.

Jadi, apakah perbezaan antara ilmu dan maklumat dalam karya?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Pemikiran saya yang tidak seberapa memungkinkan pendapat ini...

ilmu- pengetahuan- sesuatu yang perlu disingkap dengan usaha dan keringat sendiri.. (?)

maklumat- penerangan/penjelasan- lanjutan berkenaan sesuatu perkara.. mungkin sesuatu yang sudah jelas..

(Sekadar memberi pendapat. Maaf jika salah tafsir)
emilayusof berkata…
Salam, Kak Nisah.

Dari fikiran saya, maklumat adalah bahan dan ilmu ialah penmanfaatan maklumat. Maklumat adalah subset ilmu.
Tanpa Nama berkata…
Saya suka dengan provokasi Nisah ini. Perkara sama yang sering saya bangkitkan dalam kuliah. Saya selalu tegaskan pada pelajar: dalam skrip jawapan peperiksaan -- saya hanya markahkan 'ilmu' dan bukan 'maklumat'. Ya la, kita mahu menguji daya pemikiran, bukan daya penghafalan, kan?

Saya fikir reaksi En. Sesiapa dan Emila Yusof di atas itu sudah merangkumi apa yang ada dalam minda saya. Saya setuju sangat dengan jawapan itu. Secara analogi begini (sedikit tambahan saja). Kalau dalam konteks 'penulisan tesis atau kertaskerja akademik' - biasanya ada komponen yang dinamakan DATA (data), ANALISIS (analysis), KEPUTUSAN (result) dan KESIMPULAN (conclusion). "Maklumat" jatuh pada kategori DATA (raw material, which is naturally 'meaningless'). Yang dikata "Ilmu" hanya bermula pada tahap analisis, keputusan dan keseimpulan (suatu eksplorasi dan penemuan). Putting (or re-putting) things into a new perspective.

Satu lagi yang sering orang bolak-balikkan adalah konsep 'sains' dan 'teknologi'. Pernah baca ayat begini: Teknik rawatan kanser secara kemoterapi merupakan satu perkembangan penting dalam bidang sains perubatan.

Dalam kes di atas, ia patutnya 'teknologi' perubatan - bukan 'sains' perubatan. Sains merujuk kepada ilmu tanpa aplikasi. Ia disabitkan dengan kefahaman terhadap sesuatu fenomena tanpa membabitkan aspek praktikal dan teknikal. Misalnya teori graviti Newton, kefahaman tentang aspek geseran, infomarsi tentang proese fotosintesis, dan yang seumpama.

Teknologi dirujuk kepada proses menganjak nilai 'ilmu sains' itu kepada suatu aplikasi yang berguna kepada manusia. Misalnya, membuat tayar kereta yang 'berbunga dan bercorak' dengan struktur tertentu (ini adalah anjakan kefahaman sains tentang aspek geseran - diterjemah kepada aplikasi).

Contoh lain: "bunyi boleh disebar dan dialirkan dalam medium gelombang" (kefahaman begini dinamai 'sains'). Penghasilan telefon bimbit (natijah daripada kefahaman ini) - yang ini dipanggil teknologi.

Alamak.. panjang berjela-jelalah pula!
Tanpa Nama berkata…
Ilmu itu ilmula, orang itu ada ilmu matematik ka, sains ka, jadi dia disampaikan dalam bentuk tulisan, dibantulah dengan maklumat, info fakta nak memahamkan audien...maafle kita pun baru belajar nih.

Nisah tertarik betullah dengan info yang sdr tinggalkan di blog rem...betuah betul Yasmin tu kan, dah lah ciplak2 kisah2 arab, pastu pertonas bayar lui banyak. Geramnya grrr!!!!! rasa nak tembak je pompuan tu.

Memang pantang besar bagi saya jika satu hasil karya tu tak original, ciplak2 ubah2. Mendidih darah.

Dapat duit pi lak buat felem2 (mengambil lorat Yasmin sendiri) yang membako darah. Saya selalu tak setuju dengan Faisal yang terpekik-terlolong kata ada hantu comprador, tapi bila baca jejak sdr, alamak takutlah pulak.

Kenapa ah diorang ni dengki sangat2 dengan kita? Sory Nisah saya baru keluar wad kan..ada blur sikitla.

Mardhiah
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum.

Ilmu dan maklumat itu besar perbezaannya. Walau bagaimanapun, di sini saya sekadar 'menurunkan' takrifan yang saya dapat sejak bekerja di Bahagian Pengurusan Ilmu, PPAS. Terlebih dahulu, maaf dipinta kerana saya tidak menterjemahkan petikan ini ke Bahasa Melayu kerana saya mengambilnya bulat-bulat dari sebuah laman web (saya tak ingat namanya, tetapi ia berkaitan "Knowledge Management")

Takrifan maklumat / 'information' :
"Information can be considered as a message. It typically has a sender and a receiver. Information is the sort of stuff that can, at least potentially, be saved onto a computer.

Takrifan 'data':
Data is a type of information that is structured, but has not been interpreted.

Takrifan ilmu/pengetahuan / 'knowledge':
Knowledge might be described as information that has a use or purpose. Whereas information can be placed onto a computer, knowledge exists in the heads of people. Knowledge is information to which intent has been attached.

Ilmu itu sendiri terbahagi pula kepada 2 - iaitu ilmu yang tersirat ('tacit knowledge') dan ilmu yang tersurat ('implicit' / explicit knowledge'). Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah layari internet dan/wikipedia untuk mencari tentang 'Knowledge Management".

Wassalam - Juliana
Imran Yusuf berkata…
Antara ilmu saling lengkap melengkapi.

Beberapa unit maklumat mungkin akan menimbulkan sesuatu ilmu.

Terkadang satu unit ilmu diperlukan bagi mentafsirkan sesuatu maklumat.

Beberapa unit maklumat baru mungkin akan merubah ilmu yang sudah sebegitu lama sehingga dianggap mutlak & benar.

Sebelum diketahui bahawa jap jari manusia adalah unik bagi setiap manusia, kita tidak dapat memahami ilmu yang disampaikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an yang menyatakan di Hari Kiamat identiti kita akan dibina semula tubuh kita "sehingga ke hujung jari kita pun akan dibuat semula seperti asal". Kajian cap jari sebagai mengenali identiti manusia dan perkembangan di dalam ilmu sains membawa kepada ilmu baru mengenali identiti manusia iaitu "Ilmu DNA".
Tanpa Nama berkata…
Kak Nisa, saya kira ilmu dan maklumat itu sama tapi tak serupa. hal ini kerana, 'semua "ilmu" ialah "maklumat" tetapi bukan semua "maklumat" ialah "ilmu"'. oleh sebab itu, 'semua orang yang "berilmu" adalah "bermaklumat" tetapi bukan semua orang yang "bermaklumat" adalah "berilmu"'. sebab itulah kita memiliki ramai orang yang keluar 'universiti' sekarang ini dan kononnya 'educated' tetapi adakah kesemua mereka ini berilmu? ataupun bermaklumat sahaja! berapa ramai masyarakat kita yang mengaku 'educated' ini korupsi, salahguna kuasa, menindas, pembohong dan melakukan hal-hal yang sama waktu dengannya. jadi maknanya, yang dikatakan ilmu itu ialah sesuatu yang akan membawa manusia menjadi insan kamil. kalau tidak, maka ia hanya sekadar maklumat sahaja. nampaknya kita kena cek balik sistem pendidikan kita samada hanya sekadar menyebarkan maklumat atau mengajarkan ilmu. tak gitu kak nisa?

Leem

Catatan Popular