Requiem Tunas Cipta
Isu ini sudah lama menjadi khabar-khabar angin. Sejujurnya, saya masih mengharapkan supaya ia terus menjadi angin lalu. Tetapi, ia tetap tidak berlalu dan terus menjadi ribut yang membawa pergi satu-satunya majalah yang banyak membantu melahirkan penulis muda di Malaysia.
Ramai yang malu-malu dan segan-segan berbisik kepada saya, 'benarkah Tunas Cipta akan ditutup?'
Jawapan saya : Ya, benar lagi sahih! Tunas Cipta akan ditutup, tetapi kesusasteraan untuk penulis muda masih belum mati! Baca editorial Tunas Cipta di sini.
Keunikan Malaysia dan keunikan senario kesusasteraan Melayu di Malaysia ini langsung tidak dipandang sebelah mata oleh pihak berwajib. Kalau tak percaya cuba tanya pada Octavio Paz ataupun Pablo Neruda, semasa mereka remaja ada atau tidak majalah seperti Tunas Cipta di negara mereka. Kalau ada, tentunya penulis seperti Paulo Coelho tidak akan memulakan hayat penulisannya pada usia 40-an. Tentu lebih awal lagi bukan?
Bagi penulis yang sudah bertapak dan sudah membina nama, majalah Tunas Cipta mungkin tidak ada apa-apa yang istimewa. Bagi penulis mapan, mereka sudah ada wadah yang berbeza di medan perdana. Tetapi bayangkan betapa sukarnya membina keyakinan untuk menghantar karya dan mencari tembusan awal.
Ada juga beberapa penulis muda yang sudah mempunyai tapak awal dalam penulisan memandang sepi kepada Tunas Cipta. Bagi kumpulan ini, sama ada TC hidup atau mati tidak memberi impak kepada mereka. Ya lah, mereka ini sudah melintas sungai, kalau jambatan terbakar di belakang pun tak mengapa. Kuranglah sikit saingan di medan perdana nanti. Tak sangka, ada juga yang berfikiran demikian.
Bagi saya penyiaran edisi terakhir Tunas Cipta Disember ini ialah suatu tragedi. Tahun 2006 ini seolah-olah tahun tragedi bagi dunia sastera khasnya. Isu MASTERA yang baru hendak reda, isu novel popular yang mahu dinobatkan dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (lihat Dewan Sastera November 2006) dan kali ini majalah ini pula akan ditalqinkan.
Benar, ia akan 'dihidupkan' semula melalui satu proses reinkarnasi di sebuah insitusi lain. Tetapi bagi saya, ia tidak mungkin Tunas Cipta yang sama, kalaupun ia lebih baik. Saya tidak pernah mempertikaikan kewibawaan institusi baru yang bakal mengambil alih TC. Mereka tetap mempunyai kapasiti untuk melakukan apa sahaja. Tetapi apabila TC tidak lagi sinonim dengan DBP ia semacam satu kejanggalan yang sukar untuk diceritakan.
Saya menulis requiem ini bukan kerana saya punya kolum khusus di TC untuk beberapa tahun. Ya, saya pernah menyempurnakan sebuah novel bersiri di TC. Saya juga berharap saya telah membantu penulis muda memahami hak-hak mereka sebagai penulis melalui siri hak cipta yang dipohon khas oleh pihak editorial. Malah, saya masih punya koleksi lengkap daripada naskhah terawal yang bernama GEN. Saya pernah menulis surat panjang lebar kepada ketua bahagian majalah (bukan Puan Padilah) betapa gusarnya saya tentang perkembangan TC pada ketika itu apabila karya-karya yang tersiar tidak mencapai mutu yang diharapkan. Dato' Dr. Anwar Ridhuan (ketika itu Pengarah Penerbitan) dengan penuh hemah membalas e-mel saya dan menerima teguran saya, di kala pihak lain melihat itu sebagai kutukan, bukan kritikan.
Ya, saya punya sejarah yang panjang di TC, walaupun bukan sebagai penyumbang tetapi sebagai pembaca tetap. Sayang sekali, adik bongsu bahagian majalah ini hanya mempunyai usia 5 tahun. Dia harus 'dimatikan' tanpa sebab-sebab yang konkrit.
Dalam TC juga pembaca dapat merasakan desah dan resah penulis muda lagi baru. Di sanalah mereka membina keyakinan dan kemudian beralih ke media yang lebih dewasa. Kalau ada pihak yang mahu membaca ideologi penulis muda, semuanya ada dalam TC. Itulah dokumentasinya.
Sayang sekali, keistimewaan untuk penulis muda itu telah diambil pergi. Jadi, selamat berjuang adik-adikku. Semoga kalian bertemu dengan wadah yang lebih sesuai walaupun terpaksa bersaing dalam ruang dan peluang yang semakin kecil.
Sebagai 'abang besar' Dewan Sastera kini membuka ruang sebanyak 32 halaman kepada penulis muda dengan syarat yang sama dengan TC (penulis bawah 35 tahun, belum pernah menang anugerah penulisan kebangsaan). Jadi, adik-adik masih boleh hantar ke Dewan Sastera untuk melihat karya tersiar.
Meskipun, saya kurang bersetuju dengan aturan baru ini , namun bagi adik-adik, ini sahajalah peluang yang diganti setelah TC selamat ditalqinkan. Rebutlah peluang yang ada. Khabarnya, masih ada ruang untuk cerpen dan puisi. Masih ada pihak yang akan terus mengulas karya seperti dalam TC juga. Nampaknya Dewan Sastera akan menjadi lebih 'tembam' dengan 'penggabungan' dua majalah ini.
Selamat menulis.
Hidup ini memang penuh cabaran.
Tetapi hidup mesti terus!

Ulasan
Mungkin ada yg berpendapat TC tidak lagi relevan jika diadakan ruangan dalam DS. Tapi itu tidak bermakna TC tidak diperlukan lagi.
Benar seperti kata Kak Nisah, TC memberi peluang kepada bakat-bakat muda. DS dah terlalu 'established'. Org baru pasti berasa gerun untuk muncul di dada majalah sedemikian. Takut respon diterima mengundang duka. Sekali rebah parah, sukar tuk bangun semula.
Semoga ada resolusi yang baik untuk maslahah semua.
Semoga akan ada pengganti TC yang akan dikeluarkan oleh pihak lain, yang memberi ruang kepada penulis-penulis baru.
Dan terima kasih juga buat PENA, memberi nyawa kembali kepada TC. Saya nantikan keluaran sulungnya dengan debar.
Nisah,
Jika menerbitkan sebuah majalah seperti TC, pada pandangan Nisah munasabahkah? Selain dari kebaikan kepada penulis dan pembaca "muda" adakah ia "marketable"?
penutupan tunas cipta adalah satu penyelewengan wang rakyat.
seperti kata panaharjuna, penulis baru akan lebih terbuka dan agresif bereksperimen..