Sabtu, Disember 09, 2006

Minggu Penulis Remaja Edisi ke-20

Esok saya akan bertolak ke Port Dickson. Berkampung sehingga Khamis untuk Minggu Penulis Remaja (MPR) 2006. Pagi Khamis akan bertolak ke DBP KL untuk acara MPR yang seterusnya. Saya memang mempunyai sesuatu yang sentimental tentang MPR. Kenangan saya itu sudah lama. Saya produk MPR 1993.

Bezanya, esok saya tidak lagi pergi sebagai peserta, tetapi telah diamanahkan sebagai Pembimbing. Tanggungjawab dan amanah ini sangat berat. Doakan saya diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapinya.

Sesungguhnya, bengkel ataupun yang seumpamanya tidak melahirkan penulis/penyair. Pokok pangkalnya ialah individu itu sendiri. Ramai yang mengalah dan memberi laluan kepada kawan-kawan sealiran. Itu pilihan masing-masing. Tiada siapa yang boleh memaksa ataupun menghalang.

Khabarnya, kumpulan kali ini tidak berapa besar - tidak sampai 25 orang pun. Bagus, saya suka jumlah itu. Sederhana. Lebih mudah peserta mengambil bahagian dan berinteraksi.

DBP tanggung segala belanja makan minum supaya anda menjadi penulis. Bukan untuk berkelah di Port Dickson.

Oh, kalau ada bakal peserta yang terbaca entri ini - dalam kelas saya jangan tidur ya. Alamat ada yang makan pemadam papan putih kalau tak pun makan kasut nanti!

9 ulasan:

zf_zamir berkata...

:(

kak ila berkata...

Wah, garangnya Cikgu Nisah ni. Haha, gurau je. Apa2pun tahniah dari saya, awak kini menjadi mento pula. Oleh kerana awak pernah menjadi anak didik, awak pastinya sudah tahu apa yang diperlukan anak didik awak. Teruskan usaha.
Anak2 saya langsung tidak berminat dengan sastra kita, puas dipujuk. Hanya katun luar negara di dalam imeginasi mereka. Sedih!

Norziati MR berkata...

Amboi Cikgu, dah beri amaran awal-awal. Anak murid, jangan melawan.

Tapi saya rasa kalau Kak Nisah yang mengajar, mesti anak murid tak mengantuk... cikgunya 'energetic' :-)

NASRIAH ABDUL SALAM berkata...

huk..huk..nas dah tak jadi adik bongsu kak nisah dalam MPR lagi (MPR 2005) tapi tak apa lah..janji MPR masih diteruskan dan masih boleh melahirkan penulis (walaupun mungkin tidak sebanyak jumlah pesertanya)
moga semuanya selamat dan berjaya ya kak!

Tanpa Nama berkata...

nantikan saya di port dickson. haha.
kalau la ada MPR di bumi orang ni. kan best.
kak nisah, kirim salam pada peserta.

Rem berkata...

Wah, garang sungguh!

Tiap kali bercakap pasal MPR, teringat pula MPR 1988. Tanda nama masih disimpan. Tapi mendaftar untuk hari pertama saja. Itu pun, separuh hari saja. Lepas tu lari ke UM, untuk minggu orientasi pelajar Asasi. Dengan tak ada surat tawaran sebab surat tu baru sampai di Sabah masa hari pendaftaran MPR!

Bolehkah itu melayakkan saya jadi ahli ALUMNI MPR? :)

PS: Tak ramai yang berpeluang ikuti minggu pemurnian sastera macam ni. Harap-harap semua yang terpilih -- tidaklah datang dengan mata terbuka, tapi hati tertidur.

Zaifulnizam 'AttOk' Wagiran berkata...

Salam Kak Nisah,
Selamat mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik MPR di PD. Saya juga baru kembali dari sana ~ berkampung seminggu bersama Kekkwa dan terus menyambung cerita di El-Azhar dgn penulis-penulis berbilang kaum. Lama rasanya tidak ketemu. Terakhir kali juga di PD, sewaktu bersama-sama jadi ajk seminar.
Rupanya terlalu byk cerita yg harus di ambil kira dalam kotak kaca sastera Malaysia. Daripada kisah TC yg akan ditalqinkan (sekaligus bagai mencetak kematian utk adik-adik penulis baru), menjenguk kocakkan air dalam secawan teh cina yg mengapungkan kabut (mesyuarat agung PEN?), hinggalah pada keributan DBP mahu menjadikan karya pop sebagai karya sastera. Ahh! Rupanya banyak kisah yang tidak sempat dikejar-dengar.
Terima kasih.

*Sedang membaca Masuk Barisan!

Tanpa Nama berkata...

salam. Saya sudah lama berhajat menyertai MPR. Cuma ruang dan peluang belum ada untuk saya. Bagaimana untuk buat saya terpilih menyertai MPR? Rasanya ramai di sini yang boleh mengkhabarkan inisatif untuk tindakan saya selanjutnya.
Saya berharap sangat-sangat meski saya tidak rajin berkarya.

Terima kasih didahulukan.

Nissa' Yusof berkata...

assalamualaikum..
alhamdulillah, saya tak terkena makan pemadam papan putih atau pun makan kasut=)

Related Posts with Thumbnails