Hanya Tahun yang Baharu
Saya memilih untuk berehat beberapa hari daripada menulis blog. Ada dua tiga tugas yang lebih penting daripada ini. Alhamdulillah, tugas tersebut baru sahaja langsai, dengan izin-Nya. Tak terkata lega yang teramat.
Dalam kesibukan itu, anak sulung masuk Tahun 1 (dulu panggil Darjah 1, sekarang Tahun 1, nanti orang ingat anak saya masuk universiti!). Hantar di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Dia gembira bukan kepalang - maklumlah pengalaman pertama.
2 Januari, sekolah adakan taklimat untuk ibu bapa dan sesi bayar yuran anak-anak. Ibu bapa pun berduyun-duyun bawa anak yang bersekolah datang sekali, anak yang tak sekolah pun diheret sama. Ada yang datang sekeluarga. Dewan yang telah disusun dengan kerusi sama cukup untuk ibu bapa jadi tak cukup. Sudahlah ramai yang datang, ramai juga yang datang lewat. Rasa terdera pula datang awal.
Terguris juga dengan sikap sesetengah ibu bapa yang memberikan contoh kurang baik kepada anak sendiri. Kalau dah ibu bapa yang datang lambat, takkanlah anak-anak hendak disalahkan. Apa pun, alasannya, datang ke sekolah mestilah mengikut masa yang ditetapkan. Barulah anak-anak itu kelak boleh menjadi manusia yang berdisiplin dengan masanya.
Menurut Guru Penolong Kanan, ada juga ibu bapa yang marah kepada pengawas sebab mencatat nama anaknya yang dihantar lambat ke sekolah lebih dari tiga kali. Kasihan pengawas itu pula yang kena marah.
Sekali lagi, ini persoalan sikap.
Selain daripada itu, tidak apa-apa sangat yang baharu tentang Tahun Baharu. Kalau setakat nak bina azam baharu, tak perlu tunggu awal tahun, bila-bila masa dan apabila kesedaran timbul, azam itu boleh sahaja dibina. Jadi tak usah cerita tentang azamlah, ya.
Sekian dulu, perlu hantar anak yang seorang lagi untuk masuk tadika. Hari pertamanya.
p/s : rutin hidup ibu bapa jadi berubah apabila ada anak-anak yang bersekolah. Semuanya kena ikut jadual sekolah anak selepas ini.

Ulasan
Bolehlah you jadi Yang Dipertua PIBG lepas ni.Hehehe!Memang betul, jadual makan, tidur malah nak 'termenung' dalam bilik air pun kena ikut jadual anak.Tapi kesian ye...budak-budak sekarang kena pikul 7,8 kilo beg ke sekolah. Pandainya kot ada setengah kilo je!Negara yang maju sistem pendidikannya sudah sediakan konsep mentor-mentee untuk pelajar, tak perlu ramai-ramai satu kelas. Ada locker, ada laptop dan belajar bukan berorientasi peperiksaan tapi digerakkan oleh minat.Sistem kita cuma melahirkan pemikul-pemikul beg agaknya...
kalau dah lega, kenapa tak letak gambar senyum sampai ke telinga?
:-)
Tentang SIKAP - memang jelek, bila ada ibubapa sendiri yang tidak datang pada tepat pada waktunya, sudahlah datang lewat, dengan bersahaja tanya pada pengawas sekolah, "kenapa tak sediakan kerusi yang mencukupi"?.
Tentang WAKTU - rasanya, rakyat Malaysia mesti "DI AJAR", supaya menepati JANJI dan WAKTU.
PERANCANGAN - ada sekolah agama, yang tidak pernah ambil peduli, tentang bagaimana untuk memudahkan urusan pembayaran yuran, sepatutnya, siapa yang tiba dahulu mendapat layanan awal, tetapi sebab tiada sistem (atau nombor giliran), maka ibubapa yang KURANG AJAR @ TIADA MARUAH @ BRUTAL, buat tak kisah, dengan potong Q, untuk membuat pembayaran yuran.