Kehebatan Teknologi
Malam tadi saya ada mesyuarat. Paling menarik, ahli mesyuarat tersebut bukan dari kawasan setempat. Ada yang dari Ireland, Mesir, Australia, New Zealand dan Malaysia juga. Dan saya tidak perlu bergerak dari tempat duduk di rumah saya untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Inilah yang dinamakan the wonders of technology!
Teknik konferens audio (ataupun konferens video, jika ada webcam) ini bukan lagi suatu yang luar biasa. Sesiapa yang biasa chatting dari zaman kita semua guna ICQ ataupun IRC (internet relay chat) lagi, ini sebenarnya perkara biasa. Semua orang boleh bertemu dalam satu ruang maya dan saling berhubung serta boleh mendengar suara masing-masing.
Kosnya - tentu sahaja jauh lebih murah daripada menggunakan telefon biasa. (Bayangkan kami semua berkonferens dengan orang Ireland, Mesir, Australia dan New Zealand!)
Selalunya, chatting seringkali dikaitkan dengan sembang-sembang kosong, berkenalan ataupun mencari pasangan. Tetapi, teknologi ini tentu sahaja ada baik dan buruknya. Teknologi ini alat. Manusialah yang meletakkan manfaatnya.
Jadi, malam tadi berlangsunglah sesi ujian teknikal pra-bengkel Penulisan Islami Adabuna-GKLN. Bagi saya (di Malaysia) malamlah, tetapi kepada ahli konferens yang lain bergantung kepada waktu tempatan. Maklumat lanjut tentang program ini boleh diperoleh dari laman web Grup Karyawan Luar Negara atau GKLN ini.
Sesuatu yang paling saya sanjung ialah kesungguhan adik-adik di luar negara yang mahu menajamkan pena masing-masing. Jarak dan sempadan bukanlah penghalang, malah apabila ada kesungguhan, semua rintangan boleh sahaja dijadikan batu loncatan. Ya, bukan mudah mengaturkan satu perjumpaan secara maya yang boleh disertai secara serentak oleh ahlinya di serata dunia. Perlu ada seorang yang begitu komited untuk berbuat demikian. Koordinator ini sangat penting.
Hasilnya, malam tadi pertemuan tersebut saya sifatkan berjaya. Masing-masing sudah saling mengenali dan boleh sahaja berhubung dan mendengar kupasan karya bersama-sama moderator dan fasilitator kumpulan.
Untuk peringkat awal ini (saya harap ada peringkat-peringkat seterusnya), saya, Faisal Tehrani dan Zaid Akhtar telah mereka pilih sebagai fasilitator. Caranya: peserta mendaftar kepada moderator bersama-sama dengan karya (melalui e-mel). Moderator akan susun dan bahagikan karya tersebut kepada fasilitator berkenaan. Fasilitator akan menyediakan kupasan karya dan kemudian menyerahkan ulasan tersebut kepada moderator. Moderator (dan pembantu-pembantunya) akan mengubah ulasan tersebut daripada bentuk perenggan kepada bentuk powerpoint.
Hasilnya, pada suatu tarikh yang ditetapkan, fasilatator akan membentangkan kepada peserta dengan menggunakan powerpoint yang telah disediakan.
Nyata, ini bukan usaha sendirian. Satu pasukan kecil diperlukan bagi menguruskan hal-hal teknikal. Saya tahu, saya tak mungkin melakukannya seorang diri. Renyah kerjanya tetapi menarik apabila dapat dilaksanakan.
Saya melihat ini sebagai suatu kesungguhan bagi meneruskan kesinambungan penulisan. Adik-adik yang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ini mempunyai pengalaman yang lebih daripada mereka yang berada di Malaysia. Apa yang mereka perlukan ialah bagaimana mengadun bahan-bahan mentah tersebut. Mereka ada pengalaman yang segar, terus daripada kaca mata orang pertama. Sayang kalau tidak diabadikan dalam karya dengan pemikiran yang terarah.
Saya doakan Bengkel Penulisan Islami Adabuna-GKLN ini dapat berlangsung seperti mana yang dirancangkan, insya-Allah. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kami semua.
Kepada yang tidak dapat menjadi peserta tetapi masih berminat untuk mengikuti perbincangan tersebut, boleh hubungi sdr Nur Hafizah dengan meninggalkan pesanan di laman web beliau dan saya percaya bagi pihak moderator beliau dapat mengatur dan menjemput pemerhati untuk sama-sama menyertai chatroom tersebut.
Anda perlukan speaker/headphone untuk mendengar perbincangan tersebut. Mikrofon (optional) kerana anda akan hadir sebagai pemerhati. Terpulang kepada moderator sama ada beliau akan membenarkan anda bercakap. Masa pertemuan telah ditetapkan selama lebih kurang satu sesetengah jam. Jadi, kalau semuanya nak bercakap, nanti tak habis pula berbincang.
Untuk menyertainya, pastikan anda mempunyai Yahoo!Messenger dan berikan Yahoo! ID untuk ditambah ke dalam chatroom yang berkenaan. Pastikan juga anda menghidupkan talian (online) pada ketetapan berikut :
(Kasihan pula pada orang Wellington yang kena berbengkel pukul 3 pagi!)
Bagi yang berada di lokasi yang berbeza, boleh kenal pasti jam berapa anda harus online dengan melayari laman ini.
Saya percaya projek ini bukan sahaja boleh dilakukan dengan mereka yang berada di luar negara. Tetapi juga dengan calon penulis tempatan yang tidak mungkin dapat keluar ke suatu tempat. Jadi, kita semua duduk di rumah ataupun kafe siber dan berdiskusi dengan wadah begini.
Ah... kehebatan teknologi. Segalanya mungkin. Mari manfaatkannya demi membina suatu ummah yang unggul melalui penulisan.

Sabtu, 3, Februari 2007
KL -Sat 10:00 PM
CAIRO -Sat 4:00 PM
NASHVILLE-Sat 8:00 AM
DUBLIN -Sat 2:00 PM
MELBOURNE - Sun 1:00 AM
WELLINGTON - Sun 3:00 AM

Ulasan
apologi dari saya kerana tidak dapat berkoferens bersama-sama pagi tadi [Colorado; Mountain Time Zone].
Ada masalah teknikal, dan kekangan waktu. Kelas-kelas saya semua awal pagi. Ketika dijemput menyertai, saya sedang bersiap-siap untuk perjumpaan kumpulan makmal Geologi [dah terlambat pun sebetulnya!].
Insya Allah, ada rezeki kita bertemu kemudian hari.
-Becky.
wah, terlalu banyak smiley dalam entry ini membuatkan saya terasa lapar!
saya turut kagum dengan kesungguhan adik-adik di luar negara.
saharil,
kau selalu lapar ya. dah lama kita tak makan bersama.
:-)
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga semuanya berjalan lancar.
Saya masih berfikir2 untuk sertai konferens mana. Ketiga-tiganya menarik. Tapi buat masa ni, saya menempah tempat di perbincangan yang moderatornya sdr Hafez Iftiqar :)
Saya rasa, ada baiknya Kak Nisah paparkan senarai karya yang bakal Kak Nisah, Abang Zaid dan Abang Faisal bedah, jadi dalam 3 konferens serentak itu, yang lain boleh pilih nak ikut yang mana. Saya teringin mendengar bengkel sajak, sebab tak pernah mendengar bagaimana ia dibengkelkan selama ini.
boleh tolong saya
nama saya haryati
saya nak tahu tentang laman siti jasmina ibrahim
jika akak tahu tolong forwardkan laman dia pada saya...please
emailkan pada:
yatie_deluxe@yahoo.com