Tontoni Cerekapilihan TV3
Terdahulu, saya pernah menulis satu entri tentang puisi saya berjudul "Menunggu Purnama" disiarkan dalam sebuah cerekarama Dua Jiwa Satu Hati.
Entri tersebut boleh dibaca di sini. (Juga puisi yang dimaksudkan)
Tadi, ketika tertonton TV3, promo Cerekapilihan akan mengulang kembali drama ini pada Jumaat, 23 Februari 2007 jam 1.30 tengah hari. Jadi, kepada sesiapa yang berkesempatan dan terlepas peluang sewaktu cerekarama tersebut disiarkan sekitar tahun 2004 lalu, bolehlah berbuat demikian.
Judul asal karya tersebut juga Menunggu Purnama. Tetapi sewaktu tersiar, judulnya memang sedia diubah. Begitu dimaklumkan oleh penulis skripnya - Maizura Mohd Ederis (juga seorang blogger). Saya cuma diminta Maizura supaya menghasilkan puisi berdasarkan alur cerita yang telah diberikan. Juga diminta menulis dari sudut pandangan watak utama (lelaki) cerita ini (lakonan Zul Yahya).
Secara keseluruhan, cerita ini tidak terlalu mengecewakan, meskipun saya bukanlah peminat setia cerekarama. Temanya masih lagi berkisar tentang cinta dan pengorbanan. Cuma olahannya sedikit berbeza dan saya harap suntikan fragmen-fragmen puisi yang dipecah-pecahkan oleh pengarah dapat dinikmati penonton sebaik-baiknya.
Pengarah : Ahmad Idham
Lakonan : Zul Yahya, Aida Aris, Kazar, Arasy Mohamad dan lain-lain.
Nanti pada bahagian end credit, adalah nama saya rolling untuk beberapa saat - Puisi nukilan "Nisah Haji Haron"
Sayangnya, saya mungkin tidak berada di hadapan TV pada waktu itu untuk menontonnya.

Ulasan