Seketul Batu Pada Dinding

** Berita terkini : Selepas keputusan SPM diumumkan, ternyata media tersalah dalam uar-uar terdahulu bahawa Nadiah bakal mendapat 19A1. Pelajar ini sebaliknya mendapat 14A1, sementara bakinya A2 & C3. Inilah namanya counting your chicken before they are hatched! Seorang pelajar lain yang tidak pernah digembar-gembur media pula yang mendapat 17A1 dalam usia 15 tahun. Lihat Utusan Malaysia. **

Sekali lagi saya tegaskan, entri ini bukan tentang persoalan dengki kerana orang lain mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan yang sekadar menjadi 'tiket' untuk pergi lebih jauh. Ramai benar yang salah faham dengan entri ini, itu sahaja telah menunjukkan tahap pemikiran mereka. Cubalah baca dengan mata hati dan renungkan semula...


*************


Mengapa media sangat menggembar-gemburkan nama dua orang pelajar ini?

Nur Amalina Che Bakri (17A1)
Nadiah Amirah Jamil (19A1)

Ya, benar. Mereka sudah dianggap satu contoh kepada pelajar lain dan juga ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya seperti mereka berdua. Alhamdulillah, kejayaan itu milik mereka.

Namun, cuba perhatikan sekali lagi - sedalam-dalamnya. Selepas ini, mereka akan melanjutkan pelajaran. Semua universiti akan berebut-rebut mahukan pelajar seperti ini. Mengapa? Kerana mereka telah membuktikan bahawa sistem pendidikan negara yang amat kuat menggunakan sistem menghafal ini membawa kejayaan kepada mereka.

Sekiranya mereka berdua ini terus menggunakan sistem yang digunakan di sekolah untuk meneruskan sistem pembelajaran di universiti (sama ada tempatan ataupun luar negara), ini amat menyedihkan. Di universiti, sistem pelajaran tidak sama. Mana-mana pelajar yang 'memuntahkan' semula apa yang telah 'dimuntahkan' pensyarah dalam kuliah ataupun mengolah semula ayat-ayat dalam buku-buku teks, hanya akan menjadi penyalin yang baik - iaitu mereka yang boleh menulis dalam tempoh waktu yang ditetapkan (waktu exam - 3 jam setengah)!

Ya, mereka mungkin akan terus berjaya dalam sistem pendidikan binaan Malaysia ini. Tetapi mampukah mereka menjadi pemikir yang baik?

Apakah contoh kejayaan ini yang mahu disalin supaya lebih banyak lagi Nur Amalina & Nadiah Amirah dapat dihasilkan?

Saya tidak percaya bahawa semua pelajar yang berjaya dalam pelajaran ialah mereka yang mampu berfikir secara kreatif. Saya lebih percaya kepada pelajar yang sederhana tetapi tahu menggunakan ilmu yang dipelajarinya itu dengan cara yang lebih bermanfaat.

Contoh: Khabarnya, Nur Amalina sedang meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Ertinya, sekembalinya nanti dia akan menjadi seorang doktor. Jadi, apa bezanya nanti Amalina yang menjadi doktor dengan pelajar lain yang tidak mendapat 17A1 tetapi masih berjaya sebagai doktor? Tidak ada bezanya. Malah, mungkin pelajar lain yang tidak mendapat 17A1 itu barangkali akan pergi lebih jauh dalam kerjayanya dalam bidang perubatan.

Bayangkan, jika Nur Amalina mendalami jurusan sains (tidak semestinya perubatan) dan kemudian menjadi saintis dan membuat penemuan-penemuan penting, langsung menjadikan dia saintis terunggul di Malaysia/antarabangsa. Nah, ini baru berbaloi dengan 17A1 yang diperoleh. Jika tidak, dia tidak mengoptimumkan kepintaran yang dimilikinya. Ataukah dia sebenarnya tidak mampu kerana dia hanya mampu menghafal dan dalam sistem pendidikan di Malaysia, dia sudah pun dianggap terbaik dan tidak lebih dari itu.

Kini, Nadiah pula. Sekiranya dua pelajar ini dianggap 'genius' oleh sistem, mengapa peluang mereka untuk pergi lebih jauh tidak dieksploitasi sepenuhnya.

Sesungguhnya, sesiapa yang berjaya di luar sistem langsung tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Lihatlah Adi Putra, dan gadis cilik yang hafal Al-Quran pada usia rendah (saya pun jadi terlupa namanya, kerana media hanya menyebutnya sekali dua, selepas itu tiada). Mereka adalah contoh anak-anak yang berjaya di luar sistem.

Sebagai pelajar, ramai yang tiada kebebasan untuk memilih jurusan dan mata pelajaran apa yang mahu diceburi. Pelajar hanya disuakan pakej-pakej tertentu. Tidak kiralah sama ada mereka ini pelajar pintar ataupun pelajar corot (mengikut kaca mata sistem). Mahu tidak mahu, untuk mencapai hasrat dan cita-cita sendiri pelajar perlu mengikut sistem ini. Ingatlah bahawa kejayaan PMR, SPM, STPM hatta CGPA yang tinggi di universiti itu sekadar tiket untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Bagi saya, tidak semestinya mereka yang berjaya masuk universiti itu merupakan kelompok yang berjaya. Mereka hanya berjaya mengikut sistem dengan baik. Berfikir dalam kotak yang telah dikhaskan dan tidak berani untuk keluar pun dari kotak itu. Akhirnya, jadilah mereka ini seperti kisah belalang di dalam kotak. Orang di luar kotak boleh melompat lebih tinggi, awak merasakan awaklah yang paling tinggi (mengikut had kotak tersebut).

Kita ini tidak sudah-sudah mahu mencontohi Barat dalam banyak hal. Mahu lahirkan lebih banyak saintis, mahu ke bulan, mahu reka kereta yang lebih laju, lebih canggih. Tetapi dalam masa yang sama, kita sering terlupa untuk melahirkan lebih ramai pemikir. Remaja hari ini sudah semakin ketandusan mereka yang boleh berfikir secara asas. Justeru, mengapa kita harus hairan dengan kelahiran dan pertambahan jumlah pakar-pakar motorsikal seperti Mat Rempit.

Fikirkan, Mat Rempit itu Melayu. Yang untungnya mekanik. Yang kaya - siapa yang jadi mekanik itulah.

Fikirkan lagi, berapa ramai orang Melayu hatta yang keluar universiti, yang mahu 'mencipta' kerjaya. Hampir semuanya mahu makan gaji. Semua mahu mencari kerja yang gaji permulaannya setinggi mungkin. Saya tak kata makan gaji itu salah, tetapi sekiranya diberi peluang, kita lebih selesa mencari sasaran yang rendah. Pada saya, sasaran biar tinggi, berfikir biar rasional.

Apabila ada seorang Melayu yang berjaya dalam bisnes jualan langsung, hah, berebut-rebutlah orang Melayu lain yang mahu menceburi bidang yang sama. Seorang jual IGG Plus, semua nak jual juga. Seorang jual insurans, semua nak jual insurans. Akhirnya, tiada siapa pun yang benar-benar kaya.

Ini disebabkan ketandusan pemikiran yang kreatif. Semuanya mahu buat apa yang orang lain sudah buat. Ya, sebagai individu mereka ini berjaya. Tetapi, sebagai ummah, kita terus statik. Sebab apa? Masing-masing cuma berjaya dalam kotak sendiri. Tokoh agama tidak boleh berbicara bahasa ekonomi ataupun sains. Saintis pula kontang kemanusiaan. Sastera yang menjadi penawar dalam kehidupan dianggap bidang yang tidak boleh menjamin pekerjaan. Dasar 'pecah dan perintah' masih lagi berleluasa dalam minda kita semua!

Apabila saya buat 'kerja gila' - usung buku ke hulu ke hilir, buka meja, jual buku - saya dapat banyak juga panggilan telefon, bagaimana mahu jual buku macam saya, bagaimana mahu buka bisness online seperti Ujana Ilmu, mengapa seorang lulusan undang-undang tidak mahu meneruskan profesion yang dianggap berprestij, mengapa ketika jadi peguam saya nekad buka pejabat dari rumah, mengapa Ujana Ilmu tiada kedai buku macam orang lain?

Dan, banyak lagi soalan-soalan yang bagi saya tidak perlu dijawab kerana kalau mereka duduk seminit dua dan berfikir, mereka boleh mendapat jawapan-jawapan tersebut dengan mudah.

Kini, setelah saya dan suami mulakan usaha menjual buku dari majlis ke majlis, barulah ramai yang mahu berbuat demikian. Peribadi, saya seronok kerana majlis sastera sudah semakin meriah dengan buku. Kita telah dekatkan buku kepada khalayak. Saya percaya kepada rezeki dan tidak bimbang kepada persaingan sihat.

Percaya atau tidak, dalam satu majlis sastera baru-baru ini di DBP sendiri, Dawama juga buka meja dan menjual buku (saya tidak menjual dalam majlis tersebut). Khalayak yang hadir dan bertembung dengan saya bertanya "Nisah, buku-buku awakkah yang dijual di luar sana?" Saya cuma tertawa dan memberitahu bahawa saya datang bukan untuk menjual buku, tetapi meraikan beberapa kawan-kawan penulis!

Berbalik kepada soal sistem tadi, fikir-fikirkanlah, jika mahu terus berjaya dan diiktiraf oleh sistem ataupun mahu berjaya dengan acuan sendiri. Akhirnya nanti, fikirkan ke mana mahu disalurkan kejayaan, kekayaan, kesenangan dan apa sahaja rezeki yang Allah kurniakan itu?

Kepada adik-adik seperti Nur Amalina dan Nadiah, (dengan izin) try not to become another brick in the wall!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam Sis,

Entri 'batu pelengkap tembok' ni mengingatkan saya pda zaman persekolahan dulu. Saya juga mangsa pecah dan perintah-terpaksa duduk di aliran sains kerana keputusan PMR yang baik tetapi tak kenyang pun menghadam segala zat sains di situ.Sistem pendidikan kita memang hanya beri right or wrong pada jawapan pelajar. Jawab lain dari apa yg cikgu ajar di kelas, selamat jalanlah!

Perbincangan itu apa?Pelajar-pelajar sekarang sudahlah miskin bahan bacaan yang baik, berkreatif sikit takut tak boleh cari makan, mengarang pun tak pandai. Anak saudara saya sudah nak ambil UPSR,kerja rumah karangan dia salin dari mulut ibunya.Saya semakin percaya dengan pengertian pelajar yang sederhana akademiknya (maksudnya A tak berderet di slip) tapi 'jadi orang'. Tidak pandai BI, tidak masuk U tapi sudah jadi penyelia kilang, boleh tanggung keluarga. Dulu semasa zaman jahiliyah, saya prejudis juga dengan pelajar-pelajar sederhana ni. Kita ingat kita ni golongan elit-mengukur pandai dengan A.Bukan salah saya-semua orang dalam dunia pendidikan (MALAYSIA!)pun menggunakan kayu ukur begitu.

Maka tinggallah serdak-serdak simen batu di tepi tembok sistem pendidikan kita.Sekian adanya.
marwan_amz berkata…
SPM tak lama lagi akan menyusuri,
Sedangkan aku masih menyendiri,
Tujuan hidup masih belum mengerti,
Medik atau Syariah, yang mana belum pasti,

Aku kasihankan ummah dengan jiwaku,
Aku mahukan seluruh ummah bersatu,
Mengembalikan tradisi kegemilangan yang jitu,
Mengembalikan suara seenak kalbu,

Mereka yang gagal menangis di tepi,
Yang cemerlang pula gembira tak henti-henti,
Aku keliru haluan mana yang pasti,
Membiarkan air membasahi pipi,

SPM bukannya penentu kejayaan,
Namun hanyalah sebagai syarat penerusan,
Kenapa mahu menangis sedangkan itu bukan tujuan,
Seolah-olah Allah kita lupakan,

Biarlah apa yang menimpa kita,
tabahlah menghadapi segala-galanya,
Rezeki Allah luas merata,
Pastikan ISLAM matlamat kita.




Marwan AMZ (sajak ini untuk saja2 je, x berkenaan yg hidup atau yg mati)



Bravo 2 kak Nisah, Artikel yg sgt menarik....
Azmir Ismail berkata…
Nisah, kata2 Nisah tu mmg ada benarnya. Memang di war2kan mereka yang berjaya dengan As tetapi sesiapa yang tidak mencapai senarai A dilabel failure. Saya pernah kecewa kerana dilabelkan begitu.

Jika benar Amaline sekarang mahu menjadi doktor, kita berdoa n berharap bahawa beliau boleh mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kedoktoran dan pengkhususan beliau.

Seperti kata Rai, sistem sekolah sekrg yg mengamalkan penghafalan, tetapi sebenarnya boleh diimbangkan dengan sistem kita mendidik anak2 di rumah.

Syukur, orang macam Nisah dan Pn Ainon ( PTS ) yang mahu membawa minda orang kita ke arah baru :-) Saya ada membeli buku2 PTS yang saya rasakan amat bagus isinya.

Oh ye, dengar khabar novel2 cinta popular sudah tidak popular dengan pembaca .. ;-)
Puan Ainon Mohd. berkata…
Puan Isah,

Punya bodoh saya sewaktu di sekolah, pernah dapat nombor 3 corot semasa sekolah menengah!
Unknown berkata…
Puan Nisah,

Saya pernah dengar ceramah Prof Khoo Kay Kim yang bercerita tentang sistem pendidikan kita. Dia tanya kalau ada yang buat kajian, apa dah jadi pada mereka yang pernah dapat `straight A's' semasa sekolah dahulu. Adakah mereka ini berjaya dalam hidup?

Memang ada lompang dalam sistem pendidikan negara yang perlu diperbaiki. Ini tanggungjawab kitalah, orang tua, ibu-bapa untuk mengubahnya. Bila kita tidak mahu ubah, anak-anak inilah yang jadi mangsa.

Saya tetap tabik pada adik ini atas kejayaan dalam sistem sedia ada. Ianya jadi perangsang pada kita untuk berjaya .

Saya pernah tulis tentang Amalina di blog saya dulu. Kalau sudi, jenguklah...

http://jiwarasa.blogspot.com/2005/03/tahniah-amalina.html
Jong berkata…
salam,
sori aku tak termakan trik ni. meluat betul...
geng penghafal kitab...niat nak 'score' pun dah salah.
Jong berkata…
salam...o kejap puan ainon,
bm saya teruk masa di KIK, asyik kena rotan dengan cikgu norliah....hahaha sekarang jadi pengarang. cikgu pun gelak besar.
Unknown berkata…
Salam.

BM saya lebih baik (agaknya) dari FT semasa di sekolah.

Matematik saya hancur - ya, FT lebih baik (agaknya).

Kini kalau cikgu-cikgu saya tahu saya menjalankan perniagaan bagaimana?
Tanpa Nama berkata…
Salam Nisah. Artikal anda memang bernas dan panas. Sebagai orang dewasa macam kita memang itu yang difikirkan tapi janganlah hendaknya didengar anak-anak kita terutama anak-anak kak ila yang sedang berlelah berlajar. Nanti mereka kata tak payahlah cari 'A'...Kesianlah ibu yang seorang ni yang berangan-angan tinggi mahu melihat anak-anak jadi seperti sekurang-kurangnya Puan Nisah Haron. Bergelar peguam....
Nisah Haji Haron berkata…
Salam buat semua,
Tak sangka juga entri ini mendapat sambutan 'hangat' sampai ada yang memberi respons secara SMS juga!

Kak Ila,
Tujuan entri ini bukanlah supaya adik-adik ataupun anak-anak kita belajar sambil lewa. Peribadi, saya juga 'top scorer' semasa di sekolah, jika tidak, mana ada universiti yang akan pandang dengan sebelah mata.

Namun, semasa saya belajar dahulu, niat saya ialah kerana saya sangat cintakan ilmu. Letaklah segala ilmu yang bermanfaat di hadapan saya, insya-Allah, akan saya telaah bersungguh.

Saya cuma mahu adik-adik yang jadi 'top-scorer' ini faham bahawa mendapat A itu bukanlah segala-galanya. Mereka juga perlu faham ada banyak lagi yang mereka perlu lunaskan dalam hidup kelak.

Terus terang, saya bukanlah beriya-iya benar mahu jadi peguam sejak kecil ataupun sejak sekolah. Ada cita-cita lain yang terpendam dalam jiwa saya. Namun, laluan takdir membawa saya ke dunia perundangan dan pada ketika itu saya akur dan tetap mendalaminya seikhlas mungkin.

Doakanlah anak-anak kita berjaya di sekolah, di dunia dan di akhir juga. Mereka perlukan banyak 'tiket' untuk terus berjaya di dunia, cuma tanggungjawab kitalah untuk memahamkan mereka bahawa tugas untuk menuntut ilmu itu bukanlah sekadar untuk memenuhi tuntutan dunia, tuntutan peribadi, tuntutan ibu bapa, malah tuntutan ummah jua.

Wallahua'lam.

p/s : Jadi peguam, doktor, ahli ekonomi, penulis dsb. juga satu fardhu kifayah. Harap mereka hendaklah faham konsep tersebut juga.
Rebecca Ilham berkata…
Jadi top scorer bukan segalanya-galanya. Kalau tak dapat 10A1 pun, bukan bermakna langkah terhenti terus.

Keputusan SPM saya tak sehebat kawan-kawan lain - saya menangis kecewa sewaktu menerima keputusan kerana harapan diri sendiri,ibu-bapa dan guru-guru yang lebih tinggi - tetapi alhamdulillah, saya syukur kerana panel penemuduga untuk tajaan belajar ke luar negara 'pandang' aktiviti luar kelas saya juga.

Sekarang di universiti, saya cuba seimbangkan antara akademik dan aktiviti seputar kampus. Juga, cuba untuk tidak jadi 'penyalin.'

Dan seperti FT, BM saya sebelum SPM, tak pernah dapat A1. Dapat C5 pun pernah. Dan saya cuba dapat 6 untuk peperiksaan IB. Mungkin saya yang tak serasi belajar BM secara formal.
Tanpa Nama berkata…
Belajar kerana minat dan cintakan ilmu, itulah yang diterapkan kepada anak sekarang ini. Secara jujurnya, Kak Ira tak pernah bersetuju dengan sistem pendidikan yang ada. Tapi nak buat macam mana, anak tetap digalakkan terus jadi 'straight A's student' cuma pendekatannya berbeza. Tiada tekanan, tapi galakan dan terangkan betul-betul tanggungjawab mencari ilmu sebagai seorang Islam. Paling penting ilmu agama jangan diabaikan,sepatutnya 'dilebihkan' supaya nanti tidak jadi intelektual yang imannya senipis kulit bawang. Apa-apa pun, kita sebagai ibu bapa tentu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak, semoga berjaya 'di sini dan juga di sana nanti'... Ish, dah macam bagi ceramah agama la pulak! Nisah tau tak, cara belajar di England bagi kanak-kanak cukup menyeronokkan.. anak Kak Ira masa Year Two di sana dulu, pernah menangis sebab cuti sekolah, dia tak nak cuti, nak pergi sekolah! Tapi kat sini pernah menangis tak nak pergi sekolah... kesian budak-budak kat sini...
tuan tanah berkata…
Salam.

Saya tak suka Matematik sebenarnya. Akaun apatah lagi.

Tak sangka saya jadi akauntan sekarang :)
Hany FF berkata…
Kak Nisah, nak nyampuk sikit je. Nama adik yang hafal quran dlm usia 8 thn tu, Amirah. Umurnya 8 tahun kalau tak silap. Ada artikel ttg sistem yang ibubapa dia lakukan dlm Majalah-i. Anak-anaknya semua dilatih utk hafaz Quran. Yang sempat saya ingat; no TV and all fresh home-made food for them.
Hany FF berkata…
Kak Nisah, nak nyampuk sikit je. Nama adik yang hafal quran dlm usia 8 thn tu, Amirah. Umurnya 8 tahun kalau tak silap. Ada artikel ttg sistem yang ibubapa dia lakukan dlm Majalah-i. Anak-anaknya semua dilatih utk hafaz Quran. Yang sempat saya ingat; no TV and all fresh home-made food for them.
Unknown berkata…
Nak kata tak betul apa yang nisah cakap, betul. Tapi jika orang seperti saya yang cakap, alamat teruklah saya kena pelangkung. hahaha...
**adila** berkata…
Salam,
sy salah seorg plajar plajar IPTS dlm aliran electrical engineering. Saya bukannya untuk memperlekehkan blog sis, tp sengaja untuk mempersoalkan ketidakpuashatian sis.
Mengapa soal A yang banyak itu dipersoalkan? Kenapa nama orang Melayu dan Islam yang berjaya menempa kejayaan juga mnjadi contoh ketidapuashatian ? Walaupun mungkin mereka berjaya mendapat berbelas2 mahupun puluh A kerana MENGHAFAL, tp bagi sy itu adalah satu kejayaan.Tak nampakkah sis, bahawa secara tak langsung mereka mmpunyai daya usaha yg tinggi untuk berjaya? Bknkah mereka berusaha? Buat pengetahuan sis, bkan mudah utk mndapat A mahupun DEGREE, ia bkan setakat MENGHAFAL.utk mndapat CGPA yg tinggi, bkn skadar MENGHAFAL.Mathematics? perlukah kita hafal?boleh fail kalo hanye cube mnghafal!! Dalam mathematics pn dah mngajar kite kreatif.mngajar berfikir mnyelesaikan persoalan yang complicated. Setakat ape yang sy pelajari, ape yang dipelajari adalah untuk memahami lagi ape yg berlaku di dunia ni dari segi saintifik.Bukanke itu yang Islam tuntut??? Untuk membongkar rahsia alam yg diciptakanNya???


Lupakah sis, stiap org punyai kelebihan dan kelemahan masing2? Ade yg berkebolehan utk bsifat kreatif, pandai menulis novel,ade yg otak "straight", yg mampu berfikir soal2 saintifik dan kurang kmahiran dlm mngarang???. Kalopun, mereka yg dpt BYK A's tu dinobatkan pelajar terbaik, anggapla itu sbgai anugerah atas daya usahanya.

Maaf sy katakan di sini, article sis ini seolah2 merendah2kan kaum sndiri. bile org ckp Melayu malas,bodoh, kita marah...tp bila pelajar Melayu sendiri menjadi pelajar terbaik dlm negara sendiri, kita tak puas hati..

Sedarlah bangsaku, KENAPA KITA SENTIASA BERSIKAP DENGKI ANTARA SATU SAMA LAIN? KENAPA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN..

DAMN!! Sy amat kecewa...
P/s: Maaf, gaya bahasa pnulisan saya agak teruk. Saya kurang berkebolehan bkata2 indah, mngarang novel yg membuai perasaan...
Tanpa Nama berkata…
Semua pelajar patut aim for straight A's. Aim for 100%, tak dapat 100% pun akan jatuh 90%, 80% or 70%.

Walau bagaimanapun saya tertarik dengan isu pelajar cemerlang yang dihasilkan dari luar sistem. Sepanjang ayah saya jadi cikgu dia ada 4 orang student yang sebegini, satu sahaja yang berjaya, 3 lagi tidak, even ada yang gila dan membunuh diri pun ada.

Sistem kita tidak menyediakan prasarana untuk pelajar yang berkeperluan khas dalam pendidikan ini. Walau bagaimanapun PIPPN yang diumumkan baru-baru ini, ada menyentuh tentang keperluan kanak-kanak istimewa ini.

Saya pula melihatnya dari segi sejarah. Hang Nadim dikorbankan begitu sahaja. Semasa Eropah berada dalam zaman gelap, ramai saintis-saintis dihukum oleh gereja atas tuduhan mengamalkan sihir. Joan Of Arc merupakan ikon saya semasa di sekolah rendah, telah dibakar hidup-hidup kerana disangkakan ahli sihir.

Dan saya bimbang geng anti Wahabi akan come into conclusion yang si Huraimah Aisyah adalah pencetus perbalahan syiah dan sunni yang merupakan punca kemelut yang melanda umat pada hari ini.

Cinta mereka mendapat restu langit. Tapi kerana taasub ada penulis yang sanggup meng"Ad Hominemkan kredibiliti perawi hadis yang terkemuka ini. Ada juga yang berani menulis kononnya Allah tersalah pilih, mau pilih Ali, terpilih suami Humaira ini sebagai pemimpin umat akhir zaman.

Ad Hominem stereotaip adalah perempuan berkulit kemerah-merahan ini berbutuh besar, suka bergaduh, tak reti nak sabar, tak menyempat-nyempat, nak cepat saja, kuat cemburu, (dengan perempuan yang dah matipun dia nak cemburu), kuat bersenggama, emosional bla bla bla, as an oppose to yang hitam manis. Sori tersasar tajuk. Tapi masih lagi mengenai manusia genius yang sangat Saudara Nisah minati, ini tak gitu?
Nisah Haji Haron berkata…
Adinda **Adila** yang dikasihi,
Saya harap adik cepatlah besar dari segi pemikiran. Komen itu jelas sangat datangnya dari seorang pelajar. Kurang matang, pada saya. Tak mengapa, adik masih ada banyak masa untuk mematangkan diri.

Yang dikritik ialah sistem bukannya individu. Baguslah kalau dapat A sederet lepas tu pegang jawatan yang baik dan kemudian dapat membantu ummah.

Ini bukan persoalan dengki mendengki, sayang. Usah jadi orang Melayu yang cepat melatah. Jangan juga jadi seperti komputer maju 7 generasi, tetapi tetikus masih berekor di depan! (Lepas generasi ke 8 barulah ada tetikus tanpa wayar). :)
Tanpa Nama berkata…
Saya setuju sangat dengan entri Nisah ni! Tentang sistem pendidikan kita yang sebetulnya cuma membentuk 'pelajar' (mencerna informasi) bukan 'pemikir' (mencipta ilmu).
Aqil Fithri berkata…
salaam,

saya setuju dengan kak nisah.

mutakhir, ramai lepasan spm yang ghairah untuk terjun dalam sains gunaan, perubatan @ kejuruteraan. iyalah, macamana nak lahirkan nobel, kalau asyik2 taasub kepada sains gunaan semata-mata, walhal anugerah nobel terbukti kerap diberikan kepada mereka yang terlibat dalam sains tulen.
Tanpa Nama berkata…
1st time here n i impress of wat u doing with your blog =)

yup..kite bkn kritik individu tp kite kritik system. sistem pendidikan kite yg sy sendiri kurang percaya etc. sy pernah gaks hadapi masalah begini dulu. waktu pmr, sy dpt result yg baik.hasrat hati mmg nk masuk sek asrama. tapi guess wat, i couldn't make it! sb tukang taip borang tuh konfius nama sy setat ngn hruf J or T *padahal i attachkan salinan ic lg*.. quite frustrated sb tgk ayah sedey sgt.

mentaliti masyarakat kite for my opinion. siapa yg berjaya dapat result gempak n pegi sek yg paling best akan dilabel sbg paling berjaya. sy selalu mengingatkan kwn2 di u dulu yg cgpa bkn penentu segalanya *wpon i got a gud cgpa* tp ramai yg kecewa dengan apa yg sistem pendidikan kite didik esp mentaliti masyarakat

so, sy nk wat conclusion, kite bukan setakat perlu ubah sistem pendidikan tp kite juga patut ubah mentaliti masyarakat *which is us*..
zf_zamir berkata…
berita malam ni di tv3, nadia tak dapat 19a1, tapi 14a1, 3a2 & 1b3..

saya nampak masalahnya di sini selain sistem itu, keupayaan manipulasi oleh pihak massa..

bukan sahaja isu politik yang mampu di-spin-kan oleh doktor2 mereka..

hebat..

lepas ni boleh tambah: doktor falsafah pengkhususan manipulasi maklumat..
Mr. Right berkata…
Result semalam:

4,311 obtained all As

918 scored straight 1As

So, like or not... even dapat semua A, dah memang another brick in the wall pun.

Maybe SPM dah tak releven lagi utk menggambarkan kepintaran pelajar kita.
Tanpa Nama berkata…
askum kak nisah,
saya setuju dgn pendapat kak nisah, jangan katakan SPM tetapi kalau di law school sekali pun tak semestinya seorang peguam yang baik lahir dari kelas pertama kan? yg sederhana mampu lebih berjaya berbanding mereka top scorer
Tanpa Nama berkata…
tambahan kak nisah,

sepanjang sudah hampir 18 thn belajar saya dapat rasakan sistem pendidikan kita semakin ketinggalan kerena terlalu exam oriented tanpa kita hayati apa yang kita pelajari. adakah sahsiah kita berubah atau pun sebaliknya, kalau begitu mengapa kita lahirkan insan cemerlang dalam akademik tetapi jadi penjenayah kolar putih dan penerima rasuah yang tinggi seperti kajian yg pernah dilakukan sebelum ini?

bukan mahu cemburu atau dengki dengan pencapaian A adik-adik kita tetapi kita hendaklah menyedarkan mereka A bukan segalanya dan yang lebih penting apa yang boleh kita sumbangkan pada masyarakat dan agama! itu patut ditekankan oleh para pelajar :)
Tanpa Nama berkata…
http://pauhfc.wordpress.com/2007/03/14/berilah-mereka-sedikit-pengiktirafan/
Tanpa Nama berkata…
Salam Kak Nisah,

Pelajar SPM terbaik yang sebenar-benarnnya datang dari sebuah sekolah agama, SMU (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu - Siti Fatimah Mukhtar, 17A1, 1A2.

Saya terbacanya di muka hadapan Fikrah, akhbar sisipan Harakah. keluaran mana saya sudah tidak ingat,tetapi memang ada!

Sudah tentu media arus perdana tidak mahu menggembar-gemburkan ini - Sekolah cemerlang ini terletak di bawah pentadbiran pihak parti pembangkang.
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum...
komen saya adalah:
ilmu memang sangat penting dan perlu dituntut oleh setiap orang. bak kata ayah saya ialah" kalau tak de ilmu, memang lingkuplah..."
saya ada satu soalan, macam mana kita nak jadi seorang pelajar yang cemerlang dari semua aspek?
sekian, terima kasih.
Hakim Amir berkata…
Salam, great article!
where are the thinkers in our country?

Your article is spot on.
emirhasnan berkata…
saya bukan jenis penghafal, jadi saya agak rasa rendah diri setiap kali peperiksaan. :|

Catatan Popular