Baju Tidak Cukup Kain
Beberapa malam yang lepas, saya sempat menonton rancangan Usik-usik Chef Wan sambil menikmati makan malam. Topiknya ialah tentang cara remaja hari ini berpakaian. Cara yang dimaksudkan itu lebih merujuk kepada fesyen remaja hari ini yang kian memeranjatkan (memetik kata-kata Chef Wan sendiri).
Memang benar apa yang dibincangkan dalam segmen tersebut, apatah lagi dua orang tetamunya pula mengenakan pakaian yang agak kurang sesuai dengan program. Yang muda mengenakan baju sendat hingga menonjolkan kedua-dua bahunya, walaupun masih menutup bahagian dada. Yang tua pula tidak sedar akan usia dan masih utuh mengatakan 'ini fesyen' - apabila mengenakan blaus longgar dan seluar putih sedondon. Anting-anting pun dekat sekilo beratnya (kata Chef Wan) dan rambut pun diwarnakan supaya hilang uban-uban yang memutih (diakui sendiri oleh tuan punya badan).
Saya masih ingat kata-kata arwah nenda saya dahulu tentang berpakaian. Katanya, apa yang orang dalam tv pakai tu, tak perlulah diikut. Mereka tu pakai sebab orang memang nak tengok mereka. Ertinya, mereka itu memang mahu menarik perhatian penonton. Jadi, kalau mengenakan pakaian seperti artis terutamanya 'baju yang tak cukup kain' - sangat tidak sesuai untuk dibawa pergi berjalan.
Keluarga saya memang menitikberatkan soal aurat. Topik ini, tentunya tidak disentuh dalam program Chef Wan tadi. Maklumlah, yang membincangkan soal tersebut ialah dua orang artis wanita. Kata arwah emak saya juga, kalau hendak berpakaian, biar senonoh. Jadi, pakaian rasmi saya ialah baju kurung, baju kebaya dan kalau pun perlu memakai blaus, saya akan pakai blaus longgar dengan skirt labuh ataupun seluar panjang.
Tetapi, menurut artis tadi, baju kurung tidak sesuai untuk kehidupan kota kerana susah nak naik bas! Benarkah? Aduhai, semasa di kampus, elok saja saya pakai baju kurung naik turun bas. Tak terasa kekok pun. Nampak sangat artis tadi tak pernah naik bas ataupun tak reti hendak naik bas kalau pakai baju kurung.
Itu belum tanya sama ada tahu ikat kain batik ke tidak. Kepala kain pun belum tentu kenal agaknya.
Saya masih ingat pesanan Encik Wan Yahya (pakar tengkolok dan busana Melayu). Katanya, memakai kain batik juga ada seninya. Kepala kain itu bukan boleh dipakai sesuka hati kerana setiap kedududukan kepala kain itu akan menggambarkan identiti si pemakai. Anak dara, mestilah memakai kain baik dengan kepala kain di depan, sementara perempuan yang sudah berkahwin meletakkannya di punggung. Perempuan yang memakai kepala kain di sisi, ertinya, perempuan itu janda.
Nah, bukankah halus seni busana Melayu. Dalam berpakaian juga ada banyak makna yang tersirat kerana orang Melayu amat kaya dengan kiasan dalam memperkatakan sebarang makna.
Berapa ramai anak gadis di luar sana yang tahu cara mengikat kain batik?

Ulasan
Pasal kain batik ni, memang ramai remaja melayu yg tak reti nak pakai kain batik dah... ada yang bertandang ke rumah minta seluar sukan... boleh? Nak tergelak pun ada juga tapi itulah 'kita' sekarang ni. Berbaju kurung dikata rimas, tak sesuai dengan masa, remaja sekarang aktif dan bergerak cergas... antara kata Ellyana malam tu.
Sebenarnya secara tidak kita sedari pakaian itu mencorak peribadi dan tingkah laku. Cuba kalian berbaju kurung, tanpa kita sedar pergerakan dan tingkah laku kita akan jadi lemah lembut dan bersopan. Kita tidak akan melompat longkang begitu saja seperti jika kita berseluar jeans. Secara langsung kita mencari cara lain yang 'lebih sopan' untuk ke seberang. Begitu juga yang lelaki apabila berbaju Melayu. Sebab itulah bila gadis berbaju kurung atau kebaya tiba-tiba nampak manis dan lawa daripada biasa. Begitu juga dengan jejakanya, tak pasal-pasal kacak dan tampan. Berbeza dari yang kita lihat bila hari-hari dengan t-shirt dan jeans. (Teringat masa konvo di universiti dulu, tiba-tiba terlalu ramai jejaka kacak pada hari tu, kemana mereka pergi sebelum itu agaknya?)
Semoga kita tau kenapa berkain batik, berbaju kurung memakai tudung, berbaju melayu dan bersamping... :) semoga kelembutan dan kesopanan adat melayu dapat kita jaga dan kekalkan selagi Melayu melata di bumi ini. insyaAllah. Indahnya lagi pakaian itu menutup aurat dan tidak bercanggah dengan tuntutan dan seruan agama kita. Wallahualam.
ironinya, semasa di Malaysia dipaksa pakai baju kurung ke kuliah hari-hari, saya bukan main merungut. Tapi sekarang, pantang ada excuse berbaju kebangsaan, memang saya tak lepas peluang.
Semasa nak berangkat dulu, saya mencemik apabila Emak hulur kain batik lebih. Alasan saya; bukan pakai pun. Tetapi yang berlaku sebaliknya. Balik nanti saya nak cari sehelai dua lagi!:)
Saya tonton juga program tu.Panel yang dah berpangkat nenek tu kata, dia dulu dah try semua 'pesen' tak cukup kain,termasuk seluar ketat yg amat hingga botol oren pun tak boleh masuk. Sekarang ni,kainnya 'dilebihkan' (sikit je la) sebab badan dah menggeleber.Bukan pasal kesedaran nurani,adab sopan mahupun aurat.
Artis-artis kita ni bagi alasan 'panas dan 'untuk keselesaan' bila pakai baju tak cukup kain. Pengalaman sendiri mendengar seorang sutradara wanita (dah bergelar nenek pun, otai dari Jalan Ampas-teka siapa?)bahawa dia tak bertudung (macam biskut Danone) kerana panas.Susah nak angkat-angkat kamera,nak shooting,nak duduk kat set lama-lama...
Saya pun masih lagi belajar bertudung,Insya Allah.Dan...err...ikat kain batik?Ayoyo,saya kena kursus tu!(Sambil malu-malu ayam)
etika pemakaian kain batik yang puan sebutkan sungguh menarik! Adakah buku yang boleh saya rujuk mengenainya? Boleh kongsikan di sini?
Saya sedang menulis novel fantasi tentang dunia Melayu. Dalam kajian saya menjumpai luk pada keris membezakan darjat yang empunyanya. Sebagaimana juga yang puan paparkan mengenai kedudukan kepala kain batik yang boleh mengenalpasti status pemakainya. Ah, cukup halus budaya Melayu. Teliti dalam serba serbi...
-Walaupun saya lelaki, saya tahu mengikat kain batik! Ehehe...
saya elhamy,
wah,tak pernah tahu pun pakai kain batik ada cara tertentu.. malu pulak rasanya mengaku jadi anak dara melayu tapi tak tau benda camni..
aku tahu cara nak ikat kain pelikat!
saya suka tengok gadis berbaju kurung,apatah lagi berkebaya (saya juga perempuan). kalau berkain batik jarang nak dipakai,dah biasa berseluar longgar. saya selesa berbaju kurung ,berkebaya saja walaupon ke kelas.indians kat sini ramai bertanya,jadi duta kebaya malaysia pulak;)