Khamis, September 06, 2007

Jejak-jejak di Pantai Zaman


Selasa (4 Sept) saya sempat ke UPSI, Tg. Malim, menghadiri Syarahan Perdana Za'ba. Dalam majlis yang sama, Prof. Diraja Ungku A. Aziz telah dianugerahkan Tokoh Za'ba. Beliau juga menyampaikan syarahan berjudul : Za'ba Sebagai Tokoh Cendekiawan Melayu.


Saya begitu teruja apabila mendengar berita tentang majlis ini. Sayangnya, majlis sebesar ini tidak mendapat liputan yang meluas di media. Bukan senang hendak mendengar syarahan Pak Ungku secara live begini.


Apabila saya beri ceramah tentang orang Melayu yang berfikir, Pak Ungku sering saya jadikan contoh. Pada usia 85 tahun, Pak Ungku masih coherent. Inti pati syarahannya berpokok pada ulasan peribadi beliau tentang buku Jejak-jejak di Pantai Zaman dan Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

Sebagai orang Melayu yang sedar diri, saya fikir kedua-dua buku ini wajar dibaca dan dihayati. Pak Ungku sendiri mengakui bahawa beliau membaca 20 kali buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri bagi memahami falsafah yang dibawa Za'ba.

Menurut beliau lagi, buku Kalongan Bunga (Za'ba) juga bakal diterbitkan semula oleh pihak yang bertanggungjawab. Nantikan sahaja kehadirannya.

Paling mengujakan, seusai syarahannya, saya berkejar ke hadapan untuk mendapatkan tandatangan Pak Ungku sendiri untuk buku Jejak-jejak di Pantai Zaman.




Lalu saya abadikan kenangan itu di sini. Sayang sekali, saya tidak bawa kamera tetapi cukuplah saya merakamkan majlis ilmu itu di minda ini.

2 ulasan:

Mersik berkata...

Saya pun sudah agak lama tidak melihat wajah Pak Ungku Aziz muncul di kaca TV.

Memang seronok dan teruja apabila mendengarkan beliau bercakap tentang jati bangsa serta orang-orang melayu khususnya.

Rai berkata...

Salam Kak Nis,

Berapa umur Pak Ungku?85?Octagenarian tuhhh...lebih antik dari Malaysia!Hehehe...

Selain dari tidak makan nasi lemak, Pak Ungku rajin bersenam dan membaca bahan bacaan mencabar. Katanya dalam satu temuramah, sekurang-kurangnya dua muka sehari. Maka terbuktilah dunia ilmu dan buku itu tonik awet muda yang lebih berkesan dari segala botox!

Related Posts with Thumbnails