Lentera Mustika
Terima kasih kepada Sdr. Firdaus Ariff yang menulis tentang teknik spin-off dalam penulisan kreatif dalam blognya.
Diam tak diam, sudah pun 19 siri tersiar. Ertinya, saya sudah ada 19 bab. Betapa cepatnya masa berlalu!
Secara peribadi, saya berasa puas menulis novel bersiri. Projek begini amat sesuai bagi saya yang mempunyai daya tumpuan pendek (short attention span) untuk menulis. Saya tidak mungkin dapat duduk selama 4 - 5 jam, lalu siaplah 4 - 5 bab novel. Itu bukan saya.
Terima kasih juga kepada Sdr. Firdaus yang sudi memberi komen pada novel bersiri tersebut. Biarpun komen itu pendek, namun ia memberi saya semangat baru dan juga stamina untuk meneruskan penulisannya. Sejujurnya, menulis novel memang seronok tetapi kepada yang tidak cukup stamina memang boleh mendera penulis!
Setakat ini, saya tidak tahu apakah respon pembaca yang mengikuti siri ini. Kalaulah ada yang sudi memaklumkan kepada saya, amat besarlah ertinya kepada saya sebagai pengarang. Editor saya pun setakat ini tidak memberitahu apa-apa. Mungkin, tiada siapa pun yang beri respon agaknya.
Saya punya amanat tersendiri apabila menulis Lentera Mustika ini. Saya harap semua itu dapat dihuraikan apabila novel ini sampai ke penghujung kelak.
Ini komen Sdr Firdaus yang saya petik dari entrinya:
**Novel bersiri Lentera Mustika boleh dibaca setiap bulan dalam majalah ANIQAH (MMP Communication). ANIQAH juga 'adik beradik' dengan majalah Millenia Muslim.

Kisahnya memang indah dan manis sekali, berbeza dengan kisah-kisah cinta yang biasa dibawa dalam novel-novel popular kini. Pembaca tentunya akan seronok membaca kisah bagaimana Prof. Mustika dan Emir Johan boleh bercinta. Pembaca MLS tentunya inign tahu kisah cinta mereka ini dan tahu perhubungan mereka membawa kepada keluarga yang bahagia.Boleh baca komen beliau seterusnya di sini : Spin-Off Yang Bittersweet

Ulasan