Sabtu, September 01, 2007

Pakej Buku di Ujana Ilmu





Pakej Tuhan Manusia -

mengandungi :

1. Tuhan Manusia (Faisal Tehrani)
2. Antologi 9! (Alumni MPR)


Harga Pakej : RM35







Pakej Nama Beta Sultan Alauddin


Mengandungi :

1. Surat-surat Perempuan Johor
2. Nama Beta Sultan Alauddin

Harga pakej : RM30







Pembelian secara pakej amat menjimatkan.


** Harga Pakej tidak termasuk kos penghantaran






Ramai juga yang bertanya, apa bezanya "Surat-surat Perempuan Johor" versi baru ini berbanding yang lama. Saya dapati tidak banyak perubahan kepada isi novel. Yang berbeza hanyalah saiz buku yang lebih kecil daripada saiz yang dahulu. Juga, saya mengesani ada satu dua watak yang pengarang ubah namanya. Hmm... mengapa agaknya? Pun, perubahan tersebut tidak langsung mengubah jalan ceritanya.

Novel "Tuhan Manusia" - novel serius yang mengingatkan pembaca kepada 1515. Tidak, kali ini Faisal bukannya menjungkarbalikkan sejarah. Novel ini tidak sesuai untuk pembaca yang ingin membaca secara santai. Banyak membuat kita berfikir.

"Antologi 9!" - seperti yang pernah diuar-uarkan sebelum ini merupakan antologi karyawan Minggu Penulis Remaja (MPR) Siri 1. Tidak kurang menarik, Faisal menulis spin-off kepada novel Tuhan Manusia menerusi cerpennya Homo Fabulans Homo Islamicus.

Untuk buku-buku lain, boleh klik butang di bawah

1 ulasan:

Anuar Manshor berkata...

Kalau Kak Nisah datang DBP, maklumkan kepada saya. Saya mahu buku Surat-surat Perempuan Johor dan Nama Beta Sultan Alauddin. Tk

Related Posts with Thumbnails