Resipi Dari Istana 2


Cerpen saya "Resipi Dari Istana 2" tersiar dalam Berita Minggu hari ini.

Petikan Resipi Dari Istana 2:

CHEF Mariam terkedu apabila menerima surat undangan dari istana. Air mukanya yang tenang terkocak seperti permukaan muara sungai yang dilontar dengan sebiji kelapa laut. Kerut di wajahnya sukar kembali kepada keadaan asal kerana sebiji kelapa laut yang terapung akan teroleng-oleh sehinggalah ombak-ombak kecil menghantarnya ke tebing.

Tangannya pantas mendail nombor Chef Chimiko. “Kau dapat tak surat yang sama?”

Suara di hujung talian menafikan.

“Kaufikir aku harus pergi, Chimi?”

“Mengapa tidak? Kita tak harus terburu-buru dalam soal ini. Banyak perkara yang belum pasti. Jadi, elok juga kau dipanggil untuk mesyuarat di istana. Mungkin ada banyak telahan yang boleh dirungkai.”



Baca selanjutnya dalam Berita Minggu 24 Februari 2008.

Ulasan

roslan jomel berkata…
Salam.

Sebuah cerpen sinis yang cantik!

Syabas Puan!
Tanpa Nama berkata…
salam, lama tak jenguk blog ini. Tahniah nisah! kisah chef2 tu sangat menarik dgn resipi pilih kasih dsbnya.-ina marjana ulfah
Tanpa Nama berkata…
Salam Puan.
Nampaknya karya kali ini menjentik serba sedikit suasana "politik sastera" dalam negara kita.
Semoga pohon kesedaran tentang peri pentingnya nilai sebuah "karya berat" dalam ketamadunan manusia berbuah lebat.

Salam jauh dari SangPelangi.

Catatan Popular