Jalan-jalan di [Lembah] Pantai

Sewaktu mengejar waktu untuk ke RTM Sabtu lalu, saya mengambil jalan yang biasa saya ikut untuk ke tempat itu. Saya datang dari Tol Sungai Besi, susur ke Petaling Jaya ikut Taman Desa Waterpark, kemudian masuk ke jalan menuju Mid-Valley Mega Mall dan susur kiri lagi ke arah Kg. Kerinchi.

Kali terakhir saya ke RTM ialah ketika mempromosi Mencari Locus Standi dalam ruangan Resensi dengan Sayed Munawwar.

Ketika melalui kawasan Vista Angkasa dan pangsapuri di sekitarnya, saya berasa sangat jijik dengan kawasan tersebut. Saya seperti sedang melalui lautan sampah sarap yang sangat memualkan. Paling menakutkan, tempat itulah kawasan yang paling banyak tempat makan, gerai jualan kuih, dan nasi lemak di pagi hari.

Selera saya mati serta merta!

Persoalan yang bermain-main di fikiran pada ketika itu ialah apa yang Ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai lakukan selama ini? Tak kiralah sama ada Shahrizat ataupun Izzah. Zaman Shahrizat sudah lepas. Jelas dia gagal menguruskan hal-hal sampah di kawasan yang paling hampir dengan ilmu (baca : Universiti Malaya). Izzah pula buat apa sekarang? Setelah hampir sebulan selepas pilihanraya, nampaknya sunyi sepi dan tiada tindakan.

Saya tetapkan salahkan Izzah kerana : rule # 1 on leadership - everything is your fault!

** Sayang tak sempat hendak mengambil gambar sampah sarap di kawasan tersebut, kerana saya hendak bergegas ke IBC, RTM.


Ulasan

Kassim Selamat berkata…
Salam Puan,

Tertarik hati saya nak beri pandangan tentang isu sampah ni.

Pada pendapat saya, penduduk di kawasan itu yg sepatutnya di persalahkan kerana tidak menjaga kebersihan kawasan mereka. Mereka tidak peka dan tidak mengambil kisah tentang kebersihan .Tidak membuat aduan jika sampah tidak dipunggut.

Pehak kedua yg bersalah ialah PBT, iaitu Dewan Bandaraya K.Lumpur yg gagal menjalankan tanggung jawab yg diberikan.

Sebagai ahli parlimen, banyak lagi agenda2 penting yg perlu mereka tangani. Agak malang sekiranya setiap sampah sarap di lorong2 dan di flat2 di pertanggung jawabkan kpd ahli parlimen seorang.
Tanpa Nama berkata…
Nisah,

Saya ini baru balik dari planet Marikh, saya kurang faham apa salahnya dengat isu sampah itu? Kita sudah baca menifesto mereka yang saya kira idealistik tahap tidak munasabah, sampai Tok Pawang Besar Planet Marikh pun tak berani nak janji, jadi apa salahnya Nisah mau lihat perubahan yang sepadan dengan janji-janji besar itu?
Tanpa Nama berkata…
kak nisah,

Persoalan sampah bukan masalah ahli parlimen. ia seperti mereka yang membaca menulis 'novel sampah' itu bukan masalah penulis 'novel baik'. Ada banyak perkara lain yang mesti mereka fikirkan. Jika perkara sekecil itu pun nak minta MP bercakap, ini bukan sebab utama saya memilihnya bagi mewakili diri saya di perlimen.

Maaf kepada warga Kerinci. Bukan semua yang suka buang sampah merata rata. pasti semua penghuni rumah disitu tidak mahu ruang tamu, tidur rumah mereka dipenuhi sampah.

jalan penyeselaian isu mengenai sampah sampah banyak. tetapi semuanya telah disampahkan sama dengan sampah yang ada.

Lupakan menifesto, tidak kira samada dari kanan atau kiri. Saya tidak memberikan undi saya kerana menifesto. Tetapi kerana saya percaya ada perkara perkara besar yang boleh dibawa oleh calun ini. Menifesto ditulis sebelum perkara itu terjadi.

masalah sampah itu sudah punya jawapan jika sudara melihat persekitaran kediaman mereka. Lihat burung burung dan unggas yang ada. Kerana ia melambangkan apa yang ada dipersekitaran dan penghuni tempat tersebut.

Warga disitu yang boleh menyelesaikan masalah. Segalanya ada didalam diri mereka. Didik tentang keburukan sampah dan tanamkan semangat kebersihan dari dalam diri mereka, anak anak.

Terima kasih.

ikhlas

Baihaki bin Abdullah

PS- Sedihnya mereka selidah dengan ibu saya dan semuanya bermula dari kebersihan.
Tanpa Nama berkata…
Dalam sidang akhbar selepas keputusan pilihanraya Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah ditanya soalan yang lebihkurang bernada begini: "Adakah Pn. Izzah akan beri laluan kepada DS Anwar Ibrahim?"

Jawaban Izzah lebihkurang begini (yang sama saja petikannya dalam pelbagai sumber -- media arus perdana dan media alternatif): "Saya tidak mahu bercakap tentang isu ini. Berilah saya peluang untuk meraikan kemenangan ini bersama para penyokong saya".

Not the exact quote, but along those lines. Nadanya seperti ucapan seorang ibu muda yang baru menang pertandingan Ratu Kebaya Kalangan Ibu-Ibu peringkat Kuala Lumpur. "Meraikan" kemenangan? Bersama "penyokong saya"?

Mungkin Izzah terlupa. Itu bukan kemenangan yang perlu diraikan. Itu adalah amanah yang perlu digalas. Itu adalah cabaran kepimpinan yang perlu dibuktikan. Itu juga bukan kemenangan bersama "penyokong saya". Bila keputusan sudah diumumkan; tiada lagi istilah 'penyokong saya' (Izzah) atau 'penyokong dia' (Sharizat). Semua penduduk Lembah Pantai sekarang ini adalah tanggungjawab si pemenang. Sebarang 'keraian' haruslah berasaskan semangat 'semua penduduk Pantai dalam' secara kolektif.

Saya ini bukanlah anti Izzah. Atau pro Sharizat. Saya fikir dua-dua pemimpin ada wawasan dan kelebihan tersendiri. Tapi sebagai mantan penduduk Lembah Pantai selama 10 tahun (1988-1998) -- ya, penduduk taraf mastautin sepanjang tempoh tersebut, bukan jenis penduduk yang 'datang-dan-pergi' -- saya setuju dengan Nisah. Isu persekitaran di kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam itu harus jadi satu prioriti.

Pencemaran 'visual' (setinggan --> sampah-sarap) itu telah lama disuarakan. Bahkan, sebagai aktivis mahasiswa -- saya juga pernah terlibat dengan gerakan mendesak pihak berautoriti memberi perhatian pada isu tersebut. Memang ada banyak penyelesaiannya. Salah satu, menerusi suara MP. Kalau kita mengundi MP bukan untuk perkara begini, jadi untuk perkara apa? Dalam kes Pantai Dalam, apakah isu sosio-budaya yang lebih kritikal daripada 'segregasi kelas' begini (yang dimanifestasikan oleh sampah-sarap)?

Kadang-kadang kita nampak isu sampah sekadar sebagai sampah-sarap. Secara literal. Kenapa? Kerana kita melihatnya dengan mata dan fikiran sampah. Pencemaran visual yang wujud itu sebenarnya satu manifestasi ketidakseimbangan kelas -- yang menindas kepentingan sesetengah komponen komuniti di Lembah Pantai.

Ketika kaum burgeous kota metro KL senang lenang dengan perumahan mewah di Damnsara/Bangsar bersama bandar mini yang ala-ala Beverly Hills yang tersendiri -- nun tak jauh di seberang sana, siswa-siswi tak berduit dihimpit ke pelusuk wilayah Pantai Dalam yang jijik dan busuk. Dengan setinggan merayap merata. Sampah sarap sana sini (sampah secara literal, mahupun metafora). Wow, satu contoh klasik segregasi kelas ala-ala pre-Marxist, kan?

Ketidakadilan sosial ini yang mesti diruntuhkan. Dan "salah satu" (bukan satu-satunya) kudis yang agak signifikan kepada gejala ketidakimbangan ini adalah 'manifestasi sampah' (Kerinchi & Pantai Dalam) seperti yang telah diperhatikan oleh Nisah.

Kalau Nurul Izzah mengatakan kepada saya: "Maaf ya, saya ada tugas yang lebih besar untuk difikirkan. Saya tak perlu buang masa bercakap tentang isu sampah yang remeh ini."

Maka, saya akan himpun seluruh tenaga suara dan berteriak sekuat mungkin (biar seluruh warga Lembah Pantai mendengar): "SHAME ON YOU, YB NURUL IZZAH!!"

Tapi saya harap, Nurul Izzah tidak akan memberi jawaban seperti yang saya bayangkan di atas...
Tanpa Nama berkata…
Pn. Nisah,

Masalah pembuangan sampah ada di mana-mana, ia juga berkaitan dengan sikap individu itu sendiri.

Semua berhak menyuarakan pandangan, maybe kena bagi tempoh pd YB Lembah Pantai yang baru seperti mana kita sudah memberikan tempoh 50 tahun pd kerajaan yg memerintah skrg.

Akhir sekali teruskan berkarya dgn kisah2 yang lebih hebat. TQ
Tanpa Nama berkata…
sekali sekala menjengah blog ni saya rasa tertarik mahu tinggalkan komen di entry ini. sebab saya juga bekas pemastautin di kawasan yang sama, lembah pantai.

eeem, baru lebih kurang sebulan si puteri anwar ibrahim jadi YB di sana. agak2 munasabah dan realistik tak jika tempoh waktu itu digunakan untuk mengubah dan memberi perubahan drastik? macam tak wajar je, kan?

saya kira, mantan Yb di situ yang lebih sesuai dibangkitkan dalam soal ini, kerana dah berpenggal-penggal di situ tapi masalah sampah kekal begitu juga.
Tanpa Nama berkata…
Salam Puan Nisah,

DBKL ada beribu-ribu kakitangan/pegawai yang diupah oleh RAKYAT untuk menangani sampah-sarap.

"Wakil Rakyat" adalah jurudengar dan jurucakap Rakyat.

Di Malaysia majoriti orang salah anggap peranan dan tugas Ahli Parlimen.

Contoh Wakil Rakyat terbaik dalam sejarah Dunia ialah Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar. Malaysia mungkin belum pernah mempunyai wakil rakyat sebaik mereka.

Sedarilah bahawa kita semua adalah wakil (khalifah) Allah di bumi ini.

Allah is our Big Boss.


...
...
...
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum.

Pada pendapat saya salah kedua-duanya. Sharizat dan Izzah. Salah Sharizat sebab "tertidur" dan salah Izzah kerana masih di gear satu.

Salam!

Catatan Popular