Ahad, Mei 18, 2008

Wajah Baharu

Setelah lebih empat tahun memiliki blog ini, pada awal dinihari, saya dapat merealisasikan wajah baharu blog - Nisah Haron Online.

Pada saya, wajah baharu ini lebih selesa dibaca dan lebih sesuai untuk menampung isi blog. Pada sidebar, banyak bahagian yang saya cuba kekalkan supaya pengunjung yang biasa singgah ke laman ini tidak 'tercari-cari' pautan ataupun bahagian yang biasa dibaca.

Masih ada beberapa hal lagi yang mahu saya perbaiki. Harap bersabar, saya masih lagi merangkak-rangkak merangka html sendiri.

Sekiranya ada sebarang komen ataupun cadangan, silalah tinggalkan pesanan di penghujung entri ini ataupun di ruangan CBox di sebelah kanan bawah.

3 ulasan:

Imran Yusuf berkata...

Assalamu'alaikum Puan Nisah,

Tahniah di atas wajah baru blog puan.

Secara peribadi saya lebih suka wajah yang dulu, tetapi demi mengejar kelainan dan memburu kepuasan berkarya dan melestari dunia blogging, saya mengalu-alukan apa jua pembaharuan.

Tahniah sekali lagi.

-Imran Yusuf- (dulu Alang Bidara)

Jiwa Rasa berkata...

Wah...rumah sudah bertukar langsir baru!

Laman lebih `ringan' dan cepat diakses.


Nampaknya tinggal rumah saya yang masih seperti dulu...

RMN berkata...

Blog informatif sebaiknya memberi ruang keselesaan pada mata. Juga durasi muat turun yang pantas pasti tidak mengecewakan (terutama pengunjung pertama).

Saya amat selesa dengan wajah baru ini. Teruskan dengan entri yang bermanfaat.

Selamat ber'blog'

Related Posts with Thumbnails