Songkok oh Songkok

Mula-mula bahasa kebangsaan diperlekehkan. Bahasa Melayu sudah jadi bahasa kedua dalam negara. Ahli politik tidak memandang isu ini sebagai perkara penting. Kononnya, ada apa dengan bahasa.

Bahasa menunjukkan bangsa.

Nampak sangat bangsa kita sudah jadi caca marba, sebab penggunaan bahasa pun caca marba juga!

***

Kini pakaian kebangsaan pun sudah berani ada yang hendak pertikai. Lihat di sini.

Memakai songkok tidak akan menjadikan seseorang itu lebih 'Melayu' daripada Melayu. Mengapakah orang politik ini masih lagi mahu mempolitikkan segala benda yang mereka boleh politikkan? Sukar benarkah untuk menghormati majlis?


Ulasan

Catatan Popular