Jumaat, Jun 20, 2008

Tawarikh Cinta

Bermula dengan ini...


Kemudian di peringkat pruf

Hasilnya...


Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa judul novel terbaharu saya ini berubah dengan begitu drastik. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa mereka suka dengan judul asal novel ini.

Ini ialah hakikat dalam dunia penerbitan. Penulis menghasilkan manuskrip. Penulis juga menyediakan judul. Judul itu tidak semestinya kekal dan sewaktu kita sedang menulis manuskrip, adakalanya kita juga ada judul sementara yang dipanggil working title. Setelah manuskrip itu siap, judulnya boleh berubah sekali lagi.

Apabila sampai di tangan editor yang berwibawa, adalah menjadi perkara biasa jika judulnya berubah... lagi.

Dalam hal menjudulkan novel, saya banyak berkompromi dengan editor - selagi editor itu punya hujah yang kukuh mengapa perubahan itu harus berlaku. Jika justifikasi yang diberikan editor itu kukuh, saya jarang sekali banyak olah dalam hal begini.

Sebagai penulis, kita harus akur tentang beberapa perkara, antara lain :
  • kehendak visual rumah penerbitan
  • stail rumah penerbitan
  • editor sebagai 'orang luar' yang dapat melihat daripada perspektif yang berbeza
  • penulis itu terlalu akrab dengan karya untuk melihat teks/manuskrip secara objektif.
Apabila editor berbincang dengan saya tentang cadangan judul yang lebih baik, saya lekas-lekas bersetuju untuk duduk bersama-sama beliau - memikirkan judul yang lebih sesuai. Editor sebagai gatekeeper antara pengarang dan pembaca, selalunya melihat sesuatu manuskrip itu dari kaca mata :
  • pengarang
  • pembaca
  • pengkritik
Inilah kelebihan editor yang baik di samping dapat membantu graphic designer menyediakan kulit hadapan yang dapat menterjemah cerita kepada bentuk visual.

Apa lagi yang boleh saya katakan tentang "Tawarikh Cinta"?

Mungkin itu dulu setakat ini. Saya hendak pergi tinjau almari - mencari baju yang sesuai untuk majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan malam ini.

Haruskah saya memakai sepersalinan sutera dengan sehelai cindai di pinggang seperti pakaian Puteri Cempaka Wilis dalam "Tawarikh Cinta"?

.
.
.

3 ulasan:

Firdaus berkata...

Saya sebenarnya sangat gembira apabila Editor mencadangkan tajuk kerana saya *sangatlah* tidak kreatif memikirkan tajuk. :D

ABDUL LATIP berkata...

Puan Nisah,

Ucapan tahniah daripada saya di atas kejayaan ini. Tawarikh Cinta. Menarik juga judul novel itu. Gambar kulitnya pun cantik.

Tahniah sekali lagi.

Aulia Humaira/Ismi' Nailofar berkata...

Assalamualaikum Puan Nisah,
Salam perkenalan.
Menyentuh komen Puan :

" Sebagai penulis, kita harus akur tentang beberapa perkara, antara lain :

kehendak visual rumah penerbitan

stail rumah penerbitan

editor sebagai 'orang luar' yang dapat melihat daripada perspektif yang berbeza

penulis itu terlalu akrab dengan karya untuk melihat teks/manuskrip secara objektif."

Menyentuh soal konsep grafik, saya ingin berkongsi pengalaman saya.
Saya sangat bersyukur kerana pelukis grafik bagi cerpen ( yang pertama ) saya yang terbit di Tunas Cipta ( Dewan Sastera Edisi Jun ), bagaikan dapat membaca jalan fikiran dan kehendak hati saya. Kali pertama melihat grafik visualnya, saya amat terharu lagi teruja.

Setelah melihat paparan depan Novel Salju Sakinah pula, saya tidak mampu menafikan grafik muka depan menjadi daya penarik kepada pembaca untuk membeli novel.

Jadi penulis harus bijak untuk mencari rumah penerbitan yang sesuai dengan konsep karyanya, kan ( ya, dalam situasi penulis inginkan karyanya tidak dirombak ) ?

Related Posts with Thumbnails