Rabu, Oktober 08, 2008

Tunas Cipta dapat kembali wilayah autonomi?

Terkini : Saya sudah dapatkan majalah Tunas Cipta edisi Oktober 2008. Penuh warna-warni! Persembahan yang menarik. Tidak lagi hanya 2 warna seperti edisi sebelum ini.

Harga : RM5.00

Juga boleh rujuk di laman Mantan MPR.

Saya difahamkan karya-karya yang tersiar di dalam TC kali ini akan diulas oleh pembicara-pembicara terpilih - khabarnya akan bertukar-tukar orang - seperti yang dilakukan dalam Dewan Sastera; analisis cerpen dan puisi selalunya bertukar tangan sentiasa. Ini baik bagi mendapatkan pelbagai perspektif pengkritik.

Saya fikir, ini juga satu cara untuk melatih pengkritik-pengkritik muda dalam melahirkan kelompok pelapis. TC bukan sahaja akan melahirkan penulis muda, penyair muda tetapi juga mereka yang mampu serta berani mengkritik demi kebaikan semua.

Pihak TC juga ada memaklumkan kepada saya bahawa mereka kekurangan esei-esei sastera yang baik. Begitu juga dengan resensi karya. Oleh itu, marilah kita isi ruangan ini juga. Khabarnya, untuk ruangan kreatif seperti puisi dan cerpen, sambutannya sudah agak menggalakkan. Tak menang tangan editor memilih karya! Itu petanda yang cukup sihat.

***

Saya pernah menulis sebuah requiem untuk Tunas Cipta beberapa tahun yang lalu. Tunas Cipta sebuah majalah yang pernah memberikan hak autonomi kepada penulis muda telah dimatikan.

Tetapi, jika mati tak berkubur, ertinya ada masa dan ketika yang akan membenarkan majalah ini hidup semula.

Alhamdulillah, melalui laman web DBP, berita gembira ini telah pun disahkan. Majalah Tunas Cipta akan diterbitkan semula mulai Oktober 2008!

Jadi, kepada semua penulis muda, usah sia-siakan peluang kedua yang diberikan. Marilah beramai-ramai mengisi ruang dan wadah yang telah disediakan.

Maklumat lanjut : www.dbp.gov.my

Editor yang boleh dihubungi :

Editor : Puan Noraini Abdul Hamid (noraini3@dbp.gov.my)
Penolong Editor : Puan Nazira Mohd Noor (nazira@dbp.gov.my)

Ketua Bahagian Majalah : Puan Padilah Ali (padilah@dbp.gov.my)

8 ulasan:

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

Terima kasih kak kerana beri peluang kepada saya untuk tulis di Dewan Sastera. Artikel saya keluar DS bulan Ogos ini.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Bolehlah berkelibat lagi di majalah ini. Setakat ini, tunas ini saja yang layak untuk saya mengasah bakat! hehehe

Anuar Manshor berkata...

Terima kasih kepada Prof. Isahak Haron dan Dato' Baha yang bermati-matian menyuarakan isu ini semasa Bengkel Majalah di Port Dickson.

rahimin idris berkata...

salam aidilfitri,

laaa, ye ke? bagusnya. saya memang tak lepas tembok ds. tc dan mingguan malaysia saja boleh tembus.

sinaganaga berkata...

Ini cuma pandangan peribadi:

Majalah-majalah DBP cuma ada editor dan karya-karya (termasuk rencana dan essei) adalah daripada penulis-penulis luar. Jadi, alangkah lebih baik jika majalah-majalah DBP ini mempunyai wartawan (wartawan dalam erti kata sebenar).

Dengan ini, segala aktiviti seni & sastera (utk majalah TC - aktiviti seni & sastera oleh karyawan muda dan karyawan baharu) dapat dihebahkan kepada khalayak. Ini akan menjadi ruang untuk mempromosi pengkarya2 dan aktiviti2 yang sedang berlangsung tetapi ramai orang tak tahu).

Untuk menjadi bagus - majalah orang muda perlulah bersifat 'utk orang muda' juga. Dan, alangkah molek, jika TC ini dapat merangkumi kesemua genre, bentuk, jenis, rupa seni & sastera 'orang muda' ini.

Dengan itu, TC mahu dimiliki oleh segenap pengkarya dan peminat seni dan sastera 'orang muda' ini.

Apabila ramai orang beli - jumlah cetakan boleh ditingkatkan - duit boleh dapat banyak - jadi, tak ada sebab kita nak TOTOP lagi TC ni.

Ma'asalam.

nasriahabdulsalam berkata...

alhamdulillah!

Maslina Mahbu @ Armiza Nila berkata...

Salam Idul Fitri Maaf Zahir Batin buat Nisah Haron dan keluarga di Seremban.

Saya tumpang gembira dengan berita kelahiran semula Tunas Cipta dan insyaAllah saya selaku penulis tua yang 'muda' akan turun padang memeriah dan menyerikannya majalah TC nanti.

Mudah2an ada yang sudi memberi kritikan yang membina.

Salam dari Bumi Kenyalang,

Maslina Mahbu @ Armiza Nila - Kuching

KakChik berkata...

Saya membelinya semalam sebab tertarik dengan tajuk utama yang di'highlight' kan. Baik Buruk Sastera Siber. Menarik. Dah lama tak baca TC.

Related Posts with Thumbnails