Pesanan seorang editor
Awal pagi ini, saya terima SMS daripada seorang editor juga sahabat, Kak Rozninah Abd. Azib - Editor Dewan Sastera yang sedang menunggu dan membuat persediaan ke bilik pembedahan.
Katanya :
Memang sukar untuk saya hadapi banyak perkara di Bahagian Majalah DBP yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan Puan Norraya (isteri pelawak terkenal Sabri Yunus), ketua kerani di Bahagian Majalah dan kemudian menerima kejutan pula dengan pemergian Kak Rohaya (Penolong Editor Dewan Sastera).
Dalam tempoh yang lebih kurang sama, Kak Zaiton Abu Samah (Kak Ton) pula diberitakan menghidap kanser dan kini Kak Rozninah (Kak E-na) pula mengambil giliran. Namun, bagi kedua-dua editor Kak Ton dan Kak E-na, komplikasi penyakit masing-masing agak awal dan masih dapat diatasi insya-Allah.
Entri ini khusus buat mereka kerana kedua-duanya begitu istimewa dalam sejarah penulisan saya sehingga kini. Kak Ton merupakan editor yang menangani karya-karya saya sewaktu di Dewan Siswa dan Kak E-na pula banyak membantu sewaktu di Dewan Sastera. Perkenalan rapat dengan mereka bukanlah bermakna mereka ini 'kroni' yang memudahkan karya saya diterbitkan di majalah masing-masing.
Banyak kali saya ingatkan mereka supaya menilai karya-karya saya terlebih dahulu sebelum disiarkan. Manalah tahu, adakalanya karya saya itu mungkin saya tidak mencapai kualiti yang diharapkan pada ketika yang tertentu. Dan ya, sebanyak itu juga mereka telah menilai karya saya itu seperti mana yang dilakukan terhadap karya-karya orang lain. Ertinya, bukanlah kerana karya itu tertera nama "Nisah Haron", lalu ia dengan mudah sahaja diterbitkan.
Adakalanya, saya juga perlu menunggu berbulan-bulan sebelum karya saya tersiar, khususnya di Dewan Sastera kerana persaingan sengit dan kemungkinan karya tersiar hanya (cerpen) biasanya sekali dalam setahun.
Daripada mereka juga saya banyak belajar tentang hal-hal penerbitan dan juga belajar melihat kelemahan dalam berkarya. Bertemu mereka juga membuatkan saya sentiasa mahu menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah saya tulis selama ini.
Demikianlah kedudukan editor yang baik pada saya. Letaknya lebih tinggi daripada seorang penulis sendiri. Editor seperti ini sentiasa saya perlukan untuk menyunting karya-karya saya supaya menjadi lebih molek untuk tatapan pembaca.
Seorang penulis boleh mengungkapkan apa yang tercetus dan terfikir tetapi seorang editor dapat menjadikan karya itu lebih mudah dihadam pembaca - ibarat seorang jurusolek yang mencantikkan wajah yang sedia ada dan bukan mengubahnya.
Sahabat penulis dan pembaca sekalian,
Doakanlah kesihatan dan segala kemudahan untuk kedua-dua editor saya yang baik ini. Semoga Allah terus memberi mereka kekuatan untuk menghadapi segala bentuk dugaan. Saya tahu mereka orang-orang yang kuat lagi terpilih untuk menghadapi semua ini dengan tabah. Semoga Allah memberikan kemudahan.
Amin.
.
.
.
Katanya :
"Oleh sebab kematian itu tak tahu bila masanya dan ia pasti terjadi, dalam situasi saya ini, sewajarnya saya mengingati tentang hal itu. Andainya hari ini hari terakhir buat saya, dengan rendah hati saya memohon maaf dan seikhlas hati saya memaafkan kalian. Terima kasih kerana kalian banyak berjasa dan berbuat baik kepada saya. Sampaikan salam dan mohon maaf saya kepada teman yang lain. Doakan semoga saya berkesempatan bersama kalian lagi, insya-Allah. Saya dalam persiapan ke bilik pembedahan."
Memang sukar untuk saya hadapi banyak perkara di Bahagian Majalah DBP yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan Puan Norraya (isteri pelawak terkenal Sabri Yunus), ketua kerani di Bahagian Majalah dan kemudian menerima kejutan pula dengan pemergian Kak Rohaya (Penolong Editor Dewan Sastera).
Dalam tempoh yang lebih kurang sama, Kak Zaiton Abu Samah (Kak Ton) pula diberitakan menghidap kanser dan kini Kak Rozninah (Kak E-na) pula mengambil giliran. Namun, bagi kedua-dua editor Kak Ton dan Kak E-na, komplikasi penyakit masing-masing agak awal dan masih dapat diatasi insya-Allah.
Entri ini khusus buat mereka kerana kedua-duanya begitu istimewa dalam sejarah penulisan saya sehingga kini. Kak Ton merupakan editor yang menangani karya-karya saya sewaktu di Dewan Siswa dan Kak E-na pula banyak membantu sewaktu di Dewan Sastera. Perkenalan rapat dengan mereka bukanlah bermakna mereka ini 'kroni' yang memudahkan karya saya diterbitkan di majalah masing-masing.
Banyak kali saya ingatkan mereka supaya menilai karya-karya saya terlebih dahulu sebelum disiarkan. Manalah tahu, adakalanya karya saya itu mungkin saya tidak mencapai kualiti yang diharapkan pada ketika yang tertentu. Dan ya, sebanyak itu juga mereka telah menilai karya saya itu seperti mana yang dilakukan terhadap karya-karya orang lain. Ertinya, bukanlah kerana karya itu tertera nama "Nisah Haron", lalu ia dengan mudah sahaja diterbitkan.
Adakalanya, saya juga perlu menunggu berbulan-bulan sebelum karya saya tersiar, khususnya di Dewan Sastera kerana persaingan sengit dan kemungkinan karya tersiar hanya (cerpen) biasanya sekali dalam setahun.
Daripada mereka juga saya banyak belajar tentang hal-hal penerbitan dan juga belajar melihat kelemahan dalam berkarya. Bertemu mereka juga membuatkan saya sentiasa mahu menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah saya tulis selama ini.
Demikianlah kedudukan editor yang baik pada saya. Letaknya lebih tinggi daripada seorang penulis sendiri. Editor seperti ini sentiasa saya perlukan untuk menyunting karya-karya saya supaya menjadi lebih molek untuk tatapan pembaca.
Seorang penulis boleh mengungkapkan apa yang tercetus dan terfikir tetapi seorang editor dapat menjadikan karya itu lebih mudah dihadam pembaca - ibarat seorang jurusolek yang mencantikkan wajah yang sedia ada dan bukan mengubahnya.
Sahabat penulis dan pembaca sekalian,
Doakanlah kesihatan dan segala kemudahan untuk kedua-dua editor saya yang baik ini. Semoga Allah terus memberi mereka kekuatan untuk menghadapi segala bentuk dugaan. Saya tahu mereka orang-orang yang kuat lagi terpilih untuk menghadapi semua ini dengan tabah. Semoga Allah memberikan kemudahan.
Amin.
.
.
.
Ulasan
Sehinggakan kami merasakan ada sesuatu tidak kena di sini. Semoga dijauhi segala keburukan.
Moga kedua-duanya segera kembali afiat sprti sedia kala.
Editor ibarat mak andam yg menambah seri pengantin. Tanpa sentuhan mereka, karya kering bagai pengantin tak berseri.