Kelahiran
Apabila saya hamil untuk kali ini, tidak ramai yang saya maklumkan. Di blog ini juga tidak saya umumkan secara rasmi. Bukannya tidak mahu, tetapi adakalanya terdapat hal peribadi yang saya fikir biarlah sifatnya peribadi. Hanya mereka yang pernah berjumpa saya secara peribadi sahaja yang tahu tentang keadaan saya beberapa bulan yang lalu. (Bukanlah hendak menyembunyikan, tetapi pada saya tidak ada apa-apa yang hendak dihebohkan.)
Jadi, kepada sesiapa yang tahu bahawa saya sedang menanti orang baru, kini saya umumkan bahawa saya sudah selamat bersalin beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, kali ini dianugerahkan 'orang serambi' - pun, harap-harapnya tidaklah sekadar pandai duduk di serambi. Biarlah pandai serba-serbi seperti ayahnya juga :-)
Terima kasih kepada ucapan tahniah yang sempat saya terima melalui e-mel, pesanan ringkas, Yahoo! Messanger, chatbox, Facebook dan segala apa juga bentuk komunikasi. Saya tidak sempat hendak membalas semuanya, namun setiap satunya amat saya hargai.
Seperti si kecil saya yang terdahulu (kini dirujuk sebagai "Kak Teh"), namanya orang baru ini juga tidak diumumkan secara rasmi di sini. Kepada yang berkesempatan bertemu secara peribadi, insya-Allah, akan tahu juga.
.
.
Salam takziah kepada Editor, Mingguan Malaysia Kuseman yang kehilangan isteri tersayang kerana allahyarhamah telah pulang ke hadrat-Nya semalam. Al-Fatihah.

Ulasan
Muga sdri Nisah terus menyuburi taman sastera dengan idea2 baru yg mencabar minda.
p/s...saya tengah meladeni Tawarikh Cinta ...fuhhhhhh...bahasa istananya menuntut kesabaran dan keintelektuan pembacanya....habis nanti saya komen ya....
Seronok bila yg ditunggu berada di depan mata. begitulah yang saya hadapi dulu. Lelaki, lelaki dan akhirnya puteri salju idaman kalbu.Allah Maha Kaya dan Mengetahui kehendak hamba-Nya.
Tahniah sekali lagi Nisah. Teringat semasa berjumpa di Tol Senawang...:-)
Maslina - Kuching
Semoga si kecil mewarisi kebijaksanaan ayah bondanya.
Tahniah! :)
Semoga dia jadi anak yang soleh :)