Rabu, November 26, 2008

Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001)


Semasa hayatnya, saya tidak pernah berpeluang bertemu dengannya. Khabarnya, dia seorang yang lemah lembut tetapi punya pendirian tegas. Saya hanya mampu mendengar dari orang kedua, ketiga dan seterusnya tentang peribadi insan ini. Seandainya hajat itu terlaksana, alangkah indahnya pertemuan itu barangkali.

Saya pernah mendengar cerita dari Dr Amida Abdulhamid (Kak Anis) tentang Almarhum Usman Awang. Katanya, apabila dia dengar Usman Awang hendak berjumpa dengannya di pejabat (ketika itu di DBP, kalau tak salah pendengaran saya), lemah segala sendi dan jantung bagai hendak gugur. Bukannya apa, kata Kak Anis, 'maklumlah seorang penyair besar mahu bertemu dengan seorang penulis kecil yang baru hendak menulis cerpen. Tetapi, apabila bertemu ternyata dia seorang yang tenang dan pertemuan itu jadi selesa.'

Ya, saya boleh bayangkan apa yang diceritakan Kak Anis itu. Sehingga kini, dia antara penyair yang saya ingin temui tetapi kini sudah tentulah mustahil. Karyanya merentas sempadan bangsa dan agama.

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya.

** Mulai malam ini, esok dan lusa, ada siaran biografi Usman Awang bersiri di RTM 1 dalam slot Galeri Perdana, jam 8.30 malam. ** - SMS dari Puan Haslina Usman (Puteri kepada Almarhum)
.
.

2 ulasan:

JHaZKiTaRo berkata...

a'kum.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)

NUR ILHAMI berkata...

salam nisah,
allahyarham memang kaya senyuman. dan sebelum menegur, dia akan memandang tepat kepada seseorang. and very fatherly...
wassalam.

Related Posts with Thumbnails