Resipi Dari Istana 3
Meneruskan siri "Resipi Dari Istana", edisi ke-3 tersiar di dalam Mingguan Malaysia hari ini. Apakah saya akan terus menulis edisi seterusnya? Itu saya tidak pasti. Mungkin elok juga saya buat sebuah kumpulan cerpen yang temanya serupa untuk saya teruskan 'siri' ini.
Tentu sahaja ramuan untuk Resipi Dari Istana 3 sedikit berbeza daripada resipi yang sebelumnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk menafsir satira ini.
Untuk yang terlepas edisi sebelumnya, saya ada menulis entri tentang Resipi Dari Istana dan Resipi Dari Istana 2. Pun, saya tidak pasti sama ada pautan ke laman di Berita Harian masih lagi wujud ataupun sudah diarkibkan.
Pautan lain :
Resipi Dari Istana
Resipi Dari Istana 2
Tragedi Dalam Dunia Sastera
.
.
Ulasan
Kak, naklah buku gagasan persurayan baru tu!
Poskan macam biasa, eh! Dengan nombor akaun sekali. Kulit Lembut jadila.
Sangat suka baca kisah Chef Michiko. Sayang sekali dua siri yang terdahulu sudah diarkibkan.
Saya dah respon melalui sms.
Najibah,
Resipi Dari Istana yang pertama, ada di dalam kumpulan cerpen "Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus".
saya memang suka siri ini dari mula!
Kumpulan cerpen "Resipi Dari Istana" sudah ada peminatnya... apa lagi...? :->
Mudah-mudahan, terus mendapat ilham terbaik! :-)
Wassalam...
Saya terkena. Nampak sangat belum habis baca CSRO, malah belum betul2 teliti apa cerpen yang ada satu-persatu :D - Akan baca sekarang juga.