Melarik Kelas Pertama di celah runtuhan budaya ilmu..


Malam ini, saya telah diundang ke RTM 1 bagi membicarakan topik  hangat : 

Melarik Kelas Pertama di celah runtuhan budaya ilmu

Perantara : Sayed Munawwar (gambar di sebelah)

Temu janji kita ialah pada jam 9.30 malam secara langsung.


"Satu Malaysia yang berpadu mendokong bangsanya? 
Bagaimana dengan budayanya? 
Bagaimana pula dengan bahasanya? 
Bagaimana pula dengan pemikirannya? 
Tidakkah pemikiran menjadi faktor pemersatu sebenar? 
Sementelah pemikiran rakyat Malaysia masih ditakuk kelas ke tiga, apa yang perlu dilakukan kini? 

Membudayakan ilmu bukan satu gagasan yang baru diperkenalkan. Ia menjadi agenda pendidikan semenjak perdana menteri kedua sewaktu mendemokrasikan peluang pendidikan. Di susul pula dengan pelbagai dasar susulan termasuk pandang ke timur dan terkini universiti apex sekolah kluster dan program permata. 

Tetapi mengapakah takuk pemikiran dalam kerangka yang luas masih terkongkong dalam kepompong lama? Bermula dengan pemikiran politik, budaya harian, krisis membaca sehinggalah kepada kualiti pendidikan tinggi tidak menampakkan kesan yang objektif dan membanggakan? 

Membaca sebagai wahana pembinaan minda masih mendapat perhatian secara sampingan jika tidak masakan kempen membaca hanya terhad kepada institusi perpustakaan dan kementerian pelajaran. Tidak perlu berilmukah kementerian-kementerian lainnya? Tidak perlu hikmahkah pemimpin-pemimpin lain? 

Dengan pelbagai program dibelanjakan demi mempromosikan budaya ilmu, mengapakah tidak terzahir pembudayaan ilmu ini dalam dimensi kemasyarakatn, penterjemahan, penerbitan, pembuatan dasar dan wacana masyarakat sivil yang kesemuanya menjadi petunjuk atau penanda aras budaya ilmu? 

Ataukah sebenarnya budaya ilmu hakikatnya hanya subur dalam kelompok etnik tertentu sahaja? 

Self fulfilling prophecy jika kepimpinan Negara menanamkan kepercayaan bahawa masyarakat Malaysia hanya membaca 2buku setahun. Itu statistikl lapuk yang tidak dapat lagi disandarkan keyakinan ke atasnya. Kini penerbitan dalam Negara mencecah 18 ribu tajuk setahun dan jualan buku terbitan dalam medium Melayu juga terus meningkat dan dianggap kalis gawat. Apa ertinya semua ini? 

Tidakkah ini gambaran bahawa masyarakat sudah semakin minat membaca dan disuburkan pula dengan peningkatan kuasa beli tidak mengira kaum – lambang kemakmuran. Syukurilah.. 

Namun mengapa wacana masyarakat sivil dan perdebatan atau mujadalah masih dangkal dan terkongkong tanpa melibatkan dan jualan akhbar Melayu pula semakin merudum? Apakahyang dibaca oleh masyarakat Melayu sebenarnya? Apa pula yang menjadi santapan minda masyarakat Cina dan India? 

Pernahkah anda mendengar bahawa garbage in garbage out? Maka jika sampah yang dihidangkan maka sampah menjadi santapan dan sampah jugalah yang akan dimuntahkan? 

Tidakkah ini masanya kita meraikan input-input berkualiti agar rakyat Malaysia seluruhnya dapat menjadi feeder atau pemberi input yang baik kea rah pembinaan Satu Malaysia?"

Sumber : www.dll.my

Ulasan

Nazhatulshima N berkata…
Salam,
Cara yang bermakna menghabiskan sisa hari sambutan ulangtahun kelahiran. Semoga tercapai segala yang diimpikan.
D'Rimba berkata…
Satu Malaysia beracuan tersendiri berteraskan Islam sejati majoriti rakyat Muslim impikan. Tapi gara-gara alasan pelbagai kaum Islam kurang diutamakan dalam setiap keputusan dan terus tegar melaksanakan acuan barat ceduk semata tanpa menambah nilai Islam itu sendiri.
Suka tengok kepetahan akak juga Puan Ainon.. bernas setiap bicara.hinggakan moderator mati bicaranya..

Tahniah ukht

Catatan Popular