"Impian Tsu-Ryi- 2"


Dia menyelak kembali halaman 12 yang melaporkan kes Maria Huberdina Hertogh. Kata Hakim Brown, Maria dikahwinkan mengikut agama Islam tetapi walinya dipersoalkan. Sebagai penganut mazhab Shafie, seorang anak perempuan itu diletakkan di bawah patria potestas atau kuasa patriaki sehingga dia berkahwin. Hakim mengatakan bahawa qadhi di dalam kes itu seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk mengahwinkan seorang gadis bawah umur walaupun pada hakikatnya Maria sudah pun akil baligh.


Ah! Itu cuma propaganda golongan bukan Islam yang mahu melarikan Maria kembali ke Belanda. Dia tidak mahu kuasa Islam menguasai sistem pentadbiran Belanda yang berkuasa di Singapura pada ketika itu.


Hatinya terus berhujah bersama naluri.


Adakah sejarah dahulu harus berulang kembali?



Dipetik daripada cerpen

"Impian Tsu-Ryi - 2"

Nisah Haji Haron

Kumpulan Cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus

Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum,saya pernah membaca cerpen Impian Tsu-Ryi satu ketika dahulu.Adakah Impian Tsu-Ryi 2 pula menyentuh sejarah peristiwa Natrah?

Catatan Popular