Bakal terbit Julai 2009



Alhamdulillah, kelahiran novel ini melalui proses yang agak menyenangkan; biar pun proses penulisannya memakan masa 3 tahun - lantaran gaya penulisan novel bersiri.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan testimonial. Senaskhah novel ini akan saya kirimkan seperti mana janji saya sebelum ini.

Khabarnya, buat masa ini masih belum keluar dari kilang. Tetapi akan saya cuba supaya boleh membuat pesanan prapenerbitan dalam masa terdekat di Ujana Ilmu.

Terima kasih kepada PTS Publication yang bertungkus-lumus dan sudi pula mendengar cadangan daripada pihak penulis serta berkongsi pendapat tentang beberapa hal. Penerbit begini memang mampu bertahan lama kerana apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, insya-Allah, semua pihak akan mendoakan kejayaan kita.

Terima kasih Puan Ainon yang telah menguar-uarkan novel ini terlebih dahulu di Unika PTS.

Saya tidak mahu banyak berjanji kerana apabila sesebuah novel itu terbit, tafsirannya terpulanglah kepada pembaca. Pada saya, ini bukanlah novel cinta biasa. Namun, Lentera Mustika bukanlah sebuah karya berat. Pertama kali saya menulis sebuah novel cinta - langsung cuba mencipta kelainan dalam sifat cinta yang sejagat itu.

Selebihnya, biarlah pembaca yang menafsirkannya.

Harapan saya, menerbitkan buku dengan PTS sebagai satu langkah untuk meluaskan khalayak yang boleh menghargai karya-karya sastera. Saya percaya kepada potensi PTS yang memiliki kekuatan dari aspek pemasaran dan promosi.

Lentera Mustika dijual dengan harga RM18.
.
.

Ulasan

Melihat Kesunyataan berkata…
Nisah,
Saya nak pesan sebuah dan sudah tentu siap dengan tandatangan penulisnya sendiri. Boleh tak?
Nisah Haji Haron berkata…
Ayahanda,
Tentu sahaja boleh! Nanti e-melkan alamat kepada saya: nisah.haron@gmail.com
Mawar berkata…
Nis,
TAHNIAH! kulit buku yang manis.


ps: Pak Lang, masih ingat rahsia kita? :-)
Rebecca Ilham berkata…
Kak Nisah,

saya juga mahu tempah sebuah - lengkap dengan autograf! Tahniah kak!
Tanpa Nama berkata…
Kak Nisah yang dihormati, tahniah atas kelahiran novel yang sudah sempurna pendokumentasiannya.

tentu saya juga nak sama, tempah awal-awal :)

mudahan jadi inspirasi!

Catatan Popular