Ahad, Jun 07, 2009

Tahniah Pemenang HSKU 2008!

Sekalung tahniah kepada semua pemenang HSKU 2008. Andai dianalisis senarai pemenang, ada banyak faktor menarik yang boleh diperhatikan:
  • ada yang menang berganda
  • ada yang menang buat pertama kali
  • ada yang menang lagi setelah menang sebelumnya
  • ada yang membuat comeback dan ada juga yang upgrade - dahulu menang penghargaan, kini pemenang hadiah utama.
Menarik! Menarik!

Dapatkan akhbar Mingguan Malaysia versi cetak bagi mengetahui keputusan penuh.

Kepada yang tidak berupaya mendapatkan akhbar tersebut, tengoklah sehari dua nanti, kalau saya rajin, mungkin akan saya rakamkan di sini.

2 ulasan:

Nimoiz T.Y berkata...

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini bakal menyuntik semangat untuk terus menulis. Setakat ini, sudah 9 tahun saya berkecimpung dalam arena persuratan tanahair. Betul kata Kak Nisah, memang sesiapa sahaja mengharap nama akan tersenarai dalam senarai pemenang HSKU, termasuklah saya. Namun masih belum ada rezeki. Mungkin, nasib tidak menyebelahi saya untuk kategori puisi. Cerpen, sudah pasti juga tidak sebab belum pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia. Novel? Hahaha, mungkin novel kot dalam tahun-tahun mendatang. Iya, saya bak menang juga HSKU suatu hari nanti.

rahimin idris berkata...

Yang bagus dalam HSKU tak ada yang kalah. ada pemenang saja. lagi satu tak pakai SMS dan undi kertas. keh3.

Related Posts with Thumbnails