Rabu, Julai 08, 2009

Hadiah Sastera Berunsur Islam (HSBI) ke-12

Hadiah Sastera Berunsur Islam (HSBI) mula diadakan pada tahun 1987. HSBI dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Islam (YPI). Tujuan utama HSBI diwujudkan ialah untuk memebrikan penghargaan kepada karya sastera yang berjaya menampilkan keperibadian realiti manusia yang menggalakkan kesedaran tentang fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah.

Senarai Pemenang

Kategori A : Cerpen

Tempat Pertama (RM5,000)
Nisah Haron - Aset Istiqamah

Tempat Kedua (RM4,000)
Hafizah Iszahanid - Lari dari Katrina

Tempat Ketiga (RM3,000)
Amiza Khusyri Yusof - Kasad

Saguhati (RM1,000)
Faisal Tehrani - Bulan Penuh di Saigon
Syarifah Salha Syed Ahmad - Tangisan Daerah Terpinggir
Serunai Faqir - Forum Rumah Tuhan


Kategori B : Puisi

Tempat Pertama (RM3,000)
Aminhad
  • Suara Dari Cembul Akal
  • Ikhtisar Pengembaraan Roh
  • Di Masjid Tua Beijing Aku Terkenang

Tempat Kedua (RM2,000)
Fahd Razy
  • Sebuah Pembunuhan di Kala Sunyi Malam
  • Madrasah Muhasabah
  • Taman Munajat

Tempat Ketiga (RM1,000)
Aminuddin Mansor
  • Sungai-sungai Syurga
  • Belati Iman
  • Kembara, Kembali ke Jalan Pulang

Saguhati (RM500)
Abdullah Ab. Manaf
  • Mencari Mutmainah
  • Mengertikan Kita, Sang Khalifah
  • Seulas Tazkirah Selunak Rasa

Jamaludin D
  • Pasrah Kalimat Penuh Tawaduk
  • mengeja Makna Kebesaran-Mu
  • Penuhi Lautan Sukma

Ahmad Sarju
  • Suara Murni
  • Berjiwa Besar
  • Pintu Kalbu

7 ulasan:

Anuar Manshor berkata...

Tahniah Kak Nisah:)

Zaid Akhtar berkata...

tahniah, puan.
mampirlah ke JB pula pada sebelah malamnya. :-)

Nisah Haji Haron berkata...

anuar, terima kasih.

Zaid, hajat di hati tu ingin juga merasakan kemeriahan HSDT. Tapi, siapa pula nak sponsor transport & hotel :-)

mariahsj berkata...

Tahniah.

Mawar berkata...

Selamat ya Nis!

ABDUL LATIP berkata...

Puan Nisah

Tahniah dengan kemenangan ini.

RahmatHarounHashim berkata...

Tahniah! Walaupun terlambat, tetap sebuah ucapan tahniah. Anda terus berkarya dengan mengaduni pati-pati ilmu sebagai aset pengkaryaan anda. Salam.

Related Posts with Thumbnails