Sabtu, Januari 09, 2010

Ceramah Hak Cipta

Sempena Mesyuarat Agung PEN yang akan berlangsung pada 17 Januari 2010 (Ahad), saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah Penulis & Hak Cipta.

Tempat : Asrama D'Ark, Taman Sri Kasih, Senawang.

Atur cara :

8.30 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi: Ceramah Penulis dan Hak Cipta oleh Puan Nisah Haron

10.30 pagi: Deklamasi Puisi oleh Penyair
Gema Serunai Hati 9: Negeri Sembilan, Negeriku Gemilang

10.45 pagi: Mesyuarat Agung PEN ke-33

Agenda:

• Ucapan Ketua Satu
• Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-32
• Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan 2009
• Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2009
• Pemilihan Jawatankuasa PEN Sesi 2010-2011
• Pembentangan dan Perbahasan Usul
• Ucapan Penangguhan

Walaupun ceramah ini dianjurkan oleh PEN, sesiapa yang berminat boleh hadir ke majlis tersebut. Ini peluang keemasan. Selalunya, saya mengadakan ceramah Hak Cipta yang berbayar. Kali ini tiada yuran dikenakan.

Jika ada sebarang persoalan mengenai hak cipta yang perlu saya perjelaskan, boleh tinggalkan di ruangan komen. Saya akan masukkan ke dalam ceramah itu kelak, insya-Allah.

Maklumat lanjut, sila rujuk laman web PEN.

1 ulasan:

thanaif berkata...

Assalamualaikum Puan,
Bolehkah diketahui ungkapan kata 'search engines like Google and Technorati, and in public listings' menandakan bahawa seseorang pengguna di siber upaya kehilangan hak-hak harta inteleknya?

Related Posts with Thumbnails