Jumaat, Januari 01, 2010

Natrah - edisi mesti-baca

Terbaharu di Ujana Ilmu


Judul : Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata
Pengarang : Fatini Yaacob
Mukasurat : 473 halaman
Cetakan Pertama : 2010

Saya pernah membaca kisahnya di dalam Dewan Masyarakat sewaktu di sekolah menengah. Saya ikuti kisahnya dengan penuh penghayatan.

Saya baca juga versi Isa Kamari yang menulis kisah Natrah dalam novelnya Atas Nama Cinta. Saya dapat menyelami sebahagian daripada perasaan Natrah.

Namun, membaca Natrah : Cinta.Rusuhan.Air Mata ini memberikan perasaan yang berbeza. Mungkin saya membacanya kala usia yang semakin matang dan berbekalkan subjek-subjek undang-undang yang telah mendap di dalam diri.

Nah, ini naskhah MESTI-BACA. Setiap orang Melayu-Islam yang mengakui dirinya Melayu dan Islam haruslah memiliki semangat yang dibawakan oleh buku ini.

Dapatkan dari www.ujanailmu.com.my. Layari juga kedai buku online - Ujana Ilmu untuk maklumat lanjut.

Harga : RM99 (kulit tebal), RM75 (kulit nipis)

1 ulasan:

FaizNazim berkata...

Haha. Baru-baru ini, mak cik saya telah pergi ke Istana Budaya dan telah menyaksikan pementasan Natrah itu. Dia kata bagus tapi tak tahulah pula pementasan itu ke cerita yang bagus. :P Berapa muka surat buku tu?

Related Posts with Thumbnails