Plagiat di Internet - Bahagian Pertama
Terbaca tulisan seorang sahabat blogger dan goodreads - Khairul H. di blognya Malaysian Reader. Kisah tentang hak cipta dan plagiat sudah selalu diulang-ulang. Namun, saya percaya tahap kesedarannya masih lagi di tahap yang sangat rendah di Malaysia, baik di kalangan penulis (semua media termasuk media cetak dan media baharu seperti blog, FB dan sebagainya) mahu pun di kalangan sesetengah penerbit.
Kharul H. telah memanjangkan kisah Monica ini seperti mana beberapa blogger yang lain. Kes Monica Gaudio adalah satu kes yang biasa berlaku. Mungkin di Malaysia juga kes ini bukanlah terlalu terpencil. Dia menulis sebuah artikel yang diterbitkan di Gode Cookery. Hak cipta tulisannya memang jelas dinyatakan di laman tersebut. Seorang editor majalah Cook Source telah menerbitkan semula artikel tersebut di dalam majalahnya yang terbit dalam bentuk cetakan tanpa izin, tanpa makluman dan tentunya tanpa bayaran.
Monica mengetahui hal ini lalu menghantar e-mel kepada editor majalah itu. Monica tidak terus menuduh bahawa majalah itu terus menciplak artikelnya. Berkemungkinan ada pihak lain yang mengambil kesempatan. Oleh itu, dia mahukan penjelasan.
Setelah berbalas-balas e-mel, majalah itu pun bertanya apa yang Monica mahu sekarang. Monica meminta 3 perkara :
Untuk keseluruhan rentetan peristiwanya boleh baca laman web yang berikut :
Ulasan saya : Laman web sama ada blog, Facebook dan yang seumpama dengannya bukanlah sesuatu yang boleh diambil begitu sahaja. Demikian juga gambar untuk menghiasi entri-entri kita.
Semua itu harus dinyatakan sumbernya.
Semua itu ada tuannya.
Walaupun niat anda murni, untuk berdakwah, untuk memanjangkan perkara-perkara yang baik, itu tidak bermakna anda boleh 'mencuri' artikel / tulisan orang lain untuk dianggap pula oleh sekumpulan pembaca yang lain sebagai karya / entri anda sendiri.
Analogi : Ada pokok pisang yang ditanam di atas tanah yang wakaf. Sesiapa sahaja boleh ambil pisang itu. Anda pun ambil dan dengan niat yang suci ikhlas, memberikan kepada jiran anda, tanpa memberitahunya yang itu bukan pisang anda, bukan anda beli apatah lagi bukan ditanam sendiri. Jiran anda pun dengan bahagianya memberitahu orang lain betapa baiknya hati anda memberikan pisang itu kepadanya. Sedangkan, pisang itu bukanlah pisang anda pun. Patutnya dipanjangkan kepada jiran anda itu bahawa pisang itu diambil dari tanah wakaf dan sama-sama mendoakan tuan punya tanah wakaf itu dan perbuatannya mewakafkan pisang tersebut.
Sama kes dengan artikel, buku dan sebagainya yang telah diwakafkan oleh imam dan sheikh tertentu. Apabila sudah diwakafkan tulisan itu, hak moralnya kekal. (hak untuk nama pengarang asal dan kandungan tulisan tidak diubah)
Kembali kepada analogi pisang tadi. Lebih buruk lagi jika anda mengambil pisang-pisang wakaf itu lalu dijual pula berlori-lori di pasar. Hasilnya masih tidak boleh dikomersilkan. Samalah seperti buku-buku dan kitab-kitab yang telah diwakafkan. Hasilnya tidak boleh dikomersilkan juga. Namanya pun wakaf. Kalau mahu mengambil upah penerbitan seperti kertas, susunan bahan, upah itu juga haruslah nominal dan bukannya mengambil untung berlipat kali ganda.
Terbit di laman web ertinya karya atau tulisan anda itu sudah terbit dan sudah menjadi bentuk bahan. Tiada pihak yang boleh mengambilnya tanpa izin anda sebagai pengarang asal. Anda juga tidak boleh menghantar karya yang sudah terbit di blog atau FB ke media cetak yang lain seperti majalah dan akhbar.
Nota : Menerbitkan tulisan yang dihimpunkan dalam blog sendiri atau koleksi status Facebook sendiri, misalnya, dalam bentuk buku oleh pengarang/blogger itu sendiri dibenarkan kerana datangnya dari pengarang yang sama.
Lebih buruk lagi perangai penulis yang karyanya sudah terbit di majalah pada bulan ini, kemudian terus diterbitkan SEPENUHNYA di blog sendiri sebelum tempoh pengedaran majalah berakhir. Ertinya, tulisannya tersiar di dalam majalah ABC edisi November 2010, belum pun habis bulan November ini, dia terus sahaja menyalin dan menampal tulisan yang sama di blognya. (Bukankah dia ada softcopy yang boleh digunakan semula setelah dihantar kepada editor.) Oleh itu, pembaca blognya tak perlulah membeli majalah berkenaan kerana boleh sahaja dibaca di blognya.
Memang hak cipta tetap miliknya. Dia boleh berkata, "suka hati sayalah, ini tulisan saya. Bukannya saya ambil hak orang lain. Lagipun, berapa keratkah yang mungkin membaca tulisan saya di majalah yang tak seberapa itu. Edarannya pun semput."
Walaupun majalah itu tidak laku, hakikat tetap tidak berubah bahawa tulisannya itu sudah TERBIT. Ini soal etika penulisan dan sikap pengarang itu sendiri. Walaupun hanya 3 orang sahaja yang mungkin membaca artikelnya itu setelah diterbitkan di dalam majalah ABC, iaitu dia, editornya dan penjual majalah yang membaca sambil duduk-duduk tunggu pelanggan, hal itu tetaplah namanya TERBIT juga.
Boleh buat promosi, teaser, uar-uar dan sebagainya di blog, FB dan Twitter. Untuk menyiarkan sepenuhnya, sila tunggu tempoh pengedaran (circulation) tamat.
* Contoh akhbar mingguan ialah seperti Harakah

- permohonan maaf di laman Facebook;
- permohonan maaf di dalam majalah itu (edisi cetak); dan
- ganti rugi dalam bentuk derma sebanyak USD130 dibayar kepada Columbia School of Journalism
“I have been doing this for 3 decades,…I do know about copyright laws….But honestly Monica, the web is considered “public domain” and you should be happy we just didn’t “lift” your whole article and put someone else’s name on it!…” (petikan)Editor itu enggan memohon maaf dan menambah lagi dengan bongkaknya di dalam e-mel balasan itu :
“You as a professional should know that the article we used written by you was in very bad need of editing, and is much better now than was originally. Now it will work well for your portfolio.… We put some time into rewrites, you should compensate me!”
Untuk keseluruhan rentetan peristiwanya boleh baca laman web yang berikut :
Ulasan saya : Laman web sama ada blog, Facebook dan yang seumpama dengannya bukanlah sesuatu yang boleh diambil begitu sahaja. Demikian juga gambar untuk menghiasi entri-entri kita.
Semua itu harus dinyatakan sumbernya.
Semua itu ada tuannya.
Walaupun niat anda murni, untuk berdakwah, untuk memanjangkan perkara-perkara yang baik, itu tidak bermakna anda boleh 'mencuri' artikel / tulisan orang lain untuk dianggap pula oleh sekumpulan pembaca yang lain sebagai karya / entri anda sendiri.
Analogi : Ada pokok pisang yang ditanam di atas tanah yang wakaf. Sesiapa sahaja boleh ambil pisang itu. Anda pun ambil dan dengan niat yang suci ikhlas, memberikan kepada jiran anda, tanpa memberitahunya yang itu bukan pisang anda, bukan anda beli apatah lagi bukan ditanam sendiri. Jiran anda pun dengan bahagianya memberitahu orang lain betapa baiknya hati anda memberikan pisang itu kepadanya. Sedangkan, pisang itu bukanlah pisang anda pun. Patutnya dipanjangkan kepada jiran anda itu bahawa pisang itu diambil dari tanah wakaf dan sama-sama mendoakan tuan punya tanah wakaf itu dan perbuatannya mewakafkan pisang tersebut.
Sama kes dengan artikel, buku dan sebagainya yang telah diwakafkan oleh imam dan sheikh tertentu. Apabila sudah diwakafkan tulisan itu, hak moralnya kekal. (hak untuk nama pengarang asal dan kandungan tulisan tidak diubah)
Kembali kepada analogi pisang tadi. Lebih buruk lagi jika anda mengambil pisang-pisang wakaf itu lalu dijual pula berlori-lori di pasar. Hasilnya masih tidak boleh dikomersilkan. Samalah seperti buku-buku dan kitab-kitab yang telah diwakafkan. Hasilnya tidak boleh dikomersilkan juga. Namanya pun wakaf. Kalau mahu mengambil upah penerbitan seperti kertas, susunan bahan, upah itu juga haruslah nominal dan bukannya mengambil untung berlipat kali ganda.
Terbit di laman web ertinya karya atau tulisan anda itu sudah terbit dan sudah menjadi bentuk bahan. Tiada pihak yang boleh mengambilnya tanpa izin anda sebagai pengarang asal. Anda juga tidak boleh menghantar karya yang sudah terbit di blog atau FB ke media cetak yang lain seperti majalah dan akhbar.
Nota : Menerbitkan tulisan yang dihimpunkan dalam blog sendiri atau koleksi status Facebook sendiri, misalnya, dalam bentuk buku oleh pengarang/blogger itu sendiri dibenarkan kerana datangnya dari pengarang yang sama.
Lebih buruk lagi perangai penulis yang karyanya sudah terbit di majalah pada bulan ini, kemudian terus diterbitkan SEPENUHNYA di blog sendiri sebelum tempoh pengedaran majalah berakhir. Ertinya, tulisannya tersiar di dalam majalah ABC edisi November 2010, belum pun habis bulan November ini, dia terus sahaja menyalin dan menampal tulisan yang sama di blognya. (Bukankah dia ada softcopy yang boleh digunakan semula setelah dihantar kepada editor.) Oleh itu, pembaca blognya tak perlulah membeli majalah berkenaan kerana boleh sahaja dibaca di blognya.
Memang hak cipta tetap miliknya. Dia boleh berkata, "suka hati sayalah, ini tulisan saya. Bukannya saya ambil hak orang lain. Lagipun, berapa keratkah yang mungkin membaca tulisan saya di majalah yang tak seberapa itu. Edarannya pun semput."
Walaupun majalah itu tidak laku, hakikat tetap tidak berubah bahawa tulisannya itu sudah TERBIT. Ini soal etika penulisan dan sikap pengarang itu sendiri. Walaupun hanya 3 orang sahaja yang mungkin membaca artikelnya itu setelah diterbitkan di dalam majalah ABC, iaitu dia, editornya dan penjual majalah yang membaca sambil duduk-duduk tunggu pelanggan, hal itu tetaplah namanya TERBIT juga.
Boleh buat promosi, teaser, uar-uar dan sebagainya di blog, FB dan Twitter. Untuk menyiarkan sepenuhnya, sila tunggu tempoh pengedaran (circulation) tamat.
- untuk majalah bulanan (selepas sebulan)
- untuk majalah / akhbar mingguan (selepas seminggu)
- untuk majalah yang terbit setiap 2 minggu (selepas 2 minggu)
- untuk akhbar harian (selepas sehari)
* Contoh akhbar mingguan ialah seperti Harakah
Ulasan
Kesedaran tentang hakcipta sepatutnya sudah meluas dan difahami, tambah lagi bagi seorang yang kerjayanya seorang editor.
Kesedaran ini juga perlu diterapkan dari peringkat sekolah lagi sepatutnya.
Tapi adakah mengambil gambar dan tulisan orang lain melibatkan bayaran royalti? Mungkin sebab itulah mereka plagiat? Sebab tak ada bajet untuk bayar pengarang asal?
Encik Khairul, kalau boleh dalam dunia ini semua orang hendak yang percuma. Kahwin pun nak free, kalau boleh!
Prof Ahmad Nawawi, boleh aktifkan google alerts dengan memasukkan kata kunci yang tertentu supaya pihak google dapat maklumkan kepada kita jika ada orang sedang memetik tulisan kita untuk digunakan di blog, dan laman-laman web.
Pengalaman saya sebagai Editor di sebuah syarikat multimedia, Bos paling besar tak bersetuju dengan dengan saya apabila ada di kalangan penulis di bawah jagaan saya yang menciplak. Terang-terang saya dah buktikan tetapi Bos besar merelakan. Justeru saya terpaksa melepaskan jawatan kerana tak bersetuju dengan amalam Bos yang mementingkan duit sahaja.
Karya orang untuk kita baca, bukan karya kita!
Perjuangan tidak boleh berhenti. Terus melawan apa sahaja bentuk plagiat, merompak dan mencuri. Jika mencuri sudah menjadi budaya dalam bangsa kita, takkan kita mahu biarkan sahaja. Cara kita memperjuangankan mungkin berbeza, namun biarlah matlamatnya betul.
Apabila kita nampak suatu kemungkaran, selagi boleh diubah dengan tangan, kita ubah; selagi boleh ubah dengan mulut, kita ubah; atau paling lemah iman ialah mengutuk dalam hati. Jadi upaya itu pilihan masing-masing.
Yang salah itu tetap salah.