Kerja Seni Patrick Lasak

 Memerhatikan kerja seni Patrick Lasak, sewaktu melawat Galeri Seni Lukis Negeri Pulau Pinang membuat saya dapat melihat sisi lain tentang lukisan. Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata, barangkali imej-imej yang sempat saya rakamkan setelah mendapat izin daripada beliau menerangkan dengan sendirinya - res ipsa loquitur.

Lukisannya mengagumkan saya, seolah-olah setiap satu daripadanya mampu bercerita kepada saya. Atau mungkin saya selesa dengna unsur fantasi yang dijelma dan digabungkan di dalam setiap karyanya.
Gambar kegemaran saya "Rainbow before the Storm".
Namun, saya lebih suka jika dijudulkan "Infinity".
Patrick tersenyum mendengar tafsiran saya tentang lukisannya

"Kerbau oh Kerbau"

"Trilogy of Ancient Stories, Myths & Legends"
Saiz lukisannya yang besar memaparkan rasa majestic.
Kebanyakannya menggunakan medium akrilik - ada kesan seperti 3-D


Bersama-sama pelukisnya, Patrick Lasak yang ceria dan
mudah mesra. Pandangan stereotaip saya tentang pelukis
ialah diam dan tidak banyak berkata-kata, tetapi bukan Patrick!
Dia menghormati saya sebagai penulis, seperti mana saya menghormatinya sebagai pelukis. Medium kami berbeza namun, setiap satu karyanya dapat bercerita dengan sendiri tanpa pengkaryanya perlu menjelaskan apa-apa.

Hasil kerja seni yang utuh, tanpa mengira medium sama ada lukisan atau tulisan, haruslah demikian sifatnya. Selepas pengkaryanya beralih ke negeri yang satu, hasil seninya masih lagi mampu hidup untuk diberikan tafsiran yang baru atau makna baru kepada penikmatnya.

Akan saya nantikan hasil seni Patrick Lasak yang seterusnya. Karyanya wajar dipamer di dinding-dinding pejabat, rumah atau sesiapa sahaja yang mampu membeli dan kemudian merakyatkannya.

Syabas, Patrick!

Maklumat tambahan tentang Patrick Lasak :

Patrick Lasak
Penangite Patrick Lasak, 48, is a self-taught artist who studied business administration courses at the Cosmopolitan College in Toronto, Canada. Although he has exhibited his work locally and internationally, his “overnight” success took him 30 years to achieve.

On his favourite piece of work
“The best has yet to come. I have to attachment to any art work, because otherwise, I would be limiting myself. I wake up every day at 4am. I sleep early, don’t drink, smoke or game. Some might call me an old-timer. You must have discipline. In my own way, I add colour to people’s life. I make the world a better place through art.

“My art pieces are about feel. For me, the subject matter is sometimes irrelevant. It is how the artist inserts ‘feel’ into his work- that matters most to me. That’s what differentiates between human and machine- we have emotions, we have that ‘feel’. If at anytime I lose that feel, then the artwork is nothing more than a piece of cloth with a few dabs of paint, never being able to enchant the eye of the beholder.”
Sumber di sini. 

Pamerannya dijadualkan berlangsung di galeri ini sehingga hujung Februari 2011.

Ulasan

Cikgu Wana berkata…
Teruja melihat lukisan Patrick Lasak..saya teringat kata-kata Pramoedya dalam 'Bumi Manusia', Lukisan adalah sastera dalam warna-warni dan sastera adalah lukisan dalam bahasa...
Mawar berkata…
Nis,
suka baca entri ini!
Nisah Haji Haron berkata…
Cikgu Wana,
Medium seorang penulis ialah kata-katanya. Medium pelukis ialah garis dan warna.

Mawar,
Terima kasih.
Cikli berkata…
minat melukis dan menulis, tetapi masih melihat dan membaca sahaja.

Catatan Popular