Kembara Sastera 21 : Dublin Bhg. 3
Setiap kali tersedar di U.K. saya harus membuat koordinasi semula. Memikirkan di manakah saya pada ketika itu. Pagi ini di Dublin. Dalam apartmen Ainun. Dia sudah ke dapur sewaktu saya sedar buat kali kedua. Musim panas di negara empat musim menyebabkan waktu subuh terlalu awal. Biasanya ramai yang tidur semula selepas subuh.
Sarapan kami ialah 'Nasi Goreng Dublin' dengan rasa yang luar biasa dan pastinya tidak akan ada di Malaysia!
Kembara pada pagi ini ialah menjejaki sebanyak mungkin lokasi sastera yang telah saya cadangkan pada Ainun. Saya hanya ada sehari sahaja di Dublin. Lalu saya mesti manfaatkan semua masa yang ada.
Sasaran pertama ialah Dublin Writers' Museum kerana menurut Ainun, ini yang paling dekat dengan kawasan rumahnya. Saya mengikut sahaja asalkan tempat-tempat ini dapat saya jejaki.
"Selepas Dublin Writers' Museum, kita ke James Joyce Centre," kata Ainun.
Melihat pada papan tanda sewaktu di dalam perjalanan, memang benarlah kedua-duanya berada di haluan yang sama.
Dalam perjalanan itu, kami temui juga Dublin City Gallery. Tertarik juga dengan ungkapan 'free admission'. Apa yang turut menarik perhatian ialah imej wanita berjalan yang ditayangkan di hadapan galeri itu (seperti di dalam gambar). Saya terus sahaja mengajak Ainun masuk ke situ dan melihat apa yang ada di dalamnya.
Dublin City Gallery The Hugh Lane - itu nama penuhnya, lebih dikenali dengan nama "The Hugh Lane" ialah sebuah galeri seni. Sesudah saya melangkah barulah saya tahu bahawa galeri ini merupakan galeri modern art yang pertama terbuka untuk orang awam. Diselanggara oleh Dublin City Council, galeri ini menempatkan koleksi tetap, studio Francis Bacon, dan hasil seni kebanyakannya orang-orang Irish. Ketika saya di situ, sedang berlangsung pameran lukisan Frida Kahlo (6 Julai 1907 – 13 Julai 1954), pelukis Mexico yang terkenal dengan lukisan-lukisan self-potraitnya.
"Frida Kahlo mesti lukis gambar perempuan yang keningnya melekat. Semacam identiti lukisannya," kata Ainun. Saya yang pertama kali mengenali nama itu baru menyedarinya.
Sempat meneliti lukisan sambil melihat-lihat buku dan cenderamata yang turut dijual di tingkat atas. Ada kedai buku Dubray Books yang memperagakan namanya sebagai peneraju penjual buku indie di Ireland. Pada laman webnya ada menyebut :
Berjalan keluar dari galeri itu, pandangan kami terus disambut sebuah taman yang berwarna-warni. Tarikannya menyebabkan kami tangguhkan dulu hasrat untuk ke Dublin Writers' Museum. Kami masuk terus ke dalam taman yang dinamakan The Garden of Remembrance.
Catatan di luar taman ini menyebut taman ini dibina bagi memperingati mereka yang telah gugur sewaktu mendapatkan kebebasan untuk orang-orang Irish. Di hujung taman (rujuk gambar) itu ialah tugu The Children of Lir yang menjadi titik fokus (focal point) kepada taman ini.
Bacaan lanjut dari Wikipedia, menemukan catatan berikut :
The Children of Lir pula adalah kisah legenda Irish. Kisah suram dan sedih tentang empat beradik yang disumpah ibu tiri menjadi sekawan angsa. Mereka berterbangan di serata Ireland -
Setelah bertukar menjadi manusia semula, mereka berusia 900 tahun dan terlalu tua. Mereka semua mati dan terus ke syurga bertemu dengan ayah dan bonda mereka. Aduhai, tragisnya!
Taman ini telah mengabadikan sejarah dan juga legenda yang turut membentuk kesusasteraan negara mereka. Children of Lir hanyalah sebahagian daripada ratusan cerita-cerita rakyat yang boleh dibaca daripada buku-buku yang telah diterbitkan.
Adakalanya saya terfikir, adakah saya membaca supaya saya boleh kembara ataukah saya kembara supaya saya lebih banyak membaca?
Walau apa sekalipun, kedua-dua hal kembara dan membaca ini sungguh sinonim. Mungkin kita tidak mengembara secara fizikal, tetapi membaca itu sendiri ialah satu bentuk kembara minda yang hasilnya adakala lebih baik daripada kembara secara fizikal itu sendiri.
Keluar dari Taman Peringatan atau Garden of Remembrance ini, kami terus mencari-cari di manakah Dublin Writers' Museum. Mengikut peta, bangunannya tidak jauh daripada taman ini. Terlalu dekat, malah.
Memandang ke kiri dan kanan, Dublin Writers' Museum masih belum kelihatan, atau mungkin terhijab daripada pandangan kami yang sudah leka dengan senyuman bunga-bungaan di taman indah sebentar tadi. Saya hanya bergantung harap kepada Ainun. Dia lebih arif akan jalan-jalan dan lokasi bangunan di sini.
Sarapan kami ialah 'Nasi Goreng Dublin' dengan rasa yang luar biasa dan pastinya tidak akan ada di Malaysia!
Kembara pada pagi ini ialah menjejaki sebanyak mungkin lokasi sastera yang telah saya cadangkan pada Ainun. Saya hanya ada sehari sahaja di Dublin. Lalu saya mesti manfaatkan semua masa yang ada.
Sasaran pertama ialah Dublin Writers' Museum kerana menurut Ainun, ini yang paling dekat dengan kawasan rumahnya. Saya mengikut sahaja asalkan tempat-tempat ini dapat saya jejaki.
"Selepas Dublin Writers' Museum, kita ke James Joyce Centre," kata Ainun.
Melihat pada papan tanda sewaktu di dalam perjalanan, memang benarlah kedua-duanya berada di haluan yang sama.
Kawasan pintu masuk Dublin City Gallery The Hugh Lane |
Dublin City Gallery The Hugh Lane - itu nama penuhnya, lebih dikenali dengan nama "The Hugh Lane" ialah sebuah galeri seni. Sesudah saya melangkah barulah saya tahu bahawa galeri ini merupakan galeri modern art yang pertama terbuka untuk orang awam. Diselanggara oleh Dublin City Council, galeri ini menempatkan koleksi tetap, studio Francis Bacon, dan hasil seni kebanyakannya orang-orang Irish. Ketika saya di situ, sedang berlangsung pameran lukisan Frida Kahlo (6 Julai 1907 – 13 Julai 1954), pelukis Mexico yang terkenal dengan lukisan-lukisan self-potraitnya.
"Frida Kahlo mesti lukis gambar perempuan yang keningnya melekat. Semacam identiti lukisannya," kata Ainun. Saya yang pertama kali mengenali nama itu baru menyedarinya.
Kedai buku, lukisan dan cenderamata dalam Dublin City Gallery The Hugh Lane |
In 2009, we were invited to open a shop in Dublin City Gallery, The Hugh Lane. Located in Charlemont House, Parnell Square North, this latest Dubray Books branch has one of the best selections of art books in the country.Kalau ikutkan hati, memang mahu berlama-lama di sini. Maklumlah gabungan seni, buku dan bangunan yang kondusif ini sungguh menjerat hati dan kaki di tempat ini. Namun, saya harus membebaskan diri dengan segera. Jika tidak nanti, alamatnya gagal misi kembara sastera di Dublin ini.
Berjalan keluar dari galeri itu, pandangan kami terus disambut sebuah taman yang berwarna-warni. Tarikannya menyebabkan kami tangguhkan dulu hasrat untuk ke Dublin Writers' Museum. Kami masuk terus ke dalam taman yang dinamakan The Garden of Remembrance.
Garden of Remembrance, Parnell Square, Dublin Pandangan dari udara akan memperlihat kolam biru itu sebenarnya berbentuk sebuah salib |
Kanak-kanak sedang berkelah di taman ini. Ainun sedang meninjau di dalam kolam. |
Perang kemerdekaan Irish pada tahun 1921 itu telah memberikan kedaulatan kepada Ireland tetapi ada 6 buah daerah yang masih di bawah kuasa British. Daerah itulah yang dikenali sebagai Ireland Utara pada hari ini.The Garden commemorates freedom fighters from various uprisings, including:
Di hadapan tugu The Children of Lir
the 1798 rebellion of the Society of United Irishmen
the 1803 rebellion of Robert Emmet
the 1848 rebellion of Young Ireland
the 1867 rising of the Fenian Brotherhood
the 1916 Easter Rising of the Irish Volunteers and the Irish Citizen Army
the 1919–21 Irish War of Independence of the Irish Republican Army
The Children of Lir pula adalah kisah legenda Irish. Kisah suram dan sedih tentang empat beradik yang disumpah ibu tiri menjadi sekawan angsa. Mereka berterbangan di serata Ireland -
- 300 tahun Lough Derravaragh berhampiran dengan istana ayahanda mereka; kemudian
- 300 tahun di Timur Laut (Straits of Moyle - sempadan Ireland Timur Laut dengan Barat Laut Scotland);
- 300 tahun lagi di Barat Laut (Inishglora - bahagian barat laut Ireland)
Angsa-angsa di Lough Derravaragh (Lough = tasik) Mungkinkah angsa-angsa ini juga angsa sumpahan! |

Ulasan