Kembara Sastera Italiana - Sebelum Keberangkatan

Satu lagi kembara!

Beberapa jam dari sekarang, saya akan berangkat ke Itali. Mungkin kerana saya ada sedikit pengalaman dalam Kembara UK dan Dublin pada tahun lalu, ini dapat mengurangkan rasa debar dalam kembara pada kali ini.


Namun, masih ada banyak beza antara UK/Dublin dan Itali. Perkara pertama yang paling ketara ialah soal bahasa. Sebagai persediaan saya dapatkan buku "Collins Gem Italian Phrasebook". Itu lebih sesuai dan wajar daripada mendapatkan sebuah kamus.

Saya juga tidak pasti apakah dalam kembara pada kali ini, saya dapat mencari hal-hal kesusasteraan seperti yang banyak saya peroleh di United Kingdom dan Dublin. Saya membayangkan di Itali kita mungkin lebih akrab dengan hal-hal seni berbanding sastera.

Tidak banyak nama yang timbul kecuali Leonardo Da Vinci dan Michealangelo. Mungkin juga persediaan saya untuk Itali tidak berapa tuntas berbanding dahulu.

Terima kasih juga kepada Puan Emila Yusof, ilustrator "Hanani dan Semberani" yang pernah ke Bologna dan kawasan sekitar pada tahun lepas. Catatan beliau sedikit sebanyak membantu perjalanan saya sendiri.

Sekitar pukul 11.45 malam ini saya berlepas dengan pesawat KLM, transit di Amsterdam sebelum mendarat di bumi Itali.

Doakan perjalanan saya dipermudahkan, dan saya dapat membawa pulang 'sesuatu' supaya saya dapat berbahagi dapatan saya itu untuk para pembaca yang budiman.

Izinkan saya pergi dahulu... sehingga di catatan yang berikutnya, insya-Allah.



Ulasan

emilayusof berkata…
Take care, Nisah. Be safe.

Catatan Popular