Menunggu Kelahiran Kembara Sastera
Setiap kali menunggu kelahiran, debarnya tetap dirasakan. Mungkin yang membezakan ialah kadar debarannya. Ada debar yang bergetar kuat. Ada yang sederhana. Namun, setiap kali pasti ada satu getaran.
Getaran pada kali ini sedikit berbeza. Ada pelbagai rencam rentak debaran yang dirasakan. Ini mungkin disebabkan kali pertama menunggu kelahiran penerbitan yang belum pernah dilakukan.
Menunggu kelahiran sebuah novel, kumpulan cerpen, buku kanak-kanak dan esei, mungkin pernah saya rasakan. Semuanya hampir sama apabila melalui proses pracetak. Teks di dalamnya 100% penuh dan hitam putih. Debaran lebih terasa apabila kulit buku akan disiapkan.
Bahagian dalam buku Kembara Sastera Nisah Haron |
Bimbang ialah perasaan yang negatif. Apabila sesuatu itu di luar kawalan sendiri, bimbang tidak menambah atau mengurangi apa-apa pada perkara itu sendiri.
Pada peringkat ini, saya cuma mendoakan yang baik-baik sahaja untuk buku ini. Semoga hasil kerja selama kembara ini dapat dimanfaatkan pembaca dengan sebaik-baiknya, insya-Allah.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada :
- pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang telah sudi menerbitkan buku penuh warna-warni ini - khusus kepada Pengarah Urusannya, Encik Mohd Khair Ngadiron dan pegawainya Encik Anuar Manshor serta warga kerja di belakang tabir;
- editor yang cekap melihat sebagai mata kedua dan ketiga;
- designer buku yang juga membaca setiap patah perkataan dan mengikuti cerita di dalam buku ini sebelum memilih dan menyusun foto-foto yang selari dengan teks.
- pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku kembara solo saya ini.
Kita bertemu di sana!
Ulasan
Saya pasti akan mencari buku ini, kerana saya suka cerita pengalaman kembara sastera akak di dalam blog ini.
*Wish you good luck...:-)