Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom & Dublin dalam Anugerah Buku PNM-RTM 2013

Salam hormat kepada semua peminat buku Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom dan Dublin. Jika tuan/puan sangat menyukai buku ini berasa ia layak dicalonkan dalam Anugerah Buku PNM-RTM, saya mohon 5 minit daripada masa tuan/puan supaya dapat mengundi buku ini di laman yang disediakan di bawah.





Caranya mudah.

1. Layari laman ini: http://www.pnm.gov.my/anugerahbukupnm-rtm/pencalonan.php

2. Copy & paste maklumat ini pada borang tersebut:

Nama buku: Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom & Dublin
Nama penulis: Nisah Haron
No. ISBN: 978-983-068-879-4

2. Isikan butiran nama buku, nama penulis, no. ISBN dan kemudian butiran peribadi anda yang mengundi. Ada hadiah misteri untuk pengundi bertuah.

Terima kasih atas sokongan tuan/puan. Setiap masa dan undi yang tuan/puan amat bermakna kepada saya. Tiada kata secantik bahasa untuk saya ungkapkan penghargaan itu. Hanya doa supaya Allah murahkan rezeki tuan/puan untuk mengembara jua. Amin!


Boleh juga klik pada imej borang di bawah untuk ke laman undian.



Sekiranya tuan/puan masih belum membaca buku ini, boleh pesan terus secara atas talian dari laman web Ujana Ilmu.

ikhlas daripada,


Ulasan

Nimoiz T.Y berkata…
Saya sudah undi buku ini. Anda bila lagi?
Nisah Haji Haron berkata…
Nik,
Terima kasih seluas lautan!
Semoga Allah murahkan rezeki Nik dan keluarga dan berpeluang mengembara jua, insya-Allah.

Mama Rocky! berkata…
Alhamdulillah, saya baru sahaja menempah karya Pn Nisah (KSNH) sebentar tadi..harap-harap dapatlah saya terima pada minggu hadapan yer! uppsss..saya dah pun undi!
Nisah Haji Haron berkata…
Mama Rocky,
Terima kasih atas pesanan buku dan juga undian. Semoga buku kecil itu bermanfaat untuk dibaca.
Mama Rocky! berkata…
InsyaAllah..tiada yang tidak bermanfaat mentelaah karya-karya penulisan Puan..ikut sepengalaman membaca LM pun saya dah teruja..sebenarnya saya tidak sabar nak tunggu orderan saya Puan..entah bila nak ke UK/Dublin, jadinya lebih baik saya berkelana dulu melalui pembacaan ini kelak..moga ada rezeki berpihak ke Puan dalam anugerah tersebut!
Latifah berkata…
Alhamdulillah. Sempat juga mengundi buku ini~ :)
Nisah Haji Haron berkata…
Latifah,
Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmatimu selalu!

Catatan Popular