Peserta Bengkel Paling Bertuah
Bengkel Penulis Muda Johor 2009 anjuran Yayasan Warisan Johor pada 4 - 6 Disember 2009 di UiTM Kampus Segamat mencatatkan satu rekod kepada saya (dan mungkin juga kepada pembimbing dan peserta). Inilah bengkel paling intensif yang pernah dianjurkan. Bayangkan ada 4 buah slot bimbingan dan jumlah peserta hanya ada 4 orang. Oleh itu, masa 2 jam bagi setiap slot digunakan untuk membedah novel setiap peserta.
Gambar : Inilah wajah peserta bengkel. Dari yang paling hujung - Zety Natamulia (bertudung kuning), Lee Tan Luck, Firdaus dan Nazhatulshima
Faktor lokasi bengkel juga banyak mempengaruhi kualiti bengkel kali ini. UiTM Kampus Segamat mempunyai suasana sekeliling yang cukup menyegarkan. Menurut sejarah, nama 'Segamat' itu sendiri berasal daripada ungkapan 'segar amat' yang dinukilkan oleh Bendahara Tepok (bendahara terakhir Melaka selepas 1511). Setelah mandi dan membersihkan diri di Sungai Segamat, Dato Bendahara bertanya akan nama tempat tersebut kerana beliau berasa
'segar amat' setelah keluar dari sungai itu.
Maklumat ini diperoleh pada hari kedua bengkel. Kami dibawa ke sekitar Segamat yang mempunyai lokasi bersejarah dan sempat juga melihat bekas sungai dan batu yang telah kering (kerana sungai diempang apabila mengalihkan laluan sungai bagi tujuan pembangunan). Batu yang dikatakan menjadi tempat pertama Bendahara Tepok mendarat setelah mudik untuk mengundurkan diri daripada serangan Portugis. Rombongan beliau dikatakan berehat di situ kerana beliau uzur sementara rombongan raja meneruskan perjalanan ke Pahang.
Kami sempat dibawa ke makam Bendahara Tepok yang diadakan khas serta ditempatkan bersama-sama dengan para pengikutnya yang diam di Segamat lalu turut dikebumikan di Lubuk Batu ini.
Gambar kiri : Makam Bendahara Tepok
Sayang sekali, sebagai lokasi yang bersejarah dan tidak kurang pentingnya selepas kejatuhan Melaka, tapak bekas sungai dan makam (di seberang jalannya) tidak terjaga dengan baik. Bekas sungai dan batu yang dikatakan menjadi tempat pendaratan pertama Bendahara Tepok telah pun semak samun. Memang mustahil untuk melihat batu itu tanpa meredah semak samun yang telah menjadi belukar kecil. Khabarnya, tapak ini mahu didirikan menara sebagai mercu tanda Segamat. Saya sebagai orang luar yang mencintai sejarah mengharapkan agar perkara ini akan menjadi kenyataan.
Selamat menulis kepada semua peserta. Tempoh 3 bulan itu sebenarnya bukanlah lama sangat. Usah bertangguh, mulalah menulis sekarang!
Gambar : Inilah wajah peserta bengkel. Dari yang paling hujung - Zety Natamulia (bertudung kuning), Lee Tan Luck, Firdaus dan Nazhatulshima
Jumlah peserta yang kecil ini bukanlah disengajakan ataupun tiada sambutan bagi penyertaan. Bengkel Penulis Muda Johor 2009 ialah ekoran daripada bengkel yang sama pada tahun 2008 (di Muar). Saya pernah mencatatnya di dalam entri terdahulu. Jumlah peserta bengkel 2008 memang menggalakkan, namun ini sahaja yang menyudahkan novel dan berkesempatan untuk menghadirkan diri.
Lantas, mereka menjadi peserta paling bertuah kerana sukar sekali di dalam sesebuah bengkel novel, manuskrip mereka diberikan tumpuan selama lebih kurang 2 jam oleh tiga orang panel. Aminah Mokhtar (Kak Min), Zaid Akhtar dan saya sendiri dikekalkan sebagai pembimbing. Kombinasi kami dikekalkan kerana masing-masing melihat manuskrip dari sorot pandang yang berbeza. Kak Min mengkritik bahagian struktur novel, Zaid lebih kepada isi dan saya sendiri memberi penekanan kepada bab pertama novel. Saya percaya kepada falsafah penulisan bahawa jika novel dimulakan dengan mantap, memancing dan menjanjikan, pembaca akan terus membacanya. Sekiranya permulaan sangat lembab dan banyak elemen telling berbanding showing, ataupun memulakan novel ala sebuah laporan biasanya novel itu sukar dihabiskan walaupun pada bab ke 23, 35 atau 49 sangat memberangsangkan.
Lantas, mereka menjadi peserta paling bertuah kerana sukar sekali di dalam sesebuah bengkel novel, manuskrip mereka diberikan tumpuan selama lebih kurang 2 jam oleh tiga orang panel. Aminah Mokhtar (Kak Min), Zaid Akhtar dan saya sendiri dikekalkan sebagai pembimbing. Kombinasi kami dikekalkan kerana masing-masing melihat manuskrip dari sorot pandang yang berbeza. Kak Min mengkritik bahagian struktur novel, Zaid lebih kepada isi dan saya sendiri memberi penekanan kepada bab pertama novel. Saya percaya kepada falsafah penulisan bahawa jika novel dimulakan dengan mantap, memancing dan menjanjikan, pembaca akan terus membacanya. Sekiranya permulaan sangat lembab dan banyak elemen telling berbanding showing, ataupun memulakan novel ala sebuah laporan biasanya novel itu sukar dihabiskan walaupun pada bab ke 23, 35 atau 49 sangat memberangsangkan.
Faktor lokasi bengkel juga banyak mempengaruhi kualiti bengkel kali ini. UiTM Kampus Segamat mempunyai suasana sekeliling yang cukup menyegarkan. Menurut sejarah, nama 'Segamat' itu sendiri berasal daripada ungkapan 'segar amat' yang dinukilkan oleh Bendahara Tepok (bendahara terakhir Melaka selepas 1511). Setelah mandi dan membersihkan diri di Sungai Segamat, Dato Bendahara bertanya akan nama tempat tersebut kerana beliau berasa
'segar amat' setelah keluar dari sungai itu.
Maklumat ini diperoleh pada hari kedua bengkel. Kami dibawa ke sekitar Segamat yang mempunyai lokasi bersejarah dan sempat juga melihat bekas sungai dan batu yang telah kering (kerana sungai diempang apabila mengalihkan laluan sungai bagi tujuan pembangunan). Batu yang dikatakan menjadi tempat pertama Bendahara Tepok mendarat setelah mudik untuk mengundurkan diri daripada serangan Portugis. Rombongan beliau dikatakan berehat di situ kerana beliau uzur sementara rombongan raja meneruskan perjalanan ke Pahang.
Kami sempat dibawa ke makam Bendahara Tepok yang diadakan khas serta ditempatkan bersama-sama dengan para pengikutnya yang diam di Segamat lalu turut dikebumikan di Lubuk Batu ini.
Gambar kiri : Makam Bendahara Tepok
Sayang sekali, sebagai lokasi yang bersejarah dan tidak kurang pentingnya selepas kejatuhan Melaka, tapak bekas sungai dan makam (di seberang jalannya) tidak terjaga dengan baik. Bekas sungai dan batu yang dikatakan menjadi tempat pendaratan pertama Bendahara Tepok telah pun semak samun. Memang mustahil untuk melihat batu itu tanpa meredah semak samun yang telah menjadi belukar kecil. Khabarnya, tapak ini mahu didirikan menara sebagai mercu tanda Segamat. Saya sebagai orang luar yang mencintai sejarah mengharapkan agar perkara ini akan menjadi kenyataan.
Gambar : Kawasan ini suatu masa dahulu ialah sungai dan ada batu yang dikatakan lebih lebar daripada seekor lembu yang menjadi tempat Bendahara Tepok mendarat bersama-sama rombongannya
Aktiviti melawat tempat bersejarah ini membangkitkan pelbagai semangat untuk menulis, khususnya kepada diri saya sendiri. Hendaknya, biarlah semangat yang sama turut mengalir di dalam diri setiap peserta juga urus setia kerana kalau bukan anak jati Johor yang menulis tentang sejarah Johor, takkanlah saya, anak jati Negeri Sembilan yang harus melakukannya. Namun, saya percaya bahawa tiada pemilik mutlak kepada mana-mana sejarah. Sebagai orang Melayu semangat saya membara mendengarkan penerangan daripada Puan Hajah Rokiah yang menjadi pemandu pelancong (saya difahamkan beliau dari PPJ Segamat). Pasti juga semangat mereka yang turut sama berada di dalam acara itu.Selamat menulis kepada semua peserta. Tempoh 3 bulan itu sebenarnya bukanlah lama sangat. Usah bertangguh, mulalah menulis sekarang!
Gambar : Peserta, pembimbing dan urus setia bergambar dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Segamat sebelum berangkat pulang
Ulasan
Tercabar sungguh rasanya setelah didedahkan begini. Pun begitu,ini menjadi dorongan positif untuk saya menyelesaikan manuskrip segera. Terima kasih sekali lagi ,sahabatku.
Saya suka sekali dengan kandungan novel yang dicadangkan. Saya boleh bayangkan rupanya kalau siap nanti. Di tangan pengarang yang telah mengalami sendiri peristiwa yang bakal ditulis, tentu lebih mantap garapannya. Bebaskan diri ketika menulis, usah terperangkap dengan sindrom bahawa 'ini kisah benar'. Bukan semua kisah benar itu menarik untuk diceritakan. Kita ini pengarang kreatif, jadi bukalah ruang untuk berimaginasi dan mewujudkan babak-babak dramatik yang memberikan pengalaman baharu kepada pembaca!