Jumaat, Julai 16, 2004

RAGUT!!!

RESOLUSI
PERSIDANGAN MEJA BULAT
PERANAN MASYARAKAT MENANGANI JENAYAH RAGUT
 
Prof Madya Noor Aziah Haji Mohd Awal
Pengerusi Jawatankuasa
Persidangan Meja Bulat
Peranan Masyarakat Menangani Jenayah Ragut
 
12 JULAI 2004
 
Sekkretariat Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan suatu perbincangan atau persidangan meja bulat mengenai jenayah ragut. IdeA ini disambut baik oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan akhirnya satu Persidangan telah diadalah pada 12 Julai 2004 di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.
 
Persidangan sehari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari kementerian-kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan, Polis, Penjara, Yayasan Pencegah Jenayah, para akademik dari fakulti undang-undang tempatan, para pelajar dan juga wakil dari pertubuhan wanita seramai 120 orang. Tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu:
 
a) Kedudukan Jenayah Ragut Dalam Sistem Keadilan Jenayah Malaysia: Adakah ia mencukupi?
     Pembentang:  Dr Mohamad Ismail Hj Yunus dari Universiti Islam  Antarabangsa

b) Kuasa Tangkap Orang Awam: Suatu Penilaian semula 
     Pembentang:   Supt Ramli Mat Arshad, PDRM

c) Kebajikan Mangsa dan Orang Awam Dalam Kes Ragut            
    Pembentang:    Prof Madya Dr Abdul Halim Sidek, UiTM
 
Selepas pembentangan dan majlis perasmian oleh YB Dato Noh Omar, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, bengkel telah diadakan di mana setiap kertas kerja dibincangkan seperti berikut:
 
Bengkel 1 :       Kedudukan Jenayah Ragut Dalam Sistem Keadilan Jenayah Malaysia:
                             Adakah ia mencukupi?
Moderator:     Prof Madya Mohd Hanafiah bin Haron dari UiTM
 
Bengkel 2:        Kuasa Tangkap Orang Awam: Suatu Penilaian semula
Moderator:     Prof Dato Ibrahim Bajunid, Unitar
 
Bengkel 3:        Kebajikan Mangsa dan Orang Awam Dalam Kes Ragut
Moderator:     Pn Nisah Haron, Peguam
 
Berikut adalah resolusi yang diterima sebulat suara oleh persidangan:
 

Takrif Jenayah Ragut
 
Jenayah ragut perlu didefinasikan secara spesifik di mana ‘degree of force’ yang dimaksudkan ditakrif secara jelas. Ini melibatkan penambahan atau pindaan kepada Kanun Kesiksaan. Sebarang pindaan atau perubahan undang-undang perlu dibuat secara menyeluruh di mana perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira:

Takrif ragut;
hukuman –lebih berat dari jenayah curi dan ‘kekerasan (degree of force used) reflected atau dicerminkan dalam hukuman. Hukuman rotan boleh ditimbangkan;
penggunaan saksi secara minima, misalnya seorang saksi mencukupi. Walaubagaimanapun implikasi terhadap Akta Keterangan perlu dilihat;
Penghukuman terhadap penjenayah tidak bermaksud menghukum keluarga penjenayah; 

Pelan Perlindungan Saksi 
Untuk memastikan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan menangani jenayah ragut, persidangan sebulat suara mencadangkan supaya Pelan Perlindungan Saksi (Witness Protection Plan) diadakan segera. 

Skim Pampasan Mangsa Jenayah (Victims of Crime Compensation Scheme) 
Persidangan sebulat suara menerima kertas Prof Madya Dr Halim sebagai garis panduan mewujudkan skim tersebut. Skim ini hendaklah diadakan segera sebagai suatu jaminan kepada ahli masyarakat yang peka terhadap kejadian jenayah dan ingin membantu menghalang kejadian jenayah yang berlaku didepan mata. Dalam pada itu persidangan mengambil kira komen berikut:

(a)      jika diadakan tabung atau skim ini, karenah birocrasi hendaklah diminimakan (tidak mahu seperti tabung penyakit kronik di mana terlalu banyak syarat sehingga terpaksa menannguh pembedahan kerana tidak memenuhi syarat)

(b)      Skop bidang tugas badan yang  hendak mengendalikan skim ini perlulah jelas.

(c)      Ada juga mencadangan tabung boleh dibuat dengan mengambil sedikit dari cukai pendapatan dan lebihannya melalui derma badan koperate (corporate body as part of their social obligations) Dr Abdul Halim mencadangkan mengutip RM2.00 setiap kepala.


(d)      Skim perlindungan termasukan bantuan kauseling dan sokongan moral kepada mangsa dan ahli keluarganya. 

Menambah keanggotaan Polis dan menstruktur semula gaji Polis 
Memandangkan masyarakat sedia memberi bantuan dalam kes-kes jenayah, namun masyarakt masih memerlukan perlindungan asas dari pihak yang berkuasa menjaga keselamatan mereka. Oleh kerana jumlah anggota Polis agak rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, persidangan mencadangkan nisbah polis dan orang awam mestilah nisbah yang munasabah dan boleh menjamin keselamatan tetapi tidak sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara Polis (police state) Untuk menggalakan penambahan anggota, gaji polis perlu distruktur semula. 

Pendidikan 
Masyarakat memainkan peranan penting dalam menangani jenayah ragut dan ini boleh dilakukan dengan menanamkan semula nilai-nilai murni kepada anak-anak melalui pelajaran. Untuk itu dicadangkan satu perancangan strategi social yang lebih berkesan dan menyeluruh bagi tujuan mengembalikan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Ini boleh dilakukan di sekolah melalui pelajaran tertentu terutama pelajaran agama atau moral serta melalui program kejiranan. 

Menjalankan penyelidikan mengenai gejala jenayah 
Memandangan jenayah ragut berkait rapat dengan jenayah curi motosikal dan peningkatan jenayah-jenayah lain, satu penyelidikan yang mendalam patut diadakan bagi tujuan mengkaji :


kenapa orang melakukan jenayah?
Kenapa ada pengulangan perlakuan jenayah?
Adakah hukuman tidak sesuai atau tidak berkesan?
Kenapa penjenayah tidak insaf/
Apa yang menjadi penggalak kepada perlakuan jenayah.
Kaitan jenayah dengan penagihan dadah. 

Mengelak dari mempemangsakan mangsa 
Persidangan bersetuju bahawa sebarang tindakan terhadap jenayah mestilah tidak mempemangsa  mangsa seperti mempersalahkan mangsa, melarang wanita membawa tas tangan atau mengaitkannya dengan aktiviti mangsa. Sepatutnya undang-undang mestilah menumpukan kepada penghukuman dan pembaikpulihan penjenayah supaya ia kembali normal seperti ahli masyarakat  yang lain dan bukan menyekat ahli masyarakat dari menjalani hidup normal demi untuk mengelakan diri dari diragut atau dirogol dan sebagainya. Mempemangsakan mangsa adalah sesuatu yang tidak adil kerana bukan saja dian menjadi mangsa jenayah tetapi menjadi mangsa tomahan dan ejekan.
 
Dalam kes ragut, mangsa biasanya kehilangan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang ada di dalam tas tangan. Mangsa hendaklah tidak didenda jika hendak mendapatkan kad pengenalan baru atau apa-apa dokumen lain. 

Penggunaan Ordinan Darurat bagi kes jenayah 
Persidangan berbelah bagi dalam isu ini. Ada peserta yang bersetuju dan ada juga yang tidak. Akhirnya mencadangankan satu tinjauan dibuat tentang kesesuaian penggunaan Ordinan Darurat terhadap kes-kes jenayah. 
  
Kempen Keselamatan
 Bersetuju supaya lebih banyak program diadakan bagi tujuan memberi kesedaran keselamatan kepada masyarakat. Menggalakan kampen keselamatan harta di mana di banyak tempat, penduduk membayar sendiri pengawal keselamatan untuk meningkatan harga harta mereka. Rukun tetanga dan persatuan penduduk perlu digembeling dalam usaha masyarakat menangani  gejala jenayah.

 

 

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails