Setelah Pulang dari Palembang - Jakarta
Alhamdulillah, saya selamat pulang ke tanah air seperti yang dijadualkan. Rentetan peristiwa perjalanan ke Palembang mulai 31 Julai 2004 seperti berikut :
Pembimbing : Dato' Baha Zain (Baharuddin Zainal) & A. Rahim Abdullah
Peserta : Nisah Haron, Asmiaty Amat (UMS), Awang Azman Awang Pawi (Unimas) & Mohamad bin Shahidan (DBP)
Urus setia : Zulkeply Mohamad (DBP KL)
31 Julai 2004
Jam 8 pagi sampai ke KLIA. Bertemu dengan Dato' Baha Zain (pembimbing dari Malaysia) dan Abdul Razak (peserta Thailand yang ditaja oleh DBP KL). Tak lama lepas itu, jumpa pula Asmiaty Amat yang baru sampai dengan penerbangan dalam negeri dari Kota Kinabalu. Tak lama lepas itu, kelihatan Mohamad Shahidan dan Zulkeply Mohamad.
Berbaris panjang untuk daftar masuk dengan penerbangan MAS. Baru teringat, ramai yang suka ambil flight pagi. Flight kami jam 9.10 pagi.
Zulkeply sedang uruskan Dato' Baha yang terbang dengan Business Class. Dato' semacam tak setuju kerana tidak mahu terpisah-pisah. Tapi itu sudah arahan DBP. Kami terus beratur di Economy Class yang tiga kali lipat dan terus bersambung-sambung panjangnya. Risau juga sama ada kami sempat boarding dalam masa yang ditetapkan.
Sedang kami beratur, Zul datang menghampiri kami. "Dato' Baha tak lepas," katanya, "Pasport tak cukup 6 bulan." Ah, kacau! Seorang pembimbing dari Malaysia tak dapat bersama kami. Tapi dia akan usahakan supaya dapat pergi dengan penerbangan yang lain. Dia harus pulang. Kami teruskan beratur yang tak sudah-sudah.
Akhirnya panggilan untuk penerbangan kami sudah hampir. Satu kaunter khas dibuka supaya kami tidak ketinggalan kapal terbang. Semua yang mengambil flight ke Jakarta check in di kaunter itu. Ketika itu pula, Abdul Razak (wakil Thai) pula tertahan. Kes yang sama. Pasport tak cukup 6 bulan hidupnya. Dia juga harus pulang menguruskan.
Saya semakin risau. Apa lagi yang bakal terjadi. Seorang demi seorang gugur sebelum berjuang. Saya pendamkan saja perasaan itu. Alhamdulillah, untuk peserta yang lain dan seorang lagi pembimbing kami, Encik Abdul Rahim Abdullah lepas semuanya.
Sampai di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta 1 jam 20 minit kemudian. Waktu Indonesia Barat (WIB) ketika itu jam 9.20. Maknanya di Malaysia 10.20 pagi. Kita cuma beza 1 jam dengan WIB. Itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di Bumi Betawi. Untuk ke Palembang, flight kami esok paginya. Jadi, kami harus bermalam di Jakarta terlebih dahulu. Seronok juga. Dapat berjalan-jalan sementara menunggu penerbangan sambungan esok.
Kami disambut oleh pegawai-pegawai dari Pusat Bahasa, Jakarta (seperti Dewan Bahasa dan Puskata di Malaysia). Ada dua buah kenderaan disediakan untuk kami.
Lapangan terbang disebut Bandara oleh orang Indonesia - iaitu singkatan kepada Bandar Udara. Hotel kami di Aston Atrium, kira-kira 30 km dari Bandara. Maklumlah, pertama kali sampai. Habis cermin kereta dua-dua sekali hendak dilihat. Letih kepala, sekejap kiri sekejap kanan. Kepadatan bandarnya memang menakjubkan.
Sempat juga kami lalui kawasan penempatan di bawah jambatan. Rumah-rumah yang diperbuat daripada kotak-kotak cardboard bercerancangan di bawah jambatan. Itu belum lagi dicampur dengan pengemis yang menagih simpati dari sebuah kereta ke sebuah kenderaan lain yang sedang macet. Keadaan lalu lintasnya memang sesak. Jadi senang sekali kenderaan terhenti di mana-mana. Ketika ini, selain pengemis tadi, ada juga yang mengambil kesempatan menjual barang-barang mainan, akhbar dan sebagainya. Rasanya, senario ini pernah kita lihat di dalam filem-filem Indonesia yang kerap ditayangkan sedikit masa dahulu.
Sebelum sampai ke hotel, kami dibawa makan di restoran Nasi Padang. Dihidangkannya sebanyak-banyak lauk di hadapan kita. Saya tanya pada Zul yang pernah datang ke Jakarta beberapa kali. Bagaimana nak habis semuanya? Katanya, makan mana yang mahu saja. Kita hanya akan bayar apa yang dimakan. Yang tidak diusik, tidak akan dikira. Perut pun belum berapa lapar kerana dalam flight tadi sudah dihidangkan nasi lemak dengan sambal udang.
Akhirnya, kami sampai ke tempat tujuan. Untuk mendaftar di Aston Atrium Hotel, ada cerita lain. Perkhidmatan mereka tidak selayaknya untuk sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Lambatnya bukan main. Tapi saya berpendapat, kalau disogok dengan segenggam rupiah, barangkali dapat meningkatkan kelajuan kakitangannya bertugas. Pendapat saya disokong oleh beberapa teman. Maaflah, kalau ada teman dari Jakarta, Palembang, Jogja atau Bandung yang membaca tulisan ini tetapi, itulah kenyataannya.
Hampir 2 jam barulah kami dapat merasai nikmat hotel. Bau asap rokok yang ditinggalkan oleh penghuni sebelumnya masih menguasai bilik itu. Mujur kami hanya datang untuk meletakkan barang dan selepas ini bakal keluar semula untuk menukar wang dan bersiar-siar sekitar kawasan Senin ini.
RM1 = Rp 2,400. Jadi kalau mahukan Sejuta Rupiah, bayar lebih kurang RM420. Sejuta bunyinya besar tapi tidaklah sebesar mana di kota metropolitan ini. Di sini handphone murah. Tapi oleh kerana saya tidak ada keperluan untuk membeli handphone, saya terus saja ke toko buku. Saya kalau dah jumpa kedai buku, makan pun lupa.
Saya memborong banyak buku di Toko Gunung Agung yang terletak di Plaza Atrium bersebelahan dengan hotel ini. Tetapi saya hanya pesan dulu sebab tak larat nak bawa semuanya ke Palembang. Setelah berbincang dengan jurujual, saya dan Asmiaty membuat pesanan buku-buku yang dikehendaki dengan membayar wang muka. Nanti, sekembalinya dari Palembang, kami akan singgah ke Jakarta lagi. Jadi masa itu baru diambil.
Baiklah, sampai sini dulu coretan saya. Selepas ini, saya ceritakan pengalaman perjalanan ke Palembang dan lebih tepat lagi ke Kabupaten Musi Banyuasin, tempat bengkel MASTERA diadakan selama seminggu.

Ulasan