Catatan dari atas penerbangan AK 322
Catatan ini saya pindahkan dari buku nota saya sewaktu di atas penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu pada 13 Mei 2005. Penerbangan yang dijadualkan pada jam 4.25 petang ditangguhkan ke jam 5.00 atas sebab-sebab yang tidak akan dimaklumkan pada penumpang. Berikut catatan saya :
Entah mengapa, setiap kali kapal terbang berlepas, ada perasaan yang luar biasa singgah ke dada. Saya bukannya takut tetapi ada getar yang berbeza nadanya. Sebaik sahaja kapal terbang bergerak perlahan-lahan menuju ke landasan untuk berlepas, saya melihat melalui cermin kecil di sebelah kiri, banyak kapal terbang lain yagn telah berlepas terlebih dahulu. Tidak penuh penerbangan yang saya naiki. Masih dapat memilih tempat di bahagian belakang. Tiga tempat duduk itu jadi saya yang punya.
Tidak lama kemudian tiba giliran pesawat ini. Deru enjin menderam mengumpul momentum sebanyak mungkin. Suaranya semakin kasar. Ketika ini, saya selalunya sebak. Perasaan mula bercampur baur. Seringkali saya tenangkan diri dengan doa dan mendekatkan diri pada-Nya. Perjalanan ini entah kali yang terakhir - siapa tahu?
Air mata bergenang. Teringat cinta suami dan hilai tawa anak-anak. Semuanya datang menerpa bertimpa-timpa. Pesawat mula berlari di landasan setelah juruterbang memaklumkan kepada anak kapal bahawa proses berlepas akan bermula beberapa bentar lagi.
Ia meluncur laju. Kepala tertolak ke belakang. Semakin ia deras, sederas itu juga air mata berderai. Tuhan! Selamatkan perjalananku ini pergi dan balik. Kelajuan bertambah. Langit ditujah. Muncungnya terangkat dan pesawat pun terngadah.
Satu proses yang tidak lama. Hanya beberapa saat. Pesawat ini telah pun meniti udara. Altitud pantas bertambah. Saya mesti memandang ke bawah. Begitu pesanan orang bijak pandai. Setiap kali naik ke tempat yang tinggi, jangan lupa memandang ke bumi.
Subhanallah! Lukisan alam cukup indah dari sini. Setiap kali saya kagum dengan pandangan dari langit ini. Teringat sudut pandangan dari atas ketika bermain SimCity ataupun mana-mana permainan strategi.
Matahari petang memancar keras. Namun, cahayanya yang benar-benar gemilang itu sudah mencipta satu dunia baru ketika berada di atas awan gemawan. Seolah-olah ada dunia lain di atas kepulan-kepulan awan ini. Mulalah imaginasiku berlari liar. Alangkah indah dan bebasnya berlari di hamparan awan yang mencipta mandala baru. Hinggakan Titiwangsa pun berselindung malu di bawahnya.
Awal penerbangan, cuaca kurang memuaskan. Pesawat kian kuat getarannya. Ada air turbulence, kata juruterbang. Semua diminta kembali ke kerusi. Tetapi 5 minit kemudian, isyarat tali pinggang keledar dipadamkan.
Barangkali kini sudah / sedang melintasi Hutan Pahang. Hijau di mana-mana. Teringat kata-kata pujangga "Sekilas jelinganmu, mampu membakar perasaan seluas Hutan Pahang."
Pesawat masih di puncak awan, tetapi pada lubang-lubang yang tidak berawan, kehijauan itu kelihatan di mana-mana. Adakalanya datang idea nakal. Kiranya ada payung terjun, mungkinkah aku boleh melayah turun dan sampai ke depan halaman rumah Zati (penulis Amaruszati Noor Rahim) di Pekan. Tentu dia terkejut! :)
Ketika menyaksikan dataran gemawan, ilham fantasiku mula menerpa, seperti ada satu dunia lain yang punya keistimewaan tersendiri. Punya populasi tertentu dan ada kerajaannya sendiri. Ah! Imaginasiku memang tidak boleh dilayan selalu. Memang akan jauh perginya.
Sudah hampir sampai waktu mendarat. Sungai Kelantan (agaknya) melingkari dada daerah Kota Bharu. Sesekali awan masih melindungi kota ini sekejap tebal sekejap nipis. Pesawat semakin merendah. Namun Kota Bharu masih dibungkus awan dari sini. Mungkinkah Kota Bharu hujan? Matahari juga tidak terasa di sini.
Kota Bharu masih lagi tidak kelihatan. Awan cukup tebal. Benar telahanku, pancaran kilat diikuti gegaran guruh yang sekali lagi memancing debaran.
Sayap pesawat ini semakin melebar tanpa pesawat ini sedang mengepung udara untuk mendarat. Tingkap pesawat mula ada titisan-titisan air. Ada kesan hujan namun tidak berapa kelihatan. Mungkin juga kerana faktor kelajuan pesawat ini.
Kilat memancar lagi. Pesawat kian merendah. Kota Bharu telah mula menjelma walaupun masih berbalam-balam. Pesawat melalui Laut China Selatan. Terasa semakin merendah seperti mahu mendarat di atas air. Bot-bot kecil mencipta riak-riak gelombang.
Laut China Selatan di bawahku! Ah! Indahnya pemandangan. Kalaulah matahari petang mencarak seperti tadi, tentu pantulannya di atas air laut akan menjadikannya lebih indah lagi.
Rupa-rupanya kapal terbang ini terpaksa berpusing untuk mencari sudut yang paling sesuai untuk mendarat. Pesawat kian hampir ke gigi pantai dan terus menghala kembali ke daratan. Saya lega! Sudah lama tidak ke Kota Bharu, fenomena ini sudah dilupakan.
Muara Sungai Kelantan kelihatan. Pesawat merendah. Daerah Pengkalan Chepa makin jelas. Ada sawah padi. Kesan pembangunan dan penempatan sudah mulai jelas.
Dalam pada itu, roda pesawat mencecah landasan! Inersia menolak kepala ke hadapan walaupun kelajuan masih menolak ke belakang. Pramugari mengumumkan bahawa pesawat telah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Benarlah Kota Bharu agak basah. Alhamdulillah, saya selamat mendarat di Kota Bharu!

Ulasan